Monday, May 23, 2016

Hanya Kerana Sebiji Buah Epal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dalam pada sibuk buat kerja kat pejabat ni, tiba-tiba teringat kat anak-anak kat rumah pengasuh.

'Apa agaknya diorang buat ea? Dah makan ke belum? Makan apa hari ni?'

Rindu membuak-buak. Sampai satu tahap terasa sebak pula hati.

Pagi tadi pula masa tengah bersiap nak pegi kerja me termarah Along hanya sebab dia minta me kopekkan epal. Masa tu tengok jam dalam 6.35am. Me tak pakai tudung lagi. Rasa macam dah lewat sangat je sedangkan kalau ikutkan masih awal pun untuk me.

Tapi bila me marah pun dia still senyum je pandang me. Masih tetap panggil umi dengan suara manja dia. Allah... Masa tu tak kesal lagi. Takde rasa bersalah lagi. Mulut masih bising bebel kata umi dah lewat. Huhu.

Bila dah hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan mulakan perjalanan ke tempat kerja, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Hati rasa tak tenang. Dengar radio pun masih tetap tak mampu uabg

'Dapur gas dah padam. Semua plug letrik dan matikan. Tapi kenapa hati rasa tak sedap ni..'

Terus teringat kejadian marahkan Along sebelum tu. Allah... perasaan bersalah datang bertimpa-timpa. Sampai sekarang perasaan tu masih ada. Terasa sebak dada. Kalau dekat memang me dah balik je peluk anak-anak.

Apa salah Along? Minta kopekkan epal je pun. Takkan susah sangat. Apa yang me nak kejarkan sangat kat pejabat tu? Anak-anak pun amanah Allah kan. Lebih berharga dari segala harta dunia. Lemahnya iman me. Khilafnya me dalam mendidik hati untuk lebih sabar melayan kerenah anak-anak.

Tak sabar nak balik. Semoga masih ada ruang yang Allah sediakan untuk me tebus semula salah me ni. Tunggu umi balik ye anak-anak solehah umi.

Nur Aisya Syuhadaa
Nur Aeera Shuhayra
Nur Addeena Syumaila

Umi sayang korang semua.


1 comment:

  1. inshaallah he'll understand it.. balik nanti layan je extra baik and he'll be fine :D

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in