Sunday, September 4, 2016

Dugaan Merdeka

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurmmm.. Takde mood sebenarnya nak bercerita tentang kemalangan tempoh hari. Kalau nak ingatkan pun dah rasa seriau. 

Salah siapa? Salah kereta Viva yang tiba-tiba keluar dari sisi jalan belah kiri dan buat pusingan U. Dah la kat situ 'double line'. Katanya sebab dia tengok kereta jauh lagi padahal memang dah dekat sangat masa tu. Sempat lah juga me hon sambil brek mengejut. Tapi kereta belakang pun me rasa laju gak masa tu. Tu yang dia langgar belakang kereta me dan me pun terlanggar gak la kereta depan tu. 

Nasib baiklah sempat brek. Kalau tak memang teruk gak kereta depan tu kena. 

Keluar dari kereta memang tak boleh nak buat apa dah masa tu. Call en.abg bagitau eksiden. Memula suara macam tak cemas. Siap tanya teruk atau tak. Mampu jawab taktau then kata ada empat kereta yang terlibat. Itu je. Huhu. Gigil jangan cakap la. Orang suruh alih kereta ke tepi pun memang tak mampu dah. 

Nangis? Korang rasa? 

Tak nangis pun. Tak tau nak rasa apa masa tu. Yang me tau 2 kereta belakang me memang teruk. Huhu. Dah lah baru lagi bawa kereta masa eksiden tu. Lesen P pun baru tukar ke L sehari sebelum tu. 

Trauma? Mesti la trauma. Nak buat macamana. Tetap jugak kena bawa kereta sendiri pegi kerja. Takkan nak jalan kaki kot kan. Nak minta en.abg hantarkan memang tak kot. Kesian kat dia. Jauh pulak dia nak pegi kerja nanti. Dah la jam kerja beza.

Tapi tiap kali lalu kat tempat tu automatik bawa slow. Risau. 

Sekarang terpaksa sewa kereta sementara tunggu kereta keluar dari bengkel. Buat sementara ni sewa untuk 2 minggu dulu. If kereta still tak siap terpaksa la sambung lagi nampaknya. Rate untuk sewa 2 minggu dalam RM600 macam tu. Kereta MyVi. Ok la kot kan. 

Pasal kereta sewa ni nanti cerita lain. Heeeeee. 

Apapun still bersyukur sebab tak melibatkan kehilangan nyawa. Cedera pun takde. Setakat lebam sikit je kat bahu. Tu pun rasa sakit masa kat rumah. 

Memang lepas tu selalu beringat. 

2 comments:

  1. Nasib baik orangnya xde ape2..kadang2 kita dah hati2 dah bwk keta..tapi org lain pula yg tak beringat.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan