Tuesday, May 3, 2016

Nikmat Yang Sering Kita Lupakan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Demam.. Selesema.. Batuk.. 

Badan dah mula terasa sakit-sakit. Tak bermaya. Kepala terasa berat. Mata pun asyik berair. 

Allah tarik sekejap nikmat sihat. Mungkin me terlalu alpa dengan nikmat sihat yang Allah berikan sebelum ni sebab tu Allah hantar ujian kecil ni untuk me beringat. 
Sumber : Google Image
Rasulullah pun ada beri peringatan tentang nikmat yang satu ni di mana Baginda bersabda yang bermaksud : Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu, sama-samalah kita jaga kesihatan kita. Lagi-lagi di musim cuaca yang tidak menentu ni. 

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan