Tuesday, February 16, 2016

Usaha Breastfeed Untuk Baby Addeena

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah jadi rutin bangun jam 1 ke 2 pagi ni. Kalau baby Addeena tak bangun menyusu maka kena pam susu sebagai stok baby bila dah mula kerja nanti. Heeeeee. Excited betul nak fully breastfeed kali ni.

Sebelum ni takde ilmu pasal breastfeed sangat tapi kali ni memang semangat. Sanggup beli ebook pasal breastfeed. Apa sangat la duit tu dengan ilmu yang kita nak belajar kan. Hope rezeki susu Addeena sentiasa meriah sampai la dia umur 2 tahun. InsyaALLAH.

1 April dah mula masuk kerja. Hope sempat buat stok banyak-banyak untuk Addeena ke pengasuh.


First time beli breastpump. Tertarik dengan breastpump jenama Halford ni. Setakat ni me pakai alhamdulillah serasi dengan me. Takde sakit ke apa. Bunyi ada tapi tak kuat. Beli yang single je dulu. Harga RM190 beli masa babyfair kat Midvalley bulan 12 hari tu.

Angan-angan nak beli Freemie pas ni tapi kena kumpul duit dulu. Heeeee. Setakat ni banyak barang-barang baby Addeena beli dengan duit hasil blog. Alhamdulillah. Nak beli Freemie ni kumpul duit blog juga.

Kawan-kawan tolong support usaha me ni yerr. Heeeee.
Read More ->>

Thursday, February 4, 2016

Lirik Bulan Terbelah Di Langit Amerika : Rhido Rhoma feat Fazura

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lirik Bulan Terbelah Di Langit Amerika : Rhido Rhoma feat Fazura | Semalam baru dengar lagu ni. Best. Ost filem Bulan Terbelah Di Langit Amerika. Bila tengok trailer rasa macam filem dari Indonesia.

Sumber : google image

Dibalik awan hitam
Engkau cantik bulan malam
Indahmu melengkapi
Semesta sejuta bintang

Kau seperti cahaya
Lebih terang dari bintang
Sinarmu menyinari di langit Amerika

Kau seperti hujan di musim kemarau
Kau seperti matahari di langit kelabu
Kau seperti kilau berlian di tanganmu
Sempurna berdua bersatu dalam cinta

Kau semesta dalam cinta
Hadir karena cahaya
Hitamku tiada lagi
Cuma putih pelita

Isi dari langit semesta
Menjawab sebuah doa
Cintaku meliputi untuk hadir sang Esa

Kau seperti hujan di musim kemarau
Kau seperti matahari di langit kelabu
Kau seperti kilau berlian di tanganmu
Dan bulan terbelah di langit Amerika

Kau seperti hujan di musim kemarau
Kau seperti matahari di langit kelabu
Kau seperti kilau berlian di tanganmu
Sempurna berdua bersatu dalam cinta

Kau seperti hujan di musim kemarau
Kau seperti matahari di langit kelabu
Kau seperti kilau berlian di tanganmu
Dan bulan terbelah di langit Amerika
Dan bumi tercipta untuk kamu dan aku 

Read More ->>

Monday, February 1, 2016

Sebulan Sudah Addeena

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Dah sebulan usia Addeena. Lebih tepat 32 hari.


Tak terasa masa berlalu. Rasa macam baru semalam je bersalin. Heeeee.

Membesar dengan sihat ye sayang. Nanti boleh main dengan kaklong dan kakngah.
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in