Friday, May 27, 2016

5 Persediaan Kita Sebelum Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Alhamdulillah.. Sampai kita di Jumaat terakhir di bulan Mei 2016. Hari ni berkesempatan berada dalam satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Noor Rashidah A. Rahman, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Puncak Alam. 

Tazkirah pertama anjuran PTAR yang me hadiri selepas berpindah ke Kampus Puncak Alam. Sebenarnya majlis ilmu macam ni lah yang kita perlukan. Majlis ilmu yang mampu membuka mata dan minda kita tentang pengertian Ramadhan. 

Dalam masa hampir 2 jam bersama Ustazah Noor Rashidah banyak ilmu yang disampaikan dan banyak soalan yang selalunya kita anggap tak penting atau ambil mudah tapi sebenarnya perlu untuk kita tahu dan ambil tahu. 

Ramadhan
Sumber : google image
Antara perkongsian yang boleh me kongsikan adalah 5 Persediaan Kita Sebelum Menyambut Ramadhan. 
  1. Berdoa semoga ALLAH SWT melanjutkan usia kita agar dapat menemui bulan Ramadhan. 
  2. Bersihkan diri dengan bersuci dan bertaubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. 
  3. Berazam menjalani ibadah puasa kali ini yang terbaik daripada yang lalu. 
  4. Mempelajari hukum hakam puasa. 
  5. Membiasakan diri dengan puasa sunat. 

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya diri kita adakah kita sudah bersedia untuk menemui bulan mulia ini? Apakah sudah cukup bersih hati kita? 

Sebak rasa hati me bila mengingatkan terlalu banyak khilaf diri ini. Terasa kerdilnya diri ini di sisi ALLAH SWT. 

Semoga Allah terima taubat kita dan semoga kita mampu jalankan Ramadhan kali ini dengan tenang. InsyaALLAH. Amin. 


2 comments:

  1. tak sabar nak puasa.. moga sempat lah bpuasa tahun ni..

    ReplyDelete
  2. Sekejap saja masa berjalan hingga x sedar ramsdan semakin hampirkan. Mudah2an kita dapat menjalankan ibadah puasa dgn lebih sihat

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in