Thursday, September 29, 2016

Rambut Gugur Selepas Bersalin

4:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rambut Gugur Selepas Bersalin | Antara masalah paling besar yang me alami tiap kali selepas bersalin adalah masalah rambut gugur. Gugur bukan sikit-sikit tau. Gugur sampai satu tahap tu memang rasa macam dah botak kepala ni. Huhu. Dah lah memang rambut nipis dan sikit. Bila gugur tu rasanya dah boleh bilang guna jari je rambut yang tinggal. Teruk sangatkan bunyinya? Tapi memang itu lah yang terjadi. Lagi-lagi anak dah 3 pastu rapat-rapat pulak tu. Tak sempat rambut yang gugur masa anak pertama tu nak recover Allah bagi pula rezeki anak kedua dan macam tu juga la sampai anak ketiga.

Rambut Gugur
Sumber : Google Image
Part anak tu alhamdulillah syukur. :) Tapi bila sampai part rambut tu yang buat me rasa macam hilang keyakinan diri sikit. Biarpun bertudung, orang tak nampak katanya tapi en.abg nampak. Segan tau bila rambut makin lama makin sikit ni. Kan ramai kata rambut tu umpama mahkota bagi wanita. Ececehh. Hehe. En.abg mungkin faham dan tak kisah masalah yang me hadapi ni tapi diri me sendiri yang tak yakin.

Me ni jenis suka simpan rambut panjang. Tapi sejak bersalinkan Along memang tak pernah simpan rambut panjang dah. Panjang sikit je mesti potong sebabnya terasa lagi panjang lagi nampak banyak yang gugur.

Kat lantai rumah memang bersepahlah rambut me. Bila sapu je mesti banyak yeng melekat kat penyapu tu. Bangun tidur pandang bantal mesti ada yang gugur. Duduk tengok tv pegang rambut kejap tengok tangan mesti ada yang terselit. Setakat 1 2 helai me pun tak hairan. Ni kalau banyak memang menangis la.

Ada je yang kata rambut gugur selepas bersalin tu normal sebab hormon masih tak menentu. Tu dari segi sains la kot kan. Dari segi kata orang tua-tua pula bila anak dah start main liur tu memang rambut akan gugur. Tak perlu risau katanya. Tapiiiiiiii siapa tak risau bila tengok kepala macam dah nak botak ni. Nak sikat rambut pun rasa trauma bila tengok rambut yang melekat kat sikat tu.

Hari tu balik kampung MIL ada tegur sebab banyak rambut kat lantai bilik air. Masa tu tak sempat nak kutip sebab dengar Addeena melalak. Segan kot bila kena tegur tu. Rasa macam level keyakinan diri tu turun lagi satu tahap. Huhu.

Nak beli shampoo pun kadang bergaduh dengan en.abg. Berjam duk belek shampoo demi shampoo kat mall tu. Dari yang memang dikenali hinggalah yang kurang dikenali. Tapi hasilnya agak hurmmmmm.

Dalam few week lepas, ada kawan blogger yang kenalkan me dengan satu shampoo ni. Anti hair loss katanya. Memula tu agak ragu juga nak cuba. Yelah kan. Kisah kecewa dari produk sebelum ni tak hilang lagi tu. Tapi kawan kata shampoo ni insyaAllah boleh tolong bantu atasi masalah me ni. Akhirnya me ambil keputusan untuk cuba. Yelah kita ikhtiar selagi boleh kan. Kata sayang rambut kannn. Hehehe.


Alhamdulillah. Seminggu pertama pakai Tyzara Shampoo ni memang nampak kesannya. Selalunya selepas mandi tu memang akan ada segumpal rambut yang gugur tapi dah pakai ni kurang sikit jumlahnya. Tipulah pula kalau me kata memang langsung takde rambut gugur lepas seminggu pakai tu kan.

Ni masuk minggu ketiga pakai, alhamdulillah sangat. Terima kasih kat kawan tu sebab kenalkan shampoo ni. Boleh kata sebelum pakai shampoo ni ada 10 helai rambut gugur (sebenarnya lagi banyak) tiap kali selepas mandi ni dah kurang jadi 4 helai selepas amalkan shampoo ni. Kira macam tu la perbandingannya. Hehe. Lantai bilik mandi pun bersih dari serangan rambut gugur ni.


Bukan setakat tu je kebaikannya tau. Me kan bertudung. Kadang tu terasa gak kulit kepala ni gatal-gatal. Lagi-lagi bila berpeluh. Tapi bukan masalah kelemumur tau. Yang bestnya, takde dah masalah gatal kulit kepala tu. Takde dah episod menahan tangan dari menggaru kepala di depan kawan-kawan. Huuuu. Segan wei. Karang orang ingat kita ni berkutu pulak kan. Hehehe


Apa istimewanya Tyzara Shampoo ni? Sebabnya antara kandungan Tyzara Shampoo ni adalah Trifolium Pratense (clover) iaitu sejenis bunga berwarna merah yang fungsinya menguatkan akar rambut. Selepas pakai shampoo ni korang akan rasa kulit kepala segar dan berangin. Wangi pun wangi.

Selain membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, Tyzara Shampoo juga membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut berbau dan kulit kepala berkerak.

Haaaaa... sebelum terlupa. Nak kongsikan juga ni yang shampoo ni pun boleh digunakan sebagai tonik. Caranya, sebelum tidur pastikan rambut kering. Ambil sedikit shampoo ni lepas tu sapu dan urut perlahan hingga ke kulit kepala. Biarkan semalaman dan hasilnya insyaAllah pasti terbaik!

Rupanya dah ramai yang tau pasal Tyzara Shampoo. Me ni kiranya agak terlambat la. Dah ramai yang cuba dan mereka pun puas hati dengan shampoo ni. Boleh baca testimoni kat :-

Facebook  - Rahsia Sihat dan Cantik 

Atau boleh baca Pengalaman Rawat Rambut Gugur Selepas Bersalin dan Tips Rahsia Rambut Sihat dan Cara Penjagaan Rambut.


Bagi korang yang berminat nak cuba Tyzara Shampoo ni dengan harga promosi, boleh whatsapp
TZ "munirah" ke 012-443 0338 .

Lepas ni ibu-ibu tak perlu lagi risau rambut gugur selepas bersalin. Bagi yang tengah mengandung tu boleh prepare siap-siap shampoo ni kat rumah. Hehe.

Eh... jap..jap.. Shampoo ni bukan untuk ibu-ibu lepas bersalin je yang boleh pakai tau. Semua pun boleh. Tak kira peringkat umur. Lelaki atau perempuan. So, jangan ragu-ragu nak cuba tau. :)

Jangan lupa whatsapp TZ "munirah" ke 012- 443 0338 untuk dapatkan harga promosi.

Saturday, September 24, 2016

Perkembangan Addeena 9 Bulan

3:34 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama tak update pasal anak-anak kan? Heeeee.. Terutama sekali Addeena.

Di usia 9 bulan ni dah macam-macam akal Addeena dapat. Perkembangannya ada yang cepat dan ada yang agak lambat. Tak kisah sangat asalkan sihat.

Gigi dia baru nak keluar. Dah rasa kasar-kasar kat gusi bawah. Gusi atas pun dah bengkak. Dannnn ni la antara 'momen ngeri' bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Hahaha. Ibu-ibu kat luar sana mesti faham kan.


Semalam, gembira sangat bila dapat tengok Addeena first step. Dapat 3 langkah semalam. Teruja umi tengok tauuu. Terjerit gak sebab happy. Tak lama lagi 'dapat kaki' la anak umi ni. Weeeeee. Makin luaslah kawasan jajahan dia nanti. 

Sebelum-sebelum ni dia asyik berdiri tanpa sokongan je. Bila nak mula langkah tu mesti jatuh. Dia langkah semalam tu maksudnya dah dapat rentak la nak imbangkan badan dia kan. Alhamdulillah. 


Ni la movie kesukaan Addeena. Zootopia. Suka sangat dia dengan movie ni. Bila dia tengah main atau tengah 'mengemas' pasangkan movie ni memang dia akan diam je. Kadang sampai tertidur dia tengok. Kadang dia akan senyum and gelak sendiri. Haha. Agaknya dia faham kot cartoon tu cakap apa. 

Scene paling dia suka scene yang ada lagu tu. Masa Hopps dalam train nak pegi Zootopia tu. Bila scne yang tu ko kacau la dia macamana sekalipun memang dia takkan peduli la. Hahaha. 

1 Oktober 2016 genap la dia 9 bulan. Cepat je masa berlalu kan. Hehe. 

Semoga membesar dengan sihat ye Nur Addeena Syumaila Binti Abdul Karim. :)

Wednesday, September 21, 2016

Kereta Sewa Murah

4:28 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selama dua minggu kereta dalam bengkel maka terpaksalah me cari kereta sewa untuk guna pegi dan balik kerja. 

Banyak gak me survey masa tu sebab nak gunakan dalam masa terdekat kan. Jumpa few numbers yang buat servis kereta sewa ni tapi memang mahal buat me yang kerja biasa-biasa saja ni. Viva RM1k keatas untuk 2 minggu sewa. Homaiiii. Terkejut gak. 

Masa tu memang nak nangis dah. Nasib baik en.abg jumpa jugak yang bagi me memang murah. MyVi RM600 untuk 2 minggu. Alhamdulillah. Murah kan? 

Mula sewa 1 September 2016 hingga 14 September 2016. Pick up kat Petronas dekat dengan UiTM Puncak Alam. 
Sumber : Owner Kereta
Tapi berita tak best, owner kata dia tak buat dah servis sewa kereta pas ni. Haaaaa. Baru nak bagi free marketing untuk owner. Hehehe. 

Apapun, moga dimurahkan rezeki untuk owner. :)


Tuesday, September 20, 2016

EZBUY.MY | Murah, Mudah Dan Berkualiti

1:32 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

EZBUY.MY | Murah, Mudah Dan Berkualiti | Siapa kat sini kaki shopping online? Hunting barang berkualiti dan murah? Pernah dengar pasal www.ezbuy.my? Haaaaa.. bagi yang tak tahu tu mari sini nak cerita sikit. Bagi yang dah tau dan dah ada pengalaman shopping kat sini bolehlah share pengalaman korang macamana ea. 


Me dah lama dengar pasal ni. Dah ada pengalaman 2 kali shopping kat sini. Hehe. Beli apa? Me borong cardigan dan purse untuk jual kat kedai adik. Hehe. 

Bukti?


Ni buktinya. Hehe. Masa shopping ni kebetulan tengah berpantang kat Sabah sebab tu alamatnya ke Sabah. Barang memang diterima dalam keadaan yang cukup baik. So, me puas hati. Apa yang me tengok dalam pic, sama macam barang yang kita terima. 

Memang rambang mata bila ko dah mula buka www.ezbuy.my ni. Banyak sangat pilihan. Macam-macam ada. Senang pun senang. Hehehe. Pilih.. pilih.. pastu bayar. Tunggu je posmen datang hantar barang. Hehe. 

Macamana nak register?  Senang je. Klik link ni http://bit.ly/2bOn1Ua dan korang akan dapat RM15 BAUCER PERCUMA! Untuk yang register melalui link ni je la. Kalau register biasa tak dapat. 


Dah daftar tu dah boleh mula shopping serta merta. Haha. 

Macamana nak shopping? Senang je.

1. Lepas daftar tu, korang buka klik www.ezbuy.my lepas tu login guna Username dan Password yang korang daftar tadi tu. 


2. Ada banyak kategori barang kat sini. Haaaa.. pilih la kategori mana korang nak. Semua ada. :) Dan yang pasti korang akan rambang mata bila buka satu-satu kategori tu. Sebabnya ada banyak barang murah dan cantik tersembunyi dalam tu. Hehehe. 


Dan mata me pun mulalah berkelip-kelip. Haha.


3. Bila dah pilih tu, ADD TO CART.

4. Dah siap pilih bolehlah proceed ke CHECKOUT

Masa CHECKOUT tu jangan lupa masukkan kod ezfriend15 untuk dapatkan 15% diskaun penghantaran


5. Masukkan alamat untuk penghantaran. Boleh tambah alamat banyak-banyak tapi pastikan klik alamat yang betul korang nak terima barang tu tau. 
6. Lepas dah masukkan alamat maka sampailah ke saat untuk buat pembayaran. Heeee. Pembayaran kena settlekan dalam masa 24jam tau. Kalau tak bayar maka secara automatik korang punya pembelian tu terbatal. 

Bila dah buat bayaran maka tunggulah en.posmen datang hantar barang depan rumah. Hehe. Senangkan? Goyang kaki je uols. 

PRIME

Haaaa.. ni www.ezbuy.my pun ada buka keahlian untuk jadi EZBUY PRIME. Apa tu EZBUY PRIME

Ezbuy Prime is a subscribed membership programme exclusive to ezbuy existing customers. The membership fee is RM 188 per year and this enables you to enjoy the Prime member only benefits for one whole year. 

PRIME MEMBER BENEFIT 


1. Prime RM 188 unlimited shipping
Ezbuy Prime member enjoys RM 8.80 unlimited international shipping. Regardless of the items’ total quantity, weight or size, the total international shipping fee is RM 8.80 net per checkout for Prime eligible items. There’s no limit on how many items you can check out at one time.
2. Lowest agent fee rate
Agent fee is charged for order processing and inspection, parcel consolidation and packaging, exporting and importing document, etc. Prime member can enjoy the lowest 4% agent fee rate for Prime eligible items, regardless of the current member level (normal, VIP or SVIP).
3. Free insurance up to RM2000
Ezbuy Prime member enjoys free insurance up to per parcel to cover unfortunate incident like parcel loss, damage or product issues listed in the inspection coverage. The compensation follows the same policy as buy-for-me service. 

Kalau korang nak cuba dulu pun boleh. Klik https://goo.gl/7eXgQs untuk mendaftar Prime Trial. Cepat tau sebab limited untuk 100 orang pertama setiap hari sahaja!

Haaaa.. korang rasa berbaloi ke tak berbaloi? Kalau korang jenis orang yang memang akan shopping sentiasa di sini, jangan lupa register jadi ahli EZBUY PRIME ye. :)

Jangan lupa gunakan Baucer Percuma dan Diskaun Penghantaran tu tau. Rugi kalau korang tak guna. Selamat bershopping sakan di www.ezbuy.my korang!

Sunday, September 4, 2016

Dugaan Merdeka

11:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurmmm.. Takde mood sebenarnya nak bercerita tentang kemalangan tempoh hari. Kalau nak ingatkan pun dah rasa seriau. 

Salah siapa? Salah kereta Viva yang tiba-tiba keluar dari sisi jalan belah kiri dan buat pusingan U. Dah la kat situ 'double line'. Katanya sebab dia tengok kereta jauh lagi padahal memang dah dekat sangat masa tu. Sempat lah juga me hon sambil brek mengejut. Tapi kereta belakang pun me rasa laju gak masa tu. Tu yang dia langgar belakang kereta me dan me pun terlanggar gak la kereta depan tu. 

Nasib baiklah sempat brek. Kalau tak memang teruk gak kereta depan tu kena. 

Keluar dari kereta memang tak boleh nak buat apa dah masa tu. Call en.abg bagitau eksiden. Memula suara macam tak cemas. Siap tanya teruk atau tak. Mampu jawab taktau then kata ada empat kereta yang terlibat. Itu je. Huhu. Gigil jangan cakap la. Orang suruh alih kereta ke tepi pun memang tak mampu dah. 

Nangis? Korang rasa? 

Tak nangis pun. Tak tau nak rasa apa masa tu. Yang me tau 2 kereta belakang me memang teruk. Huhu. Dah lah baru lagi bawa kereta masa eksiden tu. Lesen P pun baru tukar ke L sehari sebelum tu. 

Trauma? Mesti la trauma. Nak buat macamana. Tetap jugak kena bawa kereta sendiri pegi kerja. Takkan nak jalan kaki kot kan. Nak minta en.abg hantarkan memang tak kot. Kesian kat dia. Jauh pulak dia nak pegi kerja nanti. Dah la jam kerja beza.

Tapi tiap kali lalu kat tempat tu automatik bawa slow. Risau. 

Sekarang terpaksa sewa kereta sementara tunggu kereta keluar dari bengkel. Buat sementara ni sewa untuk 2 minggu dulu. If kereta still tak siap terpaksa la sambung lagi nampaknya. Rate untuk sewa 2 minggu dalam RM600 macam tu. Kereta MyVi. Ok la kot kan. 

Pasal kereta sewa ni nanti cerita lain. Heeeeee. 

Apapun still bersyukur sebab tak melibatkan kehilangan nyawa. Cedera pun takde. Setakat lebam sikit je kat bahu. Tu pun rasa sakit masa kat rumah. 

Memang lepas tu selalu beringat. 

Thursday, September 1, 2016

Malang Tidak Berbau

12:35 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kejadian pagi 30 Ogos 2016. Takkan lupa kejadian ni sampai bila-bila. Pengalaman pertama dan harap ini pengalaman terakhir.

Later akan update kejadian ni. Apapun, syukur alhamdulillah sebab tak ada yang cedera atau melibatkan kehilangan nyawa. 
Ni keadaan kereta me selepas kemalangan tu.

Follow me @munirah_izzan