Thursday, December 29, 2016

Tukar Kad Debit CIMB Melalui CIMBClicks

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tukar Kad Debit CIMB Melalui CIMBClicks | Bulan Disember 2016 antara bulan paling sibuk kat semua bank. Semua pasal nak tukar kad debit. Haaaa. Me pun sebenarnya dah dapat mesej dari CIMB awal bulan Disember hari tu tapi takde masa nak keluar ke bank. Huhu.

Kad debit BIMB alhamdulillah me dah selamat tukar. Tukar kat BIMB UiTM S.Alam. Tu pun memang beratur sekali dengan pelajar-pelajar yang ramai tu. tapi taklah seramai yang beratur menjelang hujung tahun ni. 

Pernah datang CIMB Kapar awal pagi last 2 week tapi baru jam 9 pagi memang dah beratur sampai ke luar. Perghh. Tunggu 5 minit je pastu terus blah. Tak sanggup wei tunggu. Dah la tak sarapan lagi. Masa blah tu pun siap dalam hati pasrah kalau kena denda lewat tahun depan. Hahaha.

Tapi semalam, masa me tengah online CIMBClicks, saja lah konon nak cek balance yang ciput tu. Masa logout dapat popup ni,,

Foto Munirah Izzan.

Ko rasa? Haha.. Maka bergembiralah me ni apply online je. Takyah nak susah payah beratur kat kaunter. Just isi alamat penghantaran kad je pastu selesai. Katanya kena tunggu sebulan untuk penghantaran kad tu. Tak kisah lah kan. Yang penting tak perlu bersesak dan buang masa menunggu berjam-jam.

Sebelum ni ada yang kata tak boleh replace thru CIMBClicks. Ada gak dengar yang hanya yang selected je boleh apply online tapi bila dapat mesej ni maka anggapan me pihak CIMB dah buat pembaharuan tapi rupanya tak semua orang dapat. Tak tau la macamana pihak CIMB tu pilih. Huhu.

So, yang ada CIMBClicks tu dan tak tukar lagi kad debit,, boleh cuba cek korang punya akaun lak. 

1 comment:

  1. Sy pun dh dpt popup tu... dh sign up... x payah pergi bank dh.. thanks for info..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in