Monday, August 15, 2016

CHALONG Menu Diet Di Delong Coffee & Such

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Makanan Terengganu? Hurmm.. Me memang tak familiar dengan makanan Terengganu. Biasa dengar pun nasi dagang dan keropok lekor je. Hehehe. Tapi semalam me dapat peluang merasa menu lain dari Terengganu. Haaaaa, update la sikit pengetahuan me tentang makanan Terengganu ni.

Kat sini la me topup pengetahuan me tentang makanan Terengganu tu. Delong Coffee & Such.


Haaa. Ni la makanan Terengganu lain yang me dah pernah rasa. CHALONG. Orang Ganu mungkin tau kan makanan ni. Sedap weii. Ada yang kata ni mee celup versi Terengganu. Yeker korang? Fishball tu terbaik! Me ni tak berapa nak suka sangat makan ikan. Tak kira la ikan apa pun. Tapi bila makan fishball ni memang sedap. Takde rasa hanyir pun. 


Owner kata fishball ni resepi rahsia dia sendiri. Isi 3 jenis ekor ikan yang dirahsiakan diuli sekali tanpa tepung maka jadilah fishball istimewa ni. Keterlaluan sangat ke? Takkan kot sebab memang sedap. En.abg sampai dua kali tambah makan Chalong ni. Bagi yang tengah diet tu, Chalong ni sesuai sangat dijadikan pilihan makan tengahari atau malam korang.

Satu lagi menu ni memang me suka sangat-sangat. Nasi Carrot Ayam Masak Merah. Hahaha. Asal nasi je mesti kau suka kan? Hurmmm.. Apa yang me nak kata, nasi ni sedap. Ada rasa manis-manis carrot tu. Kena pulak dengan ayam masak merah. Best!! Along ngan Angah pun suka nasi ni. 


Antara air yang istimewa kat sini ialah Soda Bukit Besi. Segar je rasa minum air ni. 2 kali topup minum air ni. Tu pun beringat sebab masih breastfeed Addeena kan. Kalau tak beringat mau bergelas-gelas kot teguk. Hahaha.

Credit pic Ben Ashaari
Untuk pencuci mulut pulak, kitorang dihidangkan dengan Lala Choco Drink. Bagi penggemar coklat korang pasti sukakan dessert ni. Ada marshmallow sebagai pelengkap rasa. Tak manis sangat. Sweet-sweet je gitu. Angah paling suka makan ni. Siap minta tambah lagi tu. 


Banyak lagi menu yang ada. Dari makanan negeri hinggalah ke western. Harga berbaloi-baloi. Tak percaya? Korang boleh datang sendiri ke Delong Coffee & Such ni. InsyaAllah puas hati. Kami sekeluarga pun akan repeat datang kat sini. 

Delong Coffee & Such
No.8, Jalan Opera A U2/A, Seksyen U2 TTDI Shah Alam, Selangor
No. Tel : 013/--958 3797 / 012-280 8996

Instagram : @delongcoffeeandsuch

2 comments:

  1. tgk gambar pun nampk sedap kan. kalau singgah mesti sedap . nanti nak try la makan dkt sini :)

    ReplyDelete
  2. nak kena try ni nanti,nampak sedapnyaaa...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in