Wednesday, March 30, 2016

Lokasi Surau Sekitar Kota Kinabalu Untuk Panduan Semua

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lokasi Surau Sekitar Kota Kinabalu Untuk Panduan Semua | Kali ni me kongsikan beberapa surau yang ada di pusat beli-belah di sekitar Kota Kinabalu.
  • πŸ•Œ Surau Suria Sabah di parking lot 5th floor,
  • πŸ•Œ Surau Wisma merdeka 2nd floor area tmpt shopping, 
  • πŸ•Œ Surau 1Borneo di parking lot 2nd floor (floor GSC)
  • πŸ•Œ Surau Centre Point di parking lot 3rd Floor.
  • πŸ•Œ Surau Karamunsing 10th floor naik lift area shopping.
  • πŸ•Œ Surau Imago Basement sebelah kedai elektrikal Sen. Dkt escalator.
  • πŸ•Œ Surau Oceanus di parking lot 3rd floor.
  • πŸ•Œ Surau Wawasan plaza 2nd floor and 5th floor
  • πŸ•Œ Surau Central Shopping plaza 2nd floor
  • πŸ•Œ Surau Megalong Ground Floor (kedai makanan melayu)
  • πŸ•Œ Surau Hotel promenade 2nd floor.
  • πŸ•Œ Surau Hotel Hyatt 1st floor.
  • πŸ•Œ Surau Pan-Pacific Ground Floor.
  • πŸ•Œ Surau KKIA 2nd floor.
  • πŸ•Œ Semua Petronas ada surau.
  • πŸ•Œ Nurnuha Beauty Holistic
Berjalan-jalan, shopping, tengok wayang jangan lupa pada ibadah wajib kita sebagai hamba Allah  =)
Read More ->>

Thursday, March 24, 2016

Pekatkan Susu Ibu Dengan UMIL MILK BOOSTER

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pekatkan Susu Ibu Dengan UMIL MILK BOOSTER | Alhamdulillah. Me telah melahirkan anak yang ketiga pada 1 Januari 2016 yang lepas. Sejak me tau yang me mengandung anak ketiga ni, me dah siap-siap pasang niat nak susukan anak dengan susu ibu sehingga dia berumur dua tahun. Dua anak sebelum ni me tak mampu nak susukan sehingga dua tahun atas beberapa sebab yang tak mampu me elakkan.

Tapi masalah yang me hadapi setelah bersalin ni susu me tak semeriah ibu-ibu yang lain. Betul susu kita terhasil ikut demand anak tapi yang ni ketara sangat anak tak puas nak menyusu. Asyik nak melekap je. Sampai satu tahap tu puting susu melecet sebab asyik melekap. Lepas tu tidur malam pun tak lena. Kejap-kejap terjaga. Memang terasa penat sangat. Nurse kata sebab Addeena tak kenyang. Tu yang asyik melekap dan merengek tu. Bila dapat tau, ada la orang yang cadangkan supaya me ‘topup’ dengan susu formula. Bila kita kata taknak, mulalah kata kita ni degil. Haaaaaaa. Bertambah-tambah stress kat situ. Lagilah susu taknak keluar. Sampai satu ketika tu masa menyusukan Addeena me nangis sambil minta maaf sebab susu tak banyak.

Syukur en.abg sentiasa sokong keputusan me untuk tidak berikan Addeena susu formula. Tetap nekad nak bagi susu ibu maka bermulalah misi mencari milkbooster untuk membantu niat me dalam perjalanan menyusukan Addeena.

Dalam banyak-banyak milk booster, me ditemukan dengan UMIL MILK BOOSTER. Tertarik dengan testimoni-testimoni pelanggan terdahulu me tidak ragu-ragu untuk mencuba.


Setelah hampir seminggu lebih bersama dengan UMIL MILK BOOSTER ni, alhamdulillah Nampak perubahan Addeena. Dia tidak lagi melekap, Nampak lebih kenyang dan tidur malam lebih lena. Jauh beza dengan sebelum me amalkan UMIL MILK BOOSTER ni. Ini kerana setelah amalkan UMIL MILK BOOSTER ni me perasan yang susu semakin bertambah dan lebih pekat dari sebelum ni. Pernah terbaca susu ibu yang pekat tu yang buatkan bayi cepat dan lebih kenyang. Dah mula rasa bengkak susu dan mampu buat stok ebm untuk bekal anak ke rumah pengasuh nanti. Syukur sangat.

Me pun gembira dengan hasil ni. Bolehlah me join Addeena tidur lena juga. Hehe. Siang pun dah boleh buat kerja rumah yang lain. Takde dah dengar dia merengek lapar. Dan yang paling best, takde lagi dengar suara-suara yang suruh me ‘topup’ susu formula untuk Addeena.


Me ni jenis orang yang risau nak telan sesuatu yang perlu dibancuh. Risau tekak tak boleh terima rasa tu tapi dengan UMIL MILK BOOSTER ni tak perlu risau. Rasa coklat yang pekat tu memang sedap. Rasa tak puas bila minum pun ada. Hehehe.



Ada juga yang tanya kenapa me menolak susu formula kali ni? Jawapan me :

Ada banyak manfaat dalam susu ibu ni. Paling utama zat khusus dalam susu ibu mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal anak. Kita takkan jumpa zat ni dalam mana-mana susu formula atau makanan lain.

Selain itu sistem imun bayi lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam dan selesema. Haaaaa. Yang ini betul. Memang terbukti. Sekarang ni musim panas dan beranginkan. Bila Along dan Angah mula selesema, me sangat risau jangkit ke Addeena. Yelah. Bukan senang nak jaga anak kecil yang kurang sihat ni kan. Tapi alhamdulillah setakat ni takde lagi tanda-tanda yang Addeena berjangkit selesema. Dan me percaya ni salah satu kehebatan susu ibu.

Ni me nak kongsikan lagi khasiat UMIL MILK BOOSTER dengan semua.


Semoga perkongsian me ni boleh membantu ibu-ibu lain yang sedang mencari milk booster untuk membantu perjalanan penyusuan susu ibu semua.

Harga untuk UMIL MILK BOOSTER 600 gram :

RM80 sekotak
RM200 untuk 3 kotak

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : UMIL MILK BOOSTER
Instagram : UMIL MILK BOOSTER
Email : umilmilkbooster@gmail.com
Contact Number : 019-3000793 & 019-6473938



Read More ->>

Sunday, March 20, 2016

Hapuskan Bau Badan Dengan Harum Malam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hapuskan Bau Badan Dengan Harum Malam | Bau badan adalah salah satu musuh utama me. Sebab itu me sentiasa gunakan deodorant. Rasa kurang yakin bila keluar tanpa minyak wangi. Sanggup tau minta minyak wangi kawan kalau terlupa sembur. Huhu. 

Lagi-lagi bila lakukan aktiviti berkumpulan di luar. Homaii. Rasa tak yakin tu sampai ke tapak kaki. Kalau pakai deodorant sampai la yakin tu ke pinggang. 'Topup' dengan perfume sampai la ke bahu pula. Haaaa. Nampak tak bezanya tu?

Malu la kan even sikit pun bau badan tu terhidu oleh orang lain. 

Banyak cara kita boleh amalkan untuk hilangkan bau badan ni. Tradisional? Moden? Yang leceh? Yang mudah?

Bagi me ibu anak tiga ni seboleh-bolehnya mestilah nak yang senang dan cepat je. Dengan anak kecil memang tak dan nak gosok badan lama-lama. 

Haaa. Akhirnya me jumpa juga jalan penyelesaian pada masalah ni. 


Harum Malam adalah supplement kesihatan yang membantu, menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat menyelesaikan masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambah stamina untuk melakukan aktiviti harian.

Harum Malam diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti sireh, buah tin, kismis, goji, limau purut, kayu serapat, pueraria mirifica, pueraria lobata, buah delima, manjakani dan senna. Tak perlu risau kerana tiada bahan kimia. Produk ini juga lulus KKM. 

Kebaikan lain Harum Malam :
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Menhilangkan kegatalan dan masalah bau di Miss V
  • Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot rahim
  • Memberi tenaga dan kecergasan 
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Melancarkan perjalanan kitaran haid
  • Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Membentuk punggung agar lebih montok
  • Mengawal berat badan
  • Mengempiskan perut buncit
  • Memberi perlindungan antioksidan yang tinggi


Untuk maklumat lanjut mengenai produk : 

Telefon : 010-4042769


Amalkan 2 kali sehari, setiap hari. InsyaAllah selesai masalah bau badan. :)

Hapuskan Bau Badan Dengan Harum Malam. Sangat disyorkan bagi mereka yang ada masalah bau badan. Sesuai diamalkan oleh anak dara, ibu berpantang dan ibu menyusukan bayi. 

Read More ->>

Ethel Tersingkir Dari Clever Girl Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ethel Tersingkir Dari Clever Girl | Jujurnya ni pertama kali me tengok rancangan Clever Girl Malaysia ni. Dan me macam "owhhhh.. macam ni rupanya.." 

Minggu ni menyaksikan Ethel peserta dari Sarawak meninggalkan pentas Clever Girl. 



Read More ->>

Melaksanakan Projek Viral

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Melaksanakan Projek Viral | Panasnya cuaca sekarang ni. Hujan sekali je minggu lepas pastu takde dah. Dalam rumah pun bahang yang amat. Berpeluh-peluh.

Sebab panaslah makanya me rajinkan diri ke dapur nak buat menu yang dah viral 2 tahun lepas ni. Hahaha. Orang lain dah kenyang makan, me baru nak terhegeh-hegeh buat. Tapi takpe. Yang penting buat lah juga kan. Dari tak buat langsung selepas beli bahan-bahan.

Hasilnya,,


Rupanya taklah lama nak siapkan aiskrim sumi jelly ni. Tak sampai sejam pun. Dapat dalam 18 batang semalam. Tu pun ada lagi balance susu sikit. Jadinya me buat macam koktail je. Sebab Angah dah bangun masa tu. Kalau Angah join sekali memang tak jadi semua ni. Hahaha. 


Masukkan ais atau sejukkan dalam peti pastu makan sejuk-sejuk. Nyummmm..nyummmm.. 

Hehehe.

Tapi me tak makan pun. Rasa sikit je. Buat untuk anak-anak dan anak buah. Me tak makan ais lagi. Pantang dulu lama sikit. Heeeeee.

Cantik pula bila dah siap. Tahniah buat diri sendiri. Yeay!!
Read More ->>

Saturday, March 19, 2016

Buang Tabiat ke Apa Mandi Jam 2 Pagi?!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Biasanya kalau me bangun waktu-waktu macam ni sebab nak susukan Addeena atau sebab lapar. Haha. Iya. Sekarang ni kerja me asyik makan je. Badan pun dah macam di pam. Kembung. Eh. Hahaha

Tapi kali ni bangun sebab Angah ajak mandi. Tak pernah-pernah dia bangun nak mandi masa macam ni. Nak kejut pun susah ko. Pelik juga.

Tidur malam ni me tengok dia asyik tergaru-garu kepala, garu badan. Tak tau la kenapa sebab sebelum tidur tadi dia dah mandi dan tukar baju. Kesian pula merengek je sebab gatal.

Panaskan air pastu letak sikit minyak kayu putih dalam air mandi dia tu. Me gosok lama sikit kepala dia sebab perasan dia paling tak selesa gatal kat kepala tu. Siap tersenguk-senguk dia. Huhu. Masa mandi pun boleh tidur.

Pastu me sapukan badan dan baju dia dengan minyak kayu putih.

Alhamdulillah ni dia dah sambung tidur. Nampak dah selesa tu. Cuma masih merengek sikit-sikit la. Mimpi kot.

Me serba salah nak mandikan dia sebenarnya sebab cuaca kat sini bila pagi macam ni memang agak sejuk. Dah lah Angah ni jenis taknak pakai selimut. Huhu.


Read More ->>

Friday, March 18, 2016

Kawal Diabetis Ibu Hamil Dengan MOEDER

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kawal Diabetis Ibu Hamil Dengan MOEDER | Me nak kongsikan pengalaman me mengamalkan MOEDER ketika mengandung anak ketiga. 

Ketika dapat tau yang me mengandungkan anak ketiga memang tak sangka sangat sebabnya memang tak plan pun nak mengandung dalam masa terdekat. Tapi me tetap bersyukur sebab Allah bagi me sekali lagi peluang untuk merasa pengalaman ni. Bila mengandung me memang pentingkan penjagaan makan dan minum me. Yelah. Masa mengandung ni macam-macam penyakit boleh datang. 

Salah satunya yang jadi kerisauan me ialah kencing manis. Dua anak sebelum ni takde pengalaman terkena kencing manis atau ringkasnya orang selalu sebut GDM ( Gestational Diabetis Mellitus ). Bila tiba masa untuk ujian gula memang semua ibu-ibu hamil mengharapkan bacaan normal. Tapi yang ketiga ni me di uji dengan diabetis ni. Huhu. 

Hasilnya kenalah me mula berdiet. Dan salah satu yang me listkan dalam diet me adalah susu MOEDER ni. Tertarik sebab susu ni boleh kawal gula dalam badan kita. Alhamdulillah. Sepanjang mengandung tu tak sampai me perlu ambil suntikan insulin. 

Sebab tu sampai sekarang me amalkan MOEDER. Banyak kebaikan yang me dapat dari sebelum bersalin dan selepas bersalin. 

Khasiat lain MOEDER untuk ibu hamil : 
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika hamil
  • Mengatasi masalah depresi (stress)
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
  • Mengelakkan sembelit bagi ibu hamil
  • Menguatkan pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bagi ibu hamil)
  • Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
  • Meningkatkan produksi susu ibu
  • Melembabkan kulit
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
  • Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
  • Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
  • Mengatasi masalah mual
  • Menormalkan metabolisme
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin
  • Rasa Vanilla berlemak tanpa menyebabkan rasa loya

Khasiat Untuk Kandungan Dan Bayi :
  • Mengurangkan risiko demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selesema demam)
  • Melebatkan rambut
  • Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
  • Memutihkan dan melicinkan kulit bayi
  • Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi
  • Mencegah asma dan lelah
  • Mencegah rabun ketika besar
  • Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah dan organ pembiakan
  • Membantu kecergasan otak bayi
  • Membantu sistem pencernaan bayi yang menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Khasiat buat ibu selepas bersalin @ menyusu bayi @ bayi menyusu :

  • Membanyakkan dan memekatkan produksi susu
  • Mencegah kegemukan
  • Mencerahkan dan melembab kulit
  • Membantu menghilangkan selulit ketika hamil
  • Membantu merawat luka dalaman semasa bersalin dengan cepat
  • Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi menyusukan bayi
  • Mengurangkan stress
  • Mengatasi atau mencegah rabun
  • Mengenyangkan bayi dan mengatasi masalah sedu
  • Menguatkan sistem pernafasan bayi
  • Membantu daya ingatan bayi

Cara pengambilan MOEDER :

Bancuh menggunakan air suam (200ml) 1 scoop. 1 scoop siang dan 1 scoop malam sebelum tidur. Elakkan pengambilan kaffein.

Harga susu MOEDER : 

RM159 (Semenanjung Malaysia)
RM169 (Sabah/ Sarawak)

Untuk Maklumat Lanjut dan Lebih Banyak Tetsimoni :

Facebook : MOEDER
Instagram: MOEDER
Telefon : 010-4042769
Read More ->>

Thursday, March 17, 2016

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga | Me pernah btau sebelum ni kan yang tangan ke bukan tangan yang panas bila ke dapur. Tapi untuk masakan yang simple insyaAllah me boleh buat.

Semalam tiba-tiba terasa nak makan kari ayam. Jadinya me pun masak kari ringkas guna bahan yang ada kat dapur je.

Bahan :

1. Kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
2. Bawang merah dan putih yang dicincang
3. Ayam
4. Rempah kari
5. Susu cair
6. Garam
7. Terung atau kentang

Cara :

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga keluar bau. Masukkan bawang yang telah dicincang.

2. Bancuh kari dengan air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan terung ( biasanya guna kentang. Tapi kentang takde makanya guna terung pun bolehhh)

4. Biarkan sehingga ayam dan terung masak dan masukkan susu cair sebagai pengganti santan. Sebenarnya me tak gemar guna santan bila masak kari. Heeeee.

5. Biarkan mendidih sebelum dihidangkan.

Kalau rasanya terlalu pedas, biasanya me gunakan tomato sebagai pengimbang rasa. Pada me itu lebih sedap berbanding gunakan air asam. Heeee.

Maaflah kalau ada yang rasa pelik dengan cara me masak. Orang tangan tak panas gitu la caranya masak. Hahahaha.

Hasilnya,,, tadaaaaaa....


Maaflah. Godek-godek galeri handphone dah takde gambar kari tu. Yang tinggal gambar ni je. Mesti Angah dah delete pic tu. Huwaaaaa.

Apapun hasilnya tetap terbaik. Hahaha. Doakan me semakin rajin ke dapur selepas ni.

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga.

Read More ->>

Monday, March 14, 2016

Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia | Cuaca sekarang memang terasa sangat panasnya. Dalam rumah pun bahang lain macam. Kulit pun terasa kering even minum banyak air kosong.

Anak-anak memang me tak bagi main kat luar. Bukan nak kongkong anak tapi dengan keadaan cuaca panas macam ni lebih baik berkurung dalam rumah je. Alhamdulillah semalam merasa hujan lebat selepas cuaca panas berpanjangan. Namun pagi ni cuaca terasa kembali panas walaupun nampak mendung dan berangin. 

Kawan-kawan kongsi kenyataan daripada Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam whatsapp.

20160311165904
20160311165903

Nampaknya cuaca panas ni akan berpanjangan sehingga penghujung Mac. So, kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak.

Read More ->>

GIVEAWAY by RosNordin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Lama tak join mana-mana GA. Heee. Bagi yang berminat nak join klik je banner kat atas ni. :)


Read More ->>

Wednesday, March 9, 2016

Bila Along Berbahasa NG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hampir dua bulan duduk di kampung banyak benda yang Along dan Angah belajar. Berbeza sangat dari duduk kat bandar.

Along nampak sangat bezanya. Dari segi percakapan paling ketara. Dia dah pandai cakap ikut pelat sabah. Tapi kadang dengar macam robot cakap pun ada. Hahaha.

Paling me terkejut bila dia berbahasa 'NG'. Haaaaa. Mana dia belajar bahasa tu pun me tak tau. Apa itu bahasa NG?

Umi - uming
Susu - susung
Jalan - jalang
Bawah - bawang
Makan - makang

Itu contoh. Banyak lagi perkataan yang dia NG kan. Nama sepupu sepapat dia pun dia tambah jugak.

Anna - annang
Iman - imang

Cuba teka dia panggil Angah apa? Angang.. Ahahaha. Adoiyaiii. Tak tau mana dia dengar nak cakap macam tu.

Me selalu larang dia cakap macam tu sebab risau dia terbiasa. Tapi macam dia buat tak tau je bila umi tegur. Haihhhh...

Atuk dia pun ada tegur tapi ignore je.

Umi lahir kat sini pun tak pernah dengar bahasa NG tu.

Dulu-dulu kat sekolah adalah jugak guna bahasa alien. Bahasa S, bahasa F tapi ni pertama kali tau pasal bahasa NG. Hehehe


Read More ->>

Wednesday, March 2, 2016

Bila Berada Di Sini...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk bulan Mac. Maknanya cuti berbaki sebulan lagi. Haaaaa. Sekejapnya masa berlalu.

Sekarang ni me masih di Sabah. Nak menghabiskan sisa cuti sebaik-baiknya bersama keluarga. Bukan senang dapat cuti dan balik kampung lama macam ni. Kann? Lagi-lagi yang jauh macam me ni. Huhuhu.

Anak-anak? Alhamdulillah sihat. Suka sangat duduk kat kampung ni. Luas tanah nak jelajah. Hehehe. 

Along? Me tumpangkan kat taska sekejap. Boleh dia belajar sikit-sikit.Boleh dapat kawan-kawan kat Sabah pula. Mulanya memang dia meraung juga tapi selepas seminggu alhamdulillah dia dah boleh biasakan diri. Sekarang ni dia pulak tak sabar-sabar nak ke taska. Takut betul pakcik dia tinggalkan. 

Angah? Mulanya nak hantar dia sekali. Tapi tak cukup cikgu kat taska tu jadinya dia duduk rumah je la dengan me dan Addeena. Memula sampai tu semua dia takut. Atuk, nenek dan makcik pakcik semua dia taknak dekat. Sekarang ni, pantang tengok atuk nenek dia buka pintu laju je nak ikut. Lepas tu suka pula nak ajak main. Ada je helah dia nak kacau atuk ngan nenek dia. Hehe. 

Hari tu ikut atuk ngan nenek pegi tengok pakcik sukan habis merah muka. Haha. Sunburn. Sekarang ni tengah meggelupas kulit muka tu. Kesian. Baru semalam mengadu sakit. 

Addeena? Alhamdulillah. Takde meragam sangat kat sini. Dah pandai borak sambil senyum-senyum.


Me? Bertambah-tambah Berar badan me lot duduk sini. Apa taknya, asyik makan masakan mama je. Hehehe.

Haaaaaa. Terus rasa macam berat hati nak balik sana. Bestnya duduk kampung. Take perlu fikir pasal tol, jammed and so on. Mungkin satu mass nanti me Dan En.Abg akan berfikir untuk balik Dan tinggal di sini. 😊😊
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in