Friday, May 27, 2016

5 Persediaan Kita Sebelum Menyambut Ramadhan

4:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Alhamdulillah.. Sampai kita di Jumaat terakhir di bulan Mei 2016. Hari ni berkesempatan berada dalam satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Noor Rashidah A. Rahman, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Puncak Alam. 

Tazkirah pertama anjuran PTAR yang me hadiri selepas berpindah ke Kampus Puncak Alam. Sebenarnya majlis ilmu macam ni lah yang kita perlukan. Majlis ilmu yang mampu membuka mata dan minda kita tentang pengertian Ramadhan. 

Dalam masa hampir 2 jam bersama Ustazah Noor Rashidah banyak ilmu yang disampaikan dan banyak soalan yang selalunya kita anggap tak penting atau ambil mudah tapi sebenarnya perlu untuk kita tahu dan ambil tahu. 

Ramadhan
Sumber : google image
Antara perkongsian yang boleh me kongsikan adalah 5 Persediaan Kita Sebelum Menyambut Ramadhan. 
  1. Berdoa semoga ALLAH SWT melanjutkan usia kita agar dapat menemui bulan Ramadhan. 
  2. Bersihkan diri dengan bersuci dan bertaubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. 
  3. Berazam menjalani ibadah puasa kali ini yang terbaik daripada yang lalu. 
  4. Mempelajari hukum hakam puasa. 
  5. Membiasakan diri dengan puasa sunat. 

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya diri kita adakah kita sudah bersedia untuk menemui bulan mulia ini? Apakah sudah cukup bersih hati kita? 

Sebak rasa hati me bila mengingatkan terlalu banyak khilaf diri ini. Terasa kerdilnya diri ini di sisi ALLAH SWT. 

Semoga Allah terima taubat kita dan semoga kita mampu jalankan Ramadhan kali ini dengan tenang. InsyaALLAH. Amin. 


Monday, May 23, 2016

Hanya Kerana Sebiji Buah Epal

1:14 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dalam pada sibuk buat kerja kat pejabat ni, tiba-tiba teringat kat anak-anak kat rumah pengasuh.

'Apa agaknya diorang buat ea? Dah makan ke belum? Makan apa hari ni?'

Rindu membuak-buak. Sampai satu tahap terasa sebak pula hati.

Pagi tadi pula masa tengah bersiap nak pegi kerja me termarah Along hanya sebab dia minta me kopekkan epal. Masa tu tengok jam dalam 6.35am. Me tak pakai tudung lagi. Rasa macam dah lewat sangat je sedangkan kalau ikutkan masih awal pun untuk me.

Tapi bila me marah pun dia still senyum je pandang me. Masih tetap panggil umi dengan suara manja dia. Allah... Masa tu tak kesal lagi. Takde rasa bersalah lagi. Mulut masih bising bebel kata umi dah lewat. Huhu.

Bila dah hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan mulakan perjalanan ke tempat kerja, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Hati rasa tak tenang. Dengar radio pun masih tetap tak mampu uabg

'Dapur gas dah padam. Semua plug letrik dan matikan. Tapi kenapa hati rasa tak sedap ni..'

Terus teringat kejadian marahkan Along sebelum tu. Allah... perasaan bersalah datang bertimpa-timpa. Sampai sekarang perasaan tu masih ada. Terasa sebak dada. Kalau dekat memang me dah balik je peluk anak-anak.

Apa salah Along? Minta kopekkan epal je pun. Takkan susah sangat. Apa yang me nak kejarkan sangat kat pejabat tu? Anak-anak pun amanah Allah kan. Lebih berharga dari segala harta dunia. Lemahnya iman me. Khilafnya me dalam mendidik hati untuk lebih sabar melayan kerenah anak-anak.

Tak sabar nak balik. Semoga masih ada ruang yang Allah sediakan untuk me tebus semula salah me ni. Tunggu umi balik ye anak-anak solehah umi.

Nur Aisya Syuhadaa
Nur Aeera Shuhayra
Nur Addeena Syumaila

Umi sayang korang semua.


Tuesday, May 17, 2016

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

7:36 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari kedua di tempat baru. Alhamdulillah. Selamat sampai. InsyaAllah lepas ni dah boleh drive sendiri. Semalam en.abg follow dari belakang. Heeeee. Sebab tak yakin lagi.
 Haaaa. Awalkan. Hehe. Belum berani nak keluar lambat dari rumah. Biar sampai awal takpe. Orang lain baru nak keluar umah kot waktu ni. Heee.
Gambar thumb in pertama me di pejabat baru. Banyak angkut harta kiri kanan tu. Haha. Beg apa? Ibu-ibu breastfeeding tau la itu beg apa. ;)
Banyak benda baru yang me kena belajar. Back to basic kata orang. Banyak benda kena refresh semula.

Harapnya hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah. Amin.

Friday, May 13, 2016

Terima Kasih Korang

10:37 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pepagi dah sebak tau dapat kejutan macam ni. Rasa nak nangis je tadi. Nasib baik dah pas makan. Kalau tak memang tak sambung makan dah. Hehehe. 

Terima kasih korang sudi jadi kawan aku sepanjang aku kat sini. Sudi layan kerenah aku. Sudi dengar luahan marah, sedih dan merapu aku. Hahaha. 

Korang antara best thing yang datang dalam hidup aku sepanjang hampir 3 tahun aku kat PTAR Shah Alam ni. 


Aku doakan kejayaan korang kat sini. Doakan untuk aku juga ea. InsyaALLAH. Amin. 

I lap u oll ..


*sambung nangis tepi meja*


Thursday, May 12, 2016

Mengira Detik Itu

3:15 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mengira hari untuk meninggalkan tempat ni. Hampir 3 tahun berkhidmat di sini. Esok hari terakhir. Minggu depan bermula episod baru. Jawatan yang sama cuma tugas yang berbeza. Suasana dan persekitaran baru. Yang lebih baik mungkin? InsyaALLAH. 


Antara perubahan yang me perlu me hadapi. 

Sebelum ni hati mungkin berbelah bagi tapi hari ini me lebih yakin dengan pilihan ni. Dan esok mungkin akan lebih yakin. Hehehe. 

Minggu depan? Kita tunggu dan lihat..... 

Monday, May 9, 2016

Menghabiskan Minggu Terakhir Di Sini

3:34 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Google Image

Menghabiskan minggu terakhir di sini. Minggu depan insyaALLAH kemungkinan BESAR me akan melapor diri kat tempat lain pulak. Heeeeee. 

Sebenarnya memang menantikan perpindahan ni cuma tak jangka ia akan secepat ini. Berat hati nak melangkah biarpun kata orang tempat ni 'panas'. Entahlah. Masih tak pasti sama ada ianya keputusan yang betul atau salah. Hati tak tenteram dari semalam. Lambat betul rasanya nak menginjak ke hari ni. 

Allahuakbar. 

Rasa nak menangis pun ada ni. Hehehe. 

Tapi mungkin untuk masa depan, ini yang terbaik buat me dan keluarga. Lapangkan dada. InsyaALLAH. Amin. 

Thursday, May 5, 2016

Penyelesaian Kulit Kering Ketika Elnino

3:24 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cuaca yang tak menentu sekarang ni buatkan kulit muka me rasa kering. Lebih-lebih lagi bila duduk dalam ofis. Sebab aircond kan. Kulit dah jadi keliru dengan cuaca. Keluar ofis panas... masuk ofis sejuk pulak. Huhu. Risau nanti bila dah lama-lama macam tu kulit jadi menggelupas... lepas tu nanti mesti tona kulit jadi tak sekata.

Orang kata kena minum air yang banyak. Yup. Itu memang me amalkan dari dulu. Tapi bila cuaca macam ni memang agak haru jugak la. 

Nangis weiii nak tunggu kulit tu jadi sekata semula nanti. 


Untuk atasi masalah ni buat masa sekarang, me amalkan Magic Jelly. Produk ni berasaskan Aloevera dan Timun. 


Sebelum make up nak pegi kerja pepagi tu, me campurkan sedikit Magic Jelly ni dengan foundation cream yang me guna. Memula pakai tu memang rasa pelik gak sebab tak pernah buat macam tu kan. Tapi bila dah pakai tu memang rasa berangin pastu rasa ringan je. 


Oleh kerana saiznya boleh je masuk dalam beg tangan maka me memang akan usung Magic Jelly ni ke ofis. 

Biasanya selepas solat me jarang nak tepek apa-apa dah kat muka. Takdenya rajin nak make up dah pastu kalau takde apa-apa majlis. Taaaapiiiii... sekarang ni rajin je me sapu Magic Jelly ni. Paling best tak oily, tak melekit dan kulit muka tak nampak kering dah. Suka-suka. =) 

Bukan setakat guna kat muka je tau. Boleh guna kat badan dan rambut jugak. Haaaa. Hebatkan. 

Korang takkan menyesal bila amalkan Magic Jelly ni. Lagi best sebab paraben free



Tuesday, May 3, 2016

Nikmat Yang Sering Kita Lupakan

7:39 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Demam.. Selesema.. Batuk.. 

Badan dah mula terasa sakit-sakit. Tak bermaya. Kepala terasa berat. Mata pun asyik berair. 

Allah tarik sekejap nikmat sihat. Mungkin me terlalu alpa dengan nikmat sihat yang Allah berikan sebelum ni sebab tu Allah hantar ujian kecil ni untuk me beringat. 
Sumber : Google Image
Rasulullah pun ada beri peringatan tentang nikmat yang satu ni di mana Baginda bersabda yang bermaksud : Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu, sama-samalah kita jaga kesihatan kita. Lagi-lagi di musim cuaca yang tidak menentu ni. 

Follow me @munirah_izzan