Thursday, August 25, 2016

Fasa Susu Merudum

8:30 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sejak kurang sihat hari tu, production susu badan makin kurang. Bila pam selalunya dapat la 4 5 aunz sekali sesi. Start semalam bila pam satu sesi dapat 2 aunz je. Sedihnyaaa. 

Image result for stress
Sumber : Google Image
Ramai pesan supaya jangan stress bila hadapi fasa susu drop ni. Me cuba tak fikir apa-apa pasal ni. Tapi tiap kali lepas pam tu mesti rasa sedih. Sedangkan kita dah niat nak susukan Addeena hingga umur dia dua tahun. 

Dah lah sekarang ni me pam untuk bekal hari esok. Stok memang takde. Mestilah risaukan. 

Sekarang ni me cuba susun semula jadual pam. Tengok semula apa yang me makan. Kaji kat mana masalahnya ni. Kena gali lagi ilmu penyusuan ni. 

Sumber : Google Image | Doa Banyakkan Susu Ibu
Harap lepas ni flow susu kembali macam biasa. 

Perlu ke sambung ambil milkbooster ye? Sebab me dah 2 bulan stop ambil mana-mana milkbooster. Sesiapa boleh suggestkan milkbooster yang korang amalkan? 

Adik Addeena?

11:12 AM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



"Awak ada ambil perancang ke?" Me geleng kepala. 

"Kita buat urine test dulu ye.."

Ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga sampai hari ni. Bila doktor cakap macam tu haruslah perasaan tu dup dap dup dap kan. 

"Tapi saya sedang period doktor.." 

Doktor senyum. 

"Takpe. Kita buat je dulu sebab sebelum ni memang ada kes orang period tapi mengandung.." 

Addeena teman umi pegi klinik
Masa tu tengok doktor tu senyum dah macam nak pengsan dah. Pandang Addeena yang tengah senyum-senyum pandang doktor tu lagi lah nervous. Addeena baru 8 bulan kot. Takkan lah...

"Nanti pegi bilik belakang bagitau nurse nak buat urine test ye.. lepas tu saya panggil semula.."
Adoiii... Rasa nak nangis pun ada masa tu. Tak berani nak buat test. Haha. 

Semuanya sebab sakit kepala berdenyut sampai rasa nak pengsan pakej sekali dengan muntah-muntah. 2 hari tahan sakit kepala tu. Hari pertama ok lah boleh lagi bertahan. Hari kedua tu memang tak boleh tahan dah. Sampai ofis tu dah rasa tak sedap badan. Tapi kuat lah kononnya nak bertahankan. Lepas sarapan tu dah tak boleh nak bertahan. 

Isi borang pastu balik. Bawa kereta pun slow je. Nasib baiklah masa balik tu takde kereta sangat. Huhuhu. 

Sampai rumah ajak en.abg pegi klinik. Tapi dah malam baru pegi sebab en.abg habis keje kul 7.30pm. 

Hukhuk.

Keluar je dari toilet masa nak hantar urine tu ke bilik nurse tengok doktor dah terpacak kat bilik tu gak. 

"Dah? Tunggu kejap ye.. Nanti saya panggil.."

Adoi.. nak menunggu tu even 5 minit pun dah rasa macam nak luruh jantung. Hahahaha. 

"Jom.. masuk bilik saya.." Sambil pegang UPT tu doktot terus masuk bilik dia. Tak pandang me pun. Matanya asyik ke UPT tu je. 

Duduk je dia pandang me sambil senyum pastu dia pandang UPT tu semula. 

"Awakkkk..." 

Dia punya awak tu panjang sangat tambah jadi nervous. 

"Nah.. tengok ni.." Doktor hulur UPT suruh me tengok. 

Tengok je terus senyum. Dalam hati ucap alhamdulillah. Satu line. Nasib baik tak naik dua line. Terus lega rasa. Pandang doktor. Doktor senyum.

Sumber : Google Image
"Negatif kan..? Baru saya boleh bagi awak ubat.. Ok.. Saya bagi ubat bla..bla..bla.. Makan ikut masa yang betul. Jangan stress sangat. Kalau dalam dua tiga hari masih rasa sakit, datang semula jumpa saya.."

Baik doktor.

Dapatlah sehari MC untuk hari Selasa tu. 

Lega kot. Kalau mengandung lagi rezeki Allah nak bagi tapi buat masa ni memang belum bersedia lagi nak tambah ahli keluarga. InsyaAllah 4 tahun lagi kot. :)



Monday, August 15, 2016

CHALONG Menu Diet Di Delong Coffee & Such

11:30 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Makanan Terengganu? Hurmm.. Me memang tak familiar dengan makanan Terengganu. Biasa dengar pun nasi dagang dan keropok lekor je. Hehehe. Tapi semalam me dapat peluang merasa menu lain dari Terengganu. Haaaaa, update la sikit pengetahuan me tentang makanan Terengganu ni.

Kat sini la me topup pengetahuan me tentang makanan Terengganu tu. Delong Coffee & Such.


Haaa. Ni la makanan Terengganu lain yang me dah pernah rasa. CHALONG. Orang Ganu mungkin tau kan makanan ni. Sedap weii. Ada yang kata ni mee celup versi Terengganu. Yeker korang? Fishball tu terbaik! Me ni tak berapa nak suka sangat makan ikan. Tak kira la ikan apa pun. Tapi bila makan fishball ni memang sedap. Takde rasa hanyir pun. 


Owner kata fishball ni resepi rahsia dia sendiri. Isi 3 jenis ekor ikan yang dirahsiakan diuli sekali tanpa tepung maka jadilah fishball istimewa ni. Keterlaluan sangat ke? Takkan kot sebab memang sedap. En.abg sampai dua kali tambah makan Chalong ni. Bagi yang tengah diet tu, Chalong ni sesuai sangat dijadikan pilihan makan tengahari atau malam korang.

Satu lagi menu ni memang me suka sangat-sangat. Nasi Carrot Ayam Masak Merah. Hahaha. Asal nasi je mesti kau suka kan? Hurmmm.. Apa yang me nak kata, nasi ni sedap. Ada rasa manis-manis carrot tu. Kena pulak dengan ayam masak merah. Best!! Along ngan Angah pun suka nasi ni. 


Antara air yang istimewa kat sini ialah Soda Bukit Besi. Segar je rasa minum air ni. 2 kali topup minum air ni. Tu pun beringat sebab masih breastfeed Addeena kan. Kalau tak beringat mau bergelas-gelas kot teguk. Hahaha.

Credit pic Ben Ashaari
Untuk pencuci mulut pulak, kitorang dihidangkan dengan Lala Choco Drink. Bagi penggemar coklat korang pasti sukakan dessert ni. Ada marshmallow sebagai pelengkap rasa. Tak manis sangat. Sweet-sweet je gitu. Angah paling suka makan ni. Siap minta tambah lagi tu. 


Banyak lagi menu yang ada. Dari makanan negeri hinggalah ke western. Harga berbaloi-baloi. Tak percaya? Korang boleh datang sendiri ke Delong Coffee & Such ni. InsyaAllah puas hati. Kami sekeluarga pun akan repeat datang kat sini. 

Delong Coffee & Such
No.8, Jalan Opera A U2/A, Seksyen U2 TTDI Shah Alam, Selangor
No. Tel : 013/--958 3797 / 012-280 8996

Instagram : @delongcoffeeandsuch

Thursday, August 4, 2016

Mandian Lemon Untuk Anak Demam dan Batuk Selesema

8:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat semua.

Berat hati sebenarnya nak datang kerja hari ni. Addeena masih kurang sihat. Ni jangkit pula dengan Angah. Masing-masing demam, batuk dan selesema. 

Addeena dah seminggu batuk. Sampai dah berkahak. Nafas pun dah berbunyi. Semalam pegi klinik kesihatan doktor kata paru-paru semua ok. Takde masalah. Tapi kita memang dengar bila dia tarik nafas tu berbunyi tau. Doktor bagilah ubat cair kahak dan ubat titis kat hidung tu untuk hidung tersumbat. 

Masa pegi klinik kesihatan tu dah masuk hari ketiga dah batuknya. 

Petang tu siapkan mandian lemon untuk Addeena. Selalu baca kat internet katanya lemon bagus untuk legakan demam dan batuk selesema ni. 

Siapkan air suam campur dengan sikit minyak kayu putih pastu baru masukkan lemon. Sedap baunya. 

Biarkan Addeena main-main dengan air lemon tu sekejap. Dia siap gigit lagi lemon tu. Tengok muka rileks je. Tak masam ke nak? Huhuhu..
Lepas mandi tu me sapukan minyak telon yang dah campur dengan bawang putih yang dibakar. Urut-urut sikit belakang, dada dan kaki Addeena. Alhamdulillah. Nyenyak sikit tidurnya. Kalau tak memang merengek je.
Bila tengok dia tidur tu leganya rasa. Yelah. Mak mana yang tak risau dan sedih bila tengok anaknya kurang sihat kan. Dah la kecil lagi. Huhu.

Harapnya Addeena cepat sembuh.

Malam ni nak cuba buat garlic sock pulak.

Follow me @munirah_izzan