Tuesday, April 26, 2016

Abah - OST Filem Redha

7:30 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terkesan sungguh bila dengar lagu ni.. sob.. sob..


Abah.. Setiap halangan segala rintangan..
Kau berada di sisi..
Walau apapun yang terjadi..
Anakmu tetap di sini..

Oh abah.. Kau idola..
Duhai abah dikaulah intan permataku
Oh abah.. Kau penawar
Dikaulah penerang gelapku
Ku ikut jejakmu
Segalanya.. selamanya..
Hmmm.. Hmmmm..

Kau buat ku bangun semula
Tatkala dunia membuatku kecewa
Segala-gala kau korbankan
Terpateri dalam ingatan
Oh abah.. kau adiwira duhai dikaulah penawar sakitku
Duhai abah kau pejuang dikaulah cahayaku..

Oh abah.. kau idola
Duhai abah dikaulah intan permataku
Oh abah.. Kau penawar dikaulah penerang gelapku
Ku ikut jejakmu
Segalanya.. Selamanya...

Sumber Lirik


Monday, April 25, 2016

REDHA Bukan Sahaja Mengenai Autisme

5:29 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

REDHA Bukan Sahaja Mengenai Autisme | Belum berpeluang lagi tengok movie ni. Tapi serius memang teringin nak tengok. Selama ni dengar orang cerita je kan. Tak pernah pun selami keadaan di sebalik hidup keluarga yang ada anak autism ni. Tak pernah pun tengok keadaan anak yang menghidap autism tu sendiri. So memang pengetahuan tentang autism ni memang null. Huhuhu.

Sebab tu teringin sangat nak tengok. Bukan selalu ada kisah kekeluargaan macam ni dalam industri filem kita. Jadi, apa nak tunggu lagi. Jom ramai-ramai kita ke panggung, support filem Redha arahan Tunku Mona Riza ni.

Sumber : Google Image
“Apakah itu Autism? Tonton Redha dan anda bakal mengetahui dengan lebih lanjut. Redha bukan sahaja mengenai Autism tetapi menyentuh hal kekeluargaan, pandangan umum dan mengenai diri kita sendiri.” Harith Haziq


Kalau cerita cinta merapu kita sanggup bersesak ke panggung, apa salah cerita kekeluargaan macam ni pun kita penuhkan jugak panggung macam tu. Boleh kan? J

Sunday, April 24, 2016

Bowling KBBA Bersama K.Roger's Cookies

3:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebenarnya teruja nak share cerita ni dengan semua even me tak main pun malam tu. Dah bagi nama tapi sebab waze hantar kami ke tempat yang tak sepatutnya maka terlambat sampai ke event. Maka berhuhu la me kat tepi tengok geng KBBA yang lain berbowling. I hate u waze!! Hahahaha. Kali ketiga disesatkan oleh waze. Hampeh tol.


Tapi nak minta maaf pada semua keluarga KBBA malam tu. Game sepatutnya mula jam 8.30pm. Tapi sebab me lambat makanya game mula lambat. Eh,, betulkan sebab tunggu me kan korang lambat start malam tu? Minta maaf sangat-sangat tau. Memang rasa bersalah.

Yang bestnya, dapat gak jumpa sebahagian keluarga KBBA walaupun tak sempat nak bertegur sapa dengan semua. Yelah. Semua di'rasuk' semangat kesukanan masa tu. Lagi-lagi ditemani biskut K.Rogers yang sedap ni. Ramai wei yang terror main. Nasib baik tak join sebab me ni tak lah pandai main sangat. Setakat longkang lane dah biasa sangat. Hahaha. 

Sumber : Kak Sue Izza

Terima kasih juga untuk penaja tournament malam tu K.Rogers Cookies. Psssssttt,, nak habaq kat hangpa semua. K.Rogers tu bukan Kenny Rogers tau tapi K.Roger's tu jenama cookies yang sedap, lembut dan cair di mulut ni. Sedap weiii. Kenapalah baru tau cookies ni wujud. 

Sumber : Kak Sue Izza
Sumber : Kak Sue Izza
Sumber : Kak Sue Izza
Sumber : Kak Sue Izza
Terima kasih K.Roger's Cookies kerana menaja Strikes Against Bowling Tournament ni. Sambil bowling sambil makan cookies gitu. Korang kalau nak rasa cookies ni boleh terjah FB Page K.Roger's atau terus je whatsapp 014-3348803 untuk tempahan dan pertanyaan. 


Wednesday, April 20, 2016

Wednesday, April 13, 2016

Penyusuan Susu Ibu : Wishlist - Freemie Cup

9:46 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Setakat hari ni masih gigih breastfeed Addeena. Gigih juga membawa cooler bag dan pam ke tempat kerja. Gigih juga ambil sikit masa 3 jam sekali untuk mengepam demi untuk Addeena. Sehari mampulah kumpul stook untuk Addeena ke rumah pengasuh. 

Tapi rasa serba salah juga sebenarnya bila tiap 3 jam ‘hilang sekejap’ selama 20 minit. Biarpun separuh dari mereka tu faham tapi masih rasa tak sedap hati. Sebab tu kuat hati nak beli Freemie cup ni. Boleh freestyle sambil santai tanpa perlu rasa ragu-ragu nak tinggalkan meja. Salah satu wishlist dalam breastfeed journey me ni. 


Tak perlu nak 'hilang-hilang' lagi dah. Boleh je buat kat meja sambil buat kerja lain. Kuranglah sikit rasa bersalah tu kan. Heeeee.

Boleh pulak buat power pumping nanti tanpa fikirkan masa. Duduk je kat tempat kan. 

Haaaaaaa.. Bayangkan je pun dah buat me gembira yang amat. Kalau dapat lagilah suka dak. Hahahaha. 

Ni tengah kumpul duit untuk tunaikan wishlist yang ni. Dapat free *sambil jeling en.abg* pun sedap gak ni. Ada ke yang nak bagi? Hahaha. Berangan lebih ko kan. Tapi tak pe la. Berangan tu tak perlu bayar pun. 

Sekarang ni tengah survey harga. Paling murah me jumpa dalam RM360. Kalau ada lagi murah roger-roger lah hakak yee. 

Monday, April 11, 2016

Doa dan Zikir Untuk Menambah Susu Ibu

5:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk bulan ke-empat Addeena minum susu ibu je. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan susu ibu sehingga Addeena berumur 2 tahun. 

1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 


Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.


2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." 

5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. 

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 


Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.

Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini. Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233) 

Kredit : Doa dan Zikir Untuk Menambah Susu Ibu


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.. 

Monday, April 4, 2016

PM Gesa Tonton Drama Korea

11:02 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

PM Gesa Tonton Drama Korea | Haaa. PM mana tu? Malaysia? Tentulah bukan. Hahaha. 

Berita ni sebenarnya berita bulan lepas lagi. Tapi pagi tadi baru dapat Whatsapp dari kawan pasal PM Thailand ni. Hebat wooo. Ada masa santai dia layan drama Korea. Me syak dia pun nangis-nangis senyum tengok drama Descendant of The Sun (DoTS) ni. Hehehehe.


Tapi DoTS ni memang salah satu drama terbaik awal 2016 ni. Lakonan mantap Song Joongki, Song Hye Kyo, Jin Goo, Kim Ji Won dan ramai lagi pelakon hebat yang lain. 

Sumber : Harian Metro Online
Ok lah tu kan. Sekurang-kurangnya dia galakkan drama yang bermesej. Bukannya drama yang takde mesej. 

Korang yang tak pernah berminat nak layan drama Korea bolehlah cuba tengok drama ni. Manalah tau berkenan di hati kannnnn. 


Follow me @munirah_izzan