Thursday, December 8, 2016

Pulau Langkawi, Pulau Pilihan Untuk Percutian Keluarga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagi beberapa minggu cuti sekolah nak berakhir ni. Me tahu mesti ramai yang masih dalam mood holiday kan? Yelah.. Hujung-hujung tahun ni mesti ramai ibu bapa yang bekerja mencari kesempatan untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang masih ada tu kan. Termasuklah me. Hehe. Nak cadangan tempat bercuti tak? Ke Pulau Langkawi kitaaaa. Jom!!
sumber : google image
Dalam banyak-banyak pulau yang cantik kat Malaysia ni, me memang teringin sangat nak ke Pulau Langkawi. Kenapa? Kerana Pulau Langkawi ni adalah tempat pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia. Bukan setakat pelancong tempatan saja yang suka ke sini, malah pelancong dari luar negara juga turut berkunjung ke sini. 

Sebelum pergi tu wajiblah survey tempat-tempat yang menarik kat Pulau Langkawi ni kan. Antara tempat yang teringin me nak lawat adalah :

Kereta Kabel
Sumber : google image
Rugi lah datang Langkawi kalau tak naik kereta kabel ni. Gondola-gondola di sini lebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan dengan kereta kabel Genting Highland. Terdapat tiga pilihan gondola yang boleh dipilih dan yang paling akan membuatkan korang rasa gayat adalah menaiki gondola yang berlantaikan kaca.

Gayat tak gayat me tetap nak cuba gak. Haha.

Art in Paradise
Sumber : google image
Art in Paradise atau juga lebih sinonim dipanggil muzium seni 3D ataupun 3D Trick Art juga dalam list tempat yang ingin dilawati. Di sini terdapat banyak lukisan yang nampak macam real. Bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pernah datang sini lagi membuak-buak hati tu nak datang. Serius tengok gambar pun tau menarik!

Selain itu, di Langkawi juga terdapat hutan paya bakau dengan pelbagai tarikan alam untuk dilihat iaitu Kilim Geoforest Park. Korang juga boleh menyewa bot dan menikmati keindahan hutan paya bakau melalui sungai. 

Katanya kalau nak bermain aktiviti sukan air, Pantai Tengah adalah tempat yang paling sesuai kerana pasir pantainya gebu dan air laut pun agak tenang untuk aktiviti laut. Antara sukan air yang boleh dicuba di pantai ni adalah seperti bermain jetski, parasailing dan sebagainya. Pada waktu petang pula bolehlah bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. 


Teringin nak mandi air terjun? Jangan risau. Kat sini ada air terjun Telaga Tujuh. Apa yang uniknya air terjun ni dinamakan Telaga Tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan-akan telaga yang terbentuk secara semula jadi.

Yang penting sebelum pulang wajib singgah sebentar ke Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu burung helang gergasi yang menjadi simbolik pada Pulau Langkawi sebagai gambar kenangan. Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati seperti Underwater World Langkawi, Taman Buaya Langkawi, Makam Mahsuri, Galeri Padi dan lain-lain lagi.

Ramai yang pilih pulau lagenda ni sebagai lokasi percutian kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tak perlu risau tentang kemudahan penginapan sebab Pulau Langkawi ada menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa mengikut bajet korang. Daripada hotel bajet sehinggalah ke hotel mewah.
Untuk memudahkan pencarian tempat penginapan korang boleh terus melalui https://www.traveloka.com/en-my/ . Kalau korang nak tahu, me memang suka survey kat website ni dulu sebelum pergi bercuti sebabnya promosi yang ditawarkan semuanya menarik dan sangat berbaloi. Bukan setakat dalam negara saja malah termasuk luar negara. Terkadang sampai rambang mata nak pilih tapi dalam masa yang sama korang juga boleh menilai sesebuah hotel tu berdasarkan review yang diberikan oleh orang lain. 
Apa yang menariknya lagi, kini Traveloka dah ada dihujung jari kita saja. Yahooo! Haa, tunggu apa lagi? Cepatlah download Traveloka App kat smartphone korang. Nanti kalau nak pergi bercuti senanglah korang nak belek-belek sambil tengok promosi apa yang sedang ditawarkan. Nak survey hotel sambil golek-golek atas katil pun boleh. Bukan tiket hotel je, tiket kapal terbang pun boleh survey guna apps Traveloka ni. Memang mudah kan? Sekali jalan saja buat kerja. Lepas dah booking hotel yang kita nak boleh terus booking untuk tiket kapal terbang. Teknologi dah semakin canggih ni, semuanya boleh buat hanya dengan hujung jari saja. Sekali petik semua siap. Hehe. Jangan bimbang untuk membuat tempahan flight dan hotel di Traveloka kerana data dan privasi korang dijamin sentiasa selamat. 


Haa, seronok kan? Jadi jangan ragu-ragu nak rancang percutian melalui aplikasi Traveloka ni. Mesti cuba! Jadilah macam me dan family. Awal lagi dah mula rancang percutian dengan Traveloka. Memang ada banyak pilihan hotel dengan pelbagai harga yang menarik. Apa lagi? Semuanya hanya di hujung jari saja. Selamat bercuti ya!

1 comment:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in