Thursday, November 17, 2016

Bila Suara Itu Tak Bertuan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni kerja syif petang. 1.00pm - 10.00pm. Kat sini ada dua syif je. Tak macam Shah Alam. Kat Shah Alam ada tiga syif. Huhu. Ok la bagi me sebab selepas Maghrib pun boleh di kira dengan jari beberapa orang je yang masuk library ni. 

Saja nak kongsi pengalaman seram pertama me kerja syif kat sini. 

Biasa if me kerja syif memang akan jaga Bilik IT. 
Ceritanya,,

Hari tu, ada beberapa orang student duduk dalam Bilik IT ni sambil borak-borak. Me tak tegur sebab diorang borak dalam keadaan terkawal dan tak ada student lain. Sampailah last announcement untuk kosongkan library pun diorang masih jugak berborak. Takde tanda nak keluar. 

Dalam hati 'Jap lagi arr tegur. Bagi masa dulu..'

Tengok jam dah hampir 9.40pm. Budak-budak tu tak keluar jugak. Makanya me pun berdirilah. Kononnya nak bagitau yang library dah nak tutup kan. Bila me berdiri je, tengok takde sorang pun dalam bilik ni kecuali me. Huwaaaaa. Kaku jap kaki nak gerak. 

Bila dah ok sikit, laju je me pilih shutdown all kat sistem. Tapi masa tu jugaklah sistem tu tak fungsi. Adoi... Terpaksa laju-laju pegi shutdown satu-satu semua pc. 

Perasaan masa tu memang tak boleh nak terangkan. Memang takut. Tapi beranikan diri. Dalam hati tak henti-henti baca ayat Qursi dan 3 Qul. 

Bila cerita dengan kawan yang sama kerja syif, katanya memang selalu je ada macam tu. Huhu. 

Nasib baik 'suara' tu tak memunculkan diri. Kalau tak, tak tau la apa jadi. 

Taklah seram mana pun bagi korang. Tapi bagi me seram gak tu. 

1 comment:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in