Monday, April 25, 2016

REDHA Bukan Sahaja Mengenai Autisme

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

REDHA Bukan Sahaja Mengenai Autisme | Belum berpeluang lagi tengok movie ni. Tapi serius memang teringin nak tengok. Selama ni dengar orang cerita je kan. Tak pernah pun selami keadaan di sebalik hidup keluarga yang ada anak autism ni. Tak pernah pun tengok keadaan anak yang menghidap autism tu sendiri. So memang pengetahuan tentang autism ni memang null. Huhuhu.

Sebab tu teringin sangat nak tengok. Bukan selalu ada kisah kekeluargaan macam ni dalam industri filem kita. Jadi, apa nak tunggu lagi. Jom ramai-ramai kita ke panggung, support filem Redha arahan Tunku Mona Riza ni.

Sumber : Google Image
“Apakah itu Autism? Tonton Redha dan anda bakal mengetahui dengan lebih lanjut. Redha bukan sahaja mengenai Autism tetapi menyentuh hal kekeluargaan, pandangan umum dan mengenai diri kita sendiri.” Harith Haziq


Kalau cerita cinta merapu kita sanggup bersesak ke panggung, apa salah cerita kekeluargaan macam ni pun kita penuhkan jugak panggung macam tu. Boleh kan? J

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan