Friday, December 9, 2016

Susahnya Memilih Produk Skincare

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Umur dah nak masuk 3series ni makin cerewet pulak nak pilih skincare. Sekarang ni memang takde pakai apa-apa skincare pun. Tu yang muka jadi makin kusam. Sedih tengok kulit muka sendiri. Huhu. 

Selalu tengok review rakan blogger. Ada macam-macam produk skincare diorang review. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan dah. Hahaha. Tapi tak tau kenapa risau nak cuba. 😅😅

Sekarang ni pakai pencuci muka Garnier je. Memang takde pakai apa-apa krim pun. Terukkan me? Huhu. 

Memanglah dari gambar tak nampak ketara sangat masalah tu tapi kalau face to face mesti korang pun terkejut. Hahaha. 

Me pernah cek kulit. Katanya jenis kulit me ni berminyak kat dalam tapi kering di luar. Duduk dalam aircond kan. Sebab tu nampak kusam dan tona tak sekata. 😭😭Kalau pakai bedak muka nampak la kulit tu kering. Tak pakai bedak nampak kusam tapi bila pakai pulak bertompok. Aduiii. Dilema betul. 

Masa cek kulit tu memang dia ada suggestkan satu brand tu tapi harganya di luar kemampuan me. Huhu. 

Korang boleh tak suggestkan mana-mana produk skincare yang korang guna? Thank you in advance. 

2 comments:

  1. mera guna ameyra beauty je kak dari dulu. alamdulillah serasi dengan kulit. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca tadi pasal produk ni.. macam best gak.. bleh masuk dlm list.. tq mera.. :)

      Delete

Follow me @munirah_izzan