Thursday, August 25, 2016

Adik Addeena?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



"Awak ada ambil perancang ke?" Me geleng kepala. 

"Kita buat urine test dulu ye.."

Ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga sampai hari ni. Bila doktor cakap macam tu haruslah perasaan tu dup dap dup dap kan. 

"Tapi saya sedang period doktor.." 

Doktor senyum. 

"Takpe. Kita buat je dulu sebab sebelum ni memang ada kes orang period tapi mengandung.." 

Addeena teman umi pegi klinik
Masa tu tengok doktor tu senyum dah macam nak pengsan dah. Pandang Addeena yang tengah senyum-senyum pandang doktor tu lagi lah nervous. Addeena baru 8 bulan kot. Takkan lah...

"Nanti pegi bilik belakang bagitau nurse nak buat urine test ye.. lepas tu saya panggil semula.."
Adoiii... Rasa nak nangis pun ada masa tu. Tak berani nak buat test. Haha. 

Semuanya sebab sakit kepala berdenyut sampai rasa nak pengsan pakej sekali dengan muntah-muntah. 2 hari tahan sakit kepala tu. Hari pertama ok lah boleh lagi bertahan. Hari kedua tu memang tak boleh tahan dah. Sampai ofis tu dah rasa tak sedap badan. Tapi kuat lah kononnya nak bertahankan. Lepas sarapan tu dah tak boleh nak bertahan. 

Isi borang pastu balik. Bawa kereta pun slow je. Nasib baiklah masa balik tu takde kereta sangat. Huhuhu. 

Sampai rumah ajak en.abg pegi klinik. Tapi dah malam baru pegi sebab en.abg habis keje kul 7.30pm. 

Hukhuk.

Keluar je dari toilet masa nak hantar urine tu ke bilik nurse tengok doktor dah terpacak kat bilik tu gak. 

"Dah? Tunggu kejap ye.. Nanti saya panggil.."

Adoi.. nak menunggu tu even 5 minit pun dah rasa macam nak luruh jantung. Hahahaha. 

"Jom.. masuk bilik saya.." Sambil pegang UPT tu doktot terus masuk bilik dia. Tak pandang me pun. Matanya asyik ke UPT tu je. 

Duduk je dia pandang me sambil senyum pastu dia pandang UPT tu semula. 

"Awakkkk..." 

Dia punya awak tu panjang sangat tambah jadi nervous. 

"Nah.. tengok ni.." Doktor hulur UPT suruh me tengok. 

Tengok je terus senyum. Dalam hati ucap alhamdulillah. Satu line. Nasib baik tak naik dua line. Terus lega rasa. Pandang doktor. Doktor senyum.

Sumber : Google Image
"Negatif kan..? Baru saya boleh bagi awak ubat.. Ok.. Saya bagi ubat bla..bla..bla.. Makan ikut masa yang betul. Jangan stress sangat. Kalau dalam dua tiga hari masih rasa sakit, datang semula jumpa saya.."

Baik doktor.

Dapatlah sehari MC untuk hari Selasa tu. 

Lega kot. Kalau mengandung lagi rezeki Allah nak bagi tapi buat masa ni memang belum bersedia lagi nak tambah ahli keluarga. InsyaAllah 4 tahun lagi kot. :)



5 comments:

  1. Replies
    1. betul kak.. kalau ada sy terima.. perancangan Allah yang terbaik kan.. :)

      Delete
  2. heheee.. kan dah cuak.. tapi kalau ada rezeki adik addena apa salahnya :p

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan