Wednesday, November 30, 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan di MAHA 2016 Booth D18 Hall C

8:30 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Me tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor. 
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah. 
SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR? 

👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya. 
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab ! 
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain. 

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN? 

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan. 

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K 

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka.. 

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI 

🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki. 
🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi. 
🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk. 
🔹Sering berasa sakit kepala. 
🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala. 
🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah. 
🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda. 

Kawal KOLESTEROL... baru sihat! 


Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ↑ ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor. 

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi : 

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421 

Tuesday, November 29, 2016

Seminar Transformasi Pemasaran MAHA 2016

10:33 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wow.. Menarik tajuk-tajuk seminar kali ni. Tapi teringin sangat nak pergi yang Irfan Khairi tu.


Tengok isi seminar tu pun dah berkelip-kelip mata tau. Tapiiiii semacam ada halangan je tarikh tu. Huhu. Rugi rasa.

Satu lagi yang me nak duduk dan dengar is sesi 3. Kisah kejayaan agropreneur muda. Hai-O dan Mohd Faris.


Suka sangat dengar kisah-kisah kejayaan macam ni. Boleh bagi inspirasi pada kita yang ada niat untuk mula berniaga.

Biarpun ada yang kata 'Alahhhh.. ko google je la. Mesti berlambak kisah dia kat internet.' Masalahnya, bila kita baca dan dengar sendiri lain impaknya. Ke me je yang rasa macam tu? 😁

Korang dah daftar ke? Nak daftar boleh ke seminarmaha.fama.gov.my.

Maklumat lanjut boleh rujuk di SEMINARMAHA2016.

Friday, November 18, 2016

Giveaway Miniature Photography by Waza Studios

9:08 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Lamanya tak join mana-mana giveaway. So, hari ni lapangkan masa untuk join giveaway ni. Hadiah yang menarik. Hope ada luck kali ni. Heeeeee..

syarat-syarat penyertaan

1) terbuka kepada semua blogger di malaysia

2) mempunyai blog dan instagram

3) follow blog dorayakino.blogspot.com

4) follow instaram waza_studios

5) copy entry dan banner di atas(link kan ke entry ini) dan buat satu entry bertajuk giveaway miniature photography by waza studios di blog anda 

6) letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen ini

7) tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

8) harap semua jujur dengan syarat-syarat yang dikehendaki ye :)

Thursday, November 17, 2016

Bila Suara Itu Tak Bertuan

7:38 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni kerja syif petang. 1.00pm - 10.00pm. Kat sini ada dua syif je. Tak macam Shah Alam. Kat Shah Alam ada tiga syif. Huhu. Ok la bagi me sebab selepas Maghrib pun boleh di kira dengan jari beberapa orang je yang masuk library ni. 

Saja nak kongsi pengalaman seram pertama me kerja syif kat sini. 

Biasa if me kerja syif memang akan jaga Bilik IT. 
Ceritanya,,

Hari tu, ada beberapa orang student duduk dalam Bilik IT ni sambil borak-borak. Me tak tegur sebab diorang borak dalam keadaan terkawal dan tak ada student lain. Sampailah last announcement untuk kosongkan library pun diorang masih jugak berborak. Takde tanda nak keluar. 

Dalam hati 'Jap lagi arr tegur. Bagi masa dulu..'

Tengok jam dah hampir 9.40pm. Budak-budak tu tak keluar jugak. Makanya me pun berdirilah. Kononnya nak bagitau yang library dah nak tutup kan. Bila me berdiri je, tengok takde sorang pun dalam bilik ni kecuali me. Huwaaaaa. Kaku jap kaki nak gerak. 

Bila dah ok sikit, laju je me pilih shutdown all kat sistem. Tapi masa tu jugaklah sistem tu tak fungsi. Adoi... Terpaksa laju-laju pegi shutdown satu-satu semua pc. 

Perasaan masa tu memang tak boleh nak terangkan. Memang takut. Tapi beranikan diri. Dalam hati tak henti-henti baca ayat Qursi dan 3 Qul. 

Bila cerita dengan kawan yang sama kerja syif, katanya memang selalu je ada macam tu. Huhu. 

Nasib baik 'suara' tu tak memunculkan diri. Kalau tak, tak tau la apa jadi. 

Taklah seram mana pun bagi korang. Tapi bagi me seram gak tu. 

Follow me @munirah_izzan