Friday, October 28, 2016

MOMMA Milk Booster Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pernah tak korang rasa stress yang amat kerana susu badan kurang? Me sebagai ibu yang bekerja selalu rasa down bila susu kurang. Lagi-lagi bila stok ebm dah habis dan sekarang ni me pam hari ini untuk bekal anak hari esok. 

Kadang rasa risau cukup ke tak cukup bekal anak tu. Kadang cuba positifkan diri tapi ada masa tu memang rasa sedih sangat. Asyik terfikir kenapa susu orang lain banyak, susu me sikit. Huhu.

Lagi-lagi bila tiba fasa susu merudum. Bila mana ko pam tapi dapat 1oz sahaja untuk satu sesi. Homaiii. Masa tu memang rasa nak nangis pun ada. 

Orang nasihat jangan stress. Jaga jadual pam. InsyaAllah susu cukup untuk anak. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. 

 Addeena pun sekarang demand susu dia memang banyak. Balik kerja me memang akan sentiasa direct feed dia. Penat memang penat tapi demi anak kan. :)



Milk booster? Haaa.. ni yang nak cerita sebenarnya ni. Yup! Memang me ada ambil milk booster. Untuk bantu me dalam usaha me ni. Nak tau milk booster apa yang me amalkan sekarang ni? 

Perisa Coklat

Perisa Vanila Bliss
Ni la dia milk booster me sekarang. MOMMA® Pregolact™ adalah produk susu bernutrisi yang dapat membantu ibu mengandung atau menyusu untuk kekal sihat dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan atau anak yang disusui. Di samping dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.

Ada dua perisa iaitu coklat dan vanila. Haruslah me pilih coklat kan. Sebab me rasa coklat lebih serasi dengan me. Hehe.  

MOMMA® Pregolact™ diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.

5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.

Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat yang sedap, tidak berbau hamis.

Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran, MOMMA® Pregolact™ diformulasi dengan Activ-4 Plus™ adalah produk susu dikhaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan bayi yg baik dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan.

Image result for momma activ 4 plus 

Aspek-aspek ini penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu:-
Cantik:           Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
Sihat:              Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
Bertenaga:    Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
Bijak:             Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.
Milk Booster: Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.

Khasiat MOMMA® Pregolact™ buat Ibu Hamil dan Menyusu
  1. Menaikkan HB
  2. Kurang alahan (morning sickness)
  3. Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
  4. Anak cerdas dan bijak
  5. Meningkatkan perkembangan otak
  6. Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
  7. Merawat stress
  8. Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
  9. Meningkatkan imunisasi badan
  10. Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
  11. Penggalak susu ibu (Milk booster)
  12. Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
  13. Mengurangkan risiko demam kuning
  14. Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan

video

Kebaikan MOMMA? Banyak sangat. Sebab tu me tertarik dengan MOMMA ni. Antaranya :-

1.      Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2.      Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3.      Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4.      Memberi tenaga kepada ibu
5.      Baik untuk perkembangan otak bayi.
6.      Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress. 

Image result for momma milk booster

Memahami keperluan dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang ingin hamil, ibu mengandung dan menyusu, susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) Coklat serta Vanilla.
Jangan risau kalau ternampak packaging MOMMA yang berlainan. MOMMA dah tukar kepada packaging baru. Dan yang pasti, produk ni adalah HALAL dan LULUS KKM. Jadi tak perlu risau dengan isi kandungan produk ni. Ianya selamat untuk diminum. 


Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®:


Atau terus ke kedai beralamat:
MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club

Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain di luar sana menjayakan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun. 

Good luck ibu! :)
Read More ->>

Mula Melangkah Menjelang Umur 10 Bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Cepat Addeena berjalan. Along dan Angah umur setahun baru jalan tu pun along kena bebel ngan atok dia kat Ranau. Yang Angah pula kena bebel ngan wan dia kat Tampin. Hahaha. 

Addeena ni tak payah kena bebel. Tapi memang nampak usaha dia nak berjalan tu. Gigih betul. Bangun, jatuh pastu bangun lagi. 1 langkah, 2 langkah, 3 langkah, jatuh pastu cuba lagi. Umi ngan kakak-kakak dia pula excited lebih. Siap jadi tukang sorak lagi. Hehehehe. 

video
Ni video yang sempat ambil semalam. Abaikan rambut Along tu. Dia tengah main salon ngan Angah tu yang menggerbang macam tu. Hahahaha. 

Haaaa.. pasni dah boleh belikan kasut untuk Addeena. Nak beli yang ringan-ringan je untuk dia biasakan kaki berjalan guna kasut. 
Read More ->>

Thursday, October 27, 2016

VIDEO : Ajar Anak Kita Sentuhan Selamat Dan Tidak | Hentikan Jenayah Pedofilia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

video

Kredit :

Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.

#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya
#annur3031

Mothers Against Pornography
https://www.facebook.com/mapikram/
Read More ->>

Monday, October 10, 2016

Berat Turun Mendadak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Homaiiii.. Korang nampak tak angka tu? Selepas bersalinkan Addeena memang tunggu bila nak dapat angka tu semula. Last timbang 3 ke 2 minggu lepas berat masih 48kg pastu 49kg. Turun naik dua nombor tu je. Tu yang terkejut bila timbang pagi tadi dapat 45.4kg tu. Mendadak gak turunnya. Banyak tuuu..

Diet? Takde diet pun sebab me masih menyusukan Addeena so nak diet tu memang fikir 4, 5, 10 kali arr. Hehehe. Me makan je apa yang me rasa nak makan. Lagi-lagi lepas pam susu tu memang gigil lapar. Padahal sebelum tu dah makan nasi. Hahaha. 

Apa rahsia me? 

Ehem... Ehem... Meh nak cerita. Part ni excited sikit. 

Eh.. 4.30 dah? Alaaaa.. sok je la me sambung ye. Nak balik dulu. Heeee.

Tunggu tau rahsianya. 
Read More ->>

Saturday, October 1, 2016

Tempat Penginapan Menarik Sekitar Kundasang Sabah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila belek-belek facebook ramai kawan-kawan yang sedang mencari tempat penginapan di sekitar Kundasang Sabah. Bila baca ai is jeles sebenarnya. Hahaha.

Ranau tu kampung halaman me. Tapi pembangunan di sekitar Ranau sekarang memang agak pesat. Dengan bangunan-bangunan kedai, homestay dan tempat peranginan.

Baiklah. Ni me nak kongsikan beberapa tempat penginapan yang menarik di sekitar Kundasang ye. Faham.. semua nak sejuk-sejuk kan? Hehe..

😘Sesiapa nak bercuti di kundasang:

1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994,  013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah. Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas
D'IZZ HOMESTAY.

2. D'IZZ HOMESTAY : 012-8669626.

3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020, 013-8689264, Bilik Rm100.

4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D'IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.
5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.

6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,

7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.

8. D'OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau - Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.

9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.

10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.

11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang,

13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang.

15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,.... lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utama

16. DH Homestay. No tel : 0128364888. 1.8km dr pekan kundasang, jalan ke SRK KUNDASANG. 1 rumah 5 bilik Rm350 1 Rumah 3 bilik rm250 1 bilik Rm75 - Rm120. Kemudahan :- 1. Dapur 2. Astro 3.waterheater 4. Set karaoke. 5. BBQ

17. NIZAR HOMESTAY Lokasi : 1.7 km dari pekan kundasang. Di belakang SK Kundasang. 1 rumah mempunyai 3 bilik, beranda dan ruang tamu. Rm 250.00. Tel 0138650766

18. SATINAH WALAI TOKOU HOMESTAY. 0138724900. Lokasi perkampungan sebelah KINABALU PINE RESORT. Rumah 3 bilik ada 1 unit RM350. Rumah 2 bilik ada 3 unit RM250 blh nego lagi. Semua unit lengkap toilet n shower + waterheater, kitchenette, ada balkoni, ruang tamu + astro njoi. Peralatan BBQ guna free (book sedia). Aircond semulajadi 🤓

😊😊😊

Haaaa..setakat ni je yang ada buat masa ni. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak update buat masa ni.

Sumber : dari whatsapp group SEMEKARIAH

Bagi yang merancang untuk bercuti tu bolehlah hubungi mana-mana homestay atau tempat penginapan yang korang nak.

Selamat bercuti korang!
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in