Thursday, August 4, 2016

Mandian Lemon Untuk Anak Demam dan Batuk Selesema

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat semua.

Berat hati sebenarnya nak datang kerja hari ni. Addeena masih kurang sihat. Ni jangkit pula dengan Angah. Masing-masing demam, batuk dan selesema. 

Addeena dah seminggu batuk. Sampai dah berkahak. Nafas pun dah berbunyi. Semalam pegi klinik kesihatan doktor kata paru-paru semua ok. Takde masalah. Tapi kita memang dengar bila dia tarik nafas tu berbunyi tau. Doktor bagilah ubat cair kahak dan ubat titis kat hidung tu untuk hidung tersumbat. 

Masa pegi klinik kesihatan tu dah masuk hari ketiga dah batuknya. 

Petang tu siapkan mandian lemon untuk Addeena. Selalu baca kat internet katanya lemon bagus untuk legakan demam dan batuk selesema ni. 

Siapkan air suam campur dengan sikit minyak kayu putih pastu baru masukkan lemon. Sedap baunya. 

Biarkan Addeena main-main dengan air lemon tu sekejap. Dia siap gigit lagi lemon tu. Tengok muka rileks je. Tak masam ke nak? Huhuhu..
Lepas mandi tu me sapukan minyak telon yang dah campur dengan bawang putih yang dibakar. Urut-urut sikit belakang, dada dan kaki Addeena. Alhamdulillah. Nyenyak sikit tidurnya. Kalau tak memang merengek je.
Bila tengok dia tidur tu leganya rasa. Yelah. Mak mana yang tak risau dan sedih bila tengok anaknya kurang sihat kan. Dah la kecil lagi. Huhu.

Harapnya Addeena cepat sembuh.

Malam ni nak cuba buat garlic sock pulak.

2 comments:

  1. sedapnya badan addena mandi lemon tu...wahhh bijak yer mommy...ni kena berguru entry sini ni kalu ada rezeki baby lagi...best!

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan