Saturday, September 24, 2016

Perkembangan Addeena 9 Bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama tak update pasal anak-anak kan? Heeeee.. Terutama sekali Addeena.

Di usia 9 bulan ni dah macam-macam akal Addeena dapat. Perkembangannya ada yang cepat dan ada yang agak lambat. Tak kisah sangat asalkan sihat.

Gigi dia baru nak keluar. Dah rasa kasar-kasar kat gusi bawah. Gusi atas pun dah bengkak. Dannnn ni la antara 'momen ngeri' bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Hahaha. Ibu-ibu kat luar sana mesti faham kan.


Semalam, gembira sangat bila dapat tengok Addeena first step. Dapat 3 langkah semalam. Teruja umi tengok tauuu. Terjerit gak sebab happy. Tak lama lagi 'dapat kaki' la anak umi ni. Weeeeee. Makin luaslah kawasan jajahan dia nanti. 

Sebelum-sebelum ni dia asyik berdiri tanpa sokongan je. Bila nak mula langkah tu mesti jatuh. Dia langkah semalam tu maksudnya dah dapat rentak la nak imbangkan badan dia kan. Alhamdulillah. 


Ni la movie kesukaan Addeena. Zootopia. Suka sangat dia dengan movie ni. Bila dia tengah main atau tengah 'mengemas' pasangkan movie ni memang dia akan diam je. Kadang sampai tertidur dia tengok. Kadang dia akan senyum and gelak sendiri. Haha. Agaknya dia faham kot cartoon tu cakap apa. 

Scene paling dia suka scene yang ada lagu tu. Masa Hopps dalam train nak pegi Zootopia tu. Bila scne yang tu ko kacau la dia macamana sekalipun memang dia takkan peduli la. Hahaha. 

1 Oktober 2016 genap la dia 9 bulan. Cepat je masa berlalu kan. Hehe. 

Semoga membesar dengan sihat ye Nur Addeena Syumaila Binti Abdul Karim. :)

3 comments:

  1. wahhh dah besar dah dia rupanya... olo olo comel comel cayang musyuk aunty...

    ReplyDelete
  2. Comelnya awak ni sayang. Dulu dapat cium kakak2 awk je. Ada rezeki kita jumpa ya baby Addeena :*

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah membesar dengan sihat ... Nampak nyer sel2 otak semakin berhubung ...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in