Thursday, December 8, 2016

Bilik IT PTAR Puncak Alam Semalam Dan Hari Ni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam kerja syif malam. Hari ni pun kerja syif malam. Minggu ni hinggalah hujung tahun PTAR UiTM Selangor Kampus Puncak Alam akan di buka sehingga 10.30 malam. Syif biasa buka sampai 9.30 malam je. Sebabnya nak bagi peluang student study lama sikit kat library ni menjelang musim peperiksaan. 

Semalam ada sorang je teman me kat dalam Bilik IT ni.  
Ok. Tak payah cari dalam gambar sebab dia duduk kat sebelah kanan tiang tu. Memang tak nampak. Haha.

Pastu send kat twitter pic ni. Dapat respon dari salah sorang student.


Kita memang limitkan penggunaan 2 jam sehari je untuk setiap pelajar. Sebabnya nak bagi peluang pada pelajar lain yang nak gunakan pc. Sebabnya kat sini kita hanya ada 55 pc sahaja untuk kegunaan semua pelajar. Tapi kiranya student tak ramai dan takde student yang sedang menunggu, kita boleh je tambahkan masa untuk korang. Datang je kat kaunter Bilik IT tu dan bagitau nak tambah masa. No hal lah. Heeeee.

Kalau tengah student ramai memang kita tak topupkan masa. Nak minta maaf siap-siap ni. Jangan marah pulak tau. 😉

Tahun depan insyaAllah kita akan tambah lagi banyak pc untuk korang. 

Malam ni,,,

Alhamdulillah me ada teman. Ramai je yang datang dan gunakan kemudahan Bilik IT hari ni. Thanks korang yang datang. Heeeee. Rasa berbaloi balik kerja jam 11.00 malam kalau macam ni. 

Psssstt.. kat tweet semalam dapat respon staf garang. Siapa agaknya ye? Kalau akak ni memang tak garang. Jangan risau. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan