Thursday, September 29, 2016

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rambut Gugur Selepas Bersalin | Antara masalah paling besar yang me alami tiap kali selepas bersalin adalah masalah rambut gugur. Gugur bukan sikit-sikit tau. Gugur sampai satu tahap tu memang rasa macam dah botak kepala ni. Huhu. Dah lah memang rambut nipis dan sikit. Bila gugur tu rasanya dah boleh bilang guna jari je rambut yang tinggal. Teruk sangatkan bunyinya? Tapi memang itu lah yang terjadi. Lagi-lagi anak dah 3 pastu rapat-rapat pulak tu. Tak sempat rambut yang gugur masa anak pertama tu nak recover Allah bagi pula rezeki anak kedua dan macam tu juga la sampai anak ketiga.

Rambut Gugur
Sumber : Google Image
Part anak tu alhamdulillah syukur. :) Tapi bila sampai part rambut tu yang buat me rasa macam hilang keyakinan diri sikit. Biarpun bertudung, orang tak nampak katanya tapi en.abg nampak. Segan tau bila rambut makin lama makin sikit ni. Kan ramai kata rambut tu umpama mahkota bagi wanita. Ececehh. Hehe. En.abg mungkin faham dan tak kisah masalah yang me hadapi ni tapi diri me sendiri yang tak yakin.

Me ni jenis suka simpan rambut panjang. Tapi sejak bersalinkan Along memang tak pernah simpan rambut panjang dah. Panjang sikit je mesti potong sebabnya terasa lagi panjang lagi nampak banyak yang gugur.

Kat lantai rumah memang bersepahlah rambut me. Bila sapu je mesti banyak yeng melekat kat penyapu tu. Bangun tidur pandang bantal mesti ada yang gugur. Duduk tengok tv pegang rambut kejap tengok tangan mesti ada yang terselit. Setakat 1 2 helai me pun tak hairan. Ni kalau banyak memang menangis la.

Ada je yang kata rambut gugur selepas bersalin tu normal sebab hormon masih tak menentu. Tu dari segi sains la kot kan. Dari segi kata orang tua-tua pula bila anak dah start main liur tu memang rambut akan gugur. Tak perlu risau katanya. Tapiiiiiiii siapa tak risau bila tengok kepala macam dah nak botak ni. Nak sikat rambut pun rasa trauma bila tengok rambut yang melekat kat sikat tu.

Hari tu balik kampung MIL ada tegur sebab banyak rambut kat lantai bilik air. Masa tu tak sempat nak kutip sebab dengar Addeena melalak. Segan kot bila kena tegur tu. Rasa macam level keyakinan diri tu turun lagi satu tahap. Huhu.

Nak beli shampoo pun kadang bergaduh dengan en.abg. Berjam duk belek shampoo demi shampoo kat mall tu. Dari yang memang dikenali hinggalah yang kurang dikenali. Tapi hasilnya agak hurmmmmm.

Dalam few week lepas, ada kawan blogger yang kenalkan me dengan satu shampoo ni. Anti hair loss katanya. Memula tu agak ragu juga nak cuba. Yelah kan. Kisah kecewa dari produk sebelum ni tak hilang lagi tu. Tapi kawan kata shampoo ni insyaAllah boleh tolong bantu atasi masalah me ni. Akhirnya me ambil keputusan untuk cuba. Yelah kita ikhtiar selagi boleh kan. Kata sayang rambut kannn. Hehehe.


Alhamdulillah. Seminggu pertama pakai Tyzara Shampoo ni memang nampak kesannya. Selalunya selepas mandi tu memang akan ada segumpal rambut yang gugur tapi dah pakai ni kurang sikit jumlahnya. Tipulah pula kalau me kata memang langsung takde rambut gugur lepas seminggu pakai tu kan.

Ni masuk minggu ketiga pakai, alhamdulillah sangat. Terima kasih kat kawan tu sebab kenalkan shampoo ni. Boleh kata sebelum pakai shampoo ni ada 10 helai rambut gugur (sebenarnya lagi banyak) tiap kali selepas mandi ni dah kurang jadi 4 helai selepas amalkan shampoo ni. Kira macam tu la perbandingannya. Hehe. Lantai bilik mandi pun bersih dari serangan rambut gugur ni.


Bukan setakat tu je kebaikannya tau. Me kan bertudung. Kadang tu terasa gak kulit kepala ni gatal-gatal. Lagi-lagi bila berpeluh. Tapi bukan masalah kelemumur tau. Yang bestnya, takde dah masalah gatal kulit kepala tu. Takde dah episod menahan tangan dari menggaru kepala di depan kawan-kawan. Huuuu. Segan wei. Karang orang ingat kita ni berkutu pulak kan. Hehehe


Apa istimewanya Tyzara Shampoo ni? Sebabnya antara kandungan Tyzara Shampoo ni adalah Trifolium Pratense (clover) iaitu sejenis bunga berwarna merah yang fungsinya menguatkan akar rambut. Selepas pakai shampoo ni korang akan rasa kulit kepala segar dan berangin. Wangi pun wangi.

Selain membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, Tyzara Shampoo juga membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut berbau dan kulit kepala berkerak.

Haaaaa... sebelum terlupa. Nak kongsikan juga ni yang shampoo ni pun boleh digunakan sebagai tonik. Caranya, sebelum tidur pastikan rambut kering. Ambil sedikit shampoo ni lepas tu sapu dan urut perlahan hingga ke kulit kepala. Biarkan semalaman dan hasilnya insyaAllah pasti terbaik!

Rupanya dah ramai yang tau pasal Tyzara Shampoo. Me ni kiranya agak terlambat la. Dah ramai yang cuba dan mereka pun puas hati dengan shampoo ni. Boleh baca testimoni kat :-

Facebook  - Rahsia Sihat dan Cantik 

Atau boleh baca Pengalaman Rawat Rambut Gugur Selepas Bersalin dan Tips Rahsia Rambut Sihat dan Cara Penjagaan Rambut.


Bagi korang yang berminat nak cuba Tyzara Shampoo ni dengan harga promosi, boleh whatsapp
TZ "munirah" ke 012-443 0338 .

Lepas ni ibu-ibu tak perlu lagi risau rambut gugur selepas bersalin. Bagi yang tengah mengandung tu boleh prepare siap-siap shampoo ni kat rumah. Hehe.

Eh... jap..jap.. Shampoo ni bukan untuk ibu-ibu lepas bersalin je yang boleh pakai tau. Semua pun boleh. Tak kira peringkat umur. Lelaki atau perempuan. So, jangan ragu-ragu nak cuba tau. :)

Jangan lupa whatsapp TZ "munirah" ke 012- 443 0338 untuk dapatkan harga promosi.

6 comments:

  1. ss Pn dah cuba. Mmg best sejuk je kepala lepas syampu

    ReplyDelete
  2. Mera pn ada masalah rambut gugur. Takut jugak ade sakit ke ape. Nak cuba la. Klau betul2 berkesan

    ReplyDelete
  3. suka sangat..sejuk je pakai..husband pun pakai

    ReplyDelete
  4. wah , mesti lepas ini tenang kan , sekurangnya tyzara membantu kurangkan rambut gugur.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in