Thursday, December 29, 2016

Tukar Kad Debit CIMB Melalui CIMBClicks

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tukar Kad Debit CIMB Melalui CIMBClicks | Bulan Disember 2016 antara bulan paling sibuk kat semua bank. Semua pasal nak tukar kad debit. Haaaa. Me pun sebenarnya dah dapat mesej dari CIMB awal bulan Disember hari tu tapi takde masa nak keluar ke bank. Huhu.

Kad debit BIMB alhamdulillah me dah selamat tukar. Tukar kat BIMB UiTM S.Alam. Tu pun memang beratur sekali dengan pelajar-pelajar yang ramai tu. tapi taklah seramai yang beratur menjelang hujung tahun ni. 

Pernah datang CIMB Kapar awal pagi last 2 week tapi baru jam 9 pagi memang dah beratur sampai ke luar. Perghh. Tunggu 5 minit je pastu terus blah. Tak sanggup wei tunggu. Dah la tak sarapan lagi. Masa blah tu pun siap dalam hati pasrah kalau kena denda lewat tahun depan. Hahaha.

Tapi semalam, masa me tengah online CIMBClicks, saja lah konon nak cek balance yang ciput tu. Masa logout dapat popup ni,,

Foto Munirah Izzan.

Ko rasa? Haha.. Maka bergembiralah me ni apply online je. Takyah nak susah payah beratur kat kaunter. Just isi alamat penghantaran kad je pastu selesai. Katanya kena tunggu sebulan untuk penghantaran kad tu. Tak kisah lah kan. Yang penting tak perlu bersesak dan buang masa menunggu berjam-jam.

Sebelum ni ada yang kata tak boleh replace thru CIMBClicks. Ada gak dengar yang hanya yang selected je boleh apply online tapi bila dapat mesej ni maka anggapan me pihak CIMB dah buat pembaharuan tapi rupanya tak semua orang dapat. Tak tau la macamana pihak CIMB tu pilih. Huhu.

So, yang ada CIMBClicks tu dan tak tukar lagi kad debit,, boleh cuba cek korang punya akaun lak. 
Read More ->>

Friday, December 16, 2016

Running Man Bakal Berakhir Pada Februari 2017

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Episod Terakhir Running Man Februari 2017? | Bagi peminat tegar reality show Korea Running Man, berita ini adalah sesuatu yang amat tidak dijangka. Setelah berita kontroversi mengenai Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang kononnya tidak akan lagi bersama Running Man pada musim kedua, kini timbul lagi berita lain yang lebih menyedihkan.

Me sendiri adalah peminat setia Running Man. Semua episod Running Man dari 7 tahun lepas ada dalam simpanan me. Satu-satunya reality show Korea yang me tak pernah miss setakat ni. Huhu.

Kecewa? Sangat.. sangat..

Running Man bakal berakhir pada Februari 2017!!

Sejauh mana kebenarannya?

SBS has officially announced that one of their most popular shows ever, Running Man, will shut down permanently in February 2017.

Earlier today, Koreaboo broke news that the current cast members of Running Man had met secretly to discuss leaving the show together. This meeting happened due to Song Ji Hyo and Kim Jong Kook being kicked off the show without much notice.

Rumors began to immediately emerge that Running Man would shutdown due to this. Some media reported that, “On December 15th after a marathon of meetings, SBS has decided to end the show with the last episode set to air on the first week of January.”

However, one rep from SBS immediately refuted this revealing, “I haven’t heard of anything to do with shutting Running Man down. We are checking to see if any of this is true at the moment.”

Now, SBS has confirmed that Running Man will indeed shut down and no longer air starting February 2017. Season 2 has been officially cancelled as well.

The statement reads as below:

“Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications.
After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.

However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.”

— SBS Running Man

Kim Jong Kook and Song Ji Hyo also revealed new statements that they would be re-joining Running Man until the end of the show.

“To show the strength of friendship that was built over 7 years and thinking of the fans who supported Running Man for such a long time I think we have to show them the best finale possible.”

— Kim Jong Kook & Song Ji Hyo


Read More ->>

Thursday, December 15, 2016

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Ramai dah yang buat Giveaway untuk Passion D'Tox ni. Teringin gak nak detox makanya jom lah join dengan harapan ada LUCK di sini. 😉

Korang nak join? Klik je banner atas tu ea..
Read More ->>

Wednesday, December 14, 2016

Wordless Wednesday #14dis2016

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila kau TERPAKSA angkut sekali anak pegi kerja..masing² penat tadi..masuk kereta je langsung tido..
Read More ->>

Tuesday, December 13, 2016

Gaji?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak bercerita pasal gaji memang takkan habis. Siap boleh buat orang jadi gaduh lagi ada. Selalu sangat dengar 'Ko ok lah. Dua-dua kerja. Gaji pokok je dah RMxx belum campur elaun lagi. Combine gaji je kebabooom meletup!'  

Hakikatnya...
Sumber : google image
kredit www.aimisyahirah.com
Dan mereka lupa,,,
Sumber : google image
Takdelah. Malas nak cakap banyak. Apapun, hormatlah sesama kita. Tak usahlah nak bandingkan gaji masing-masing kalau kita tak berada di tempat mereka. Cukuplah kita sama-sama bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. 

Kalau gaji dia besar dari kita pun, kita tau ke tanggungan dia berapa? Mungkin selepas tolak-tolak semua tu cukup-cukup untuk makan sebulan je. 

Sebab tu ramai yang bekerja keras mengejar kerja lebih masa. Tak semua suka tapi kadang terpaksa demi kelansungan hidup. Korbankan masa bersama keluarga. Huhu. Me pun tak gembira pasal tu tapi nak buat macamana. Ni antara cara nak survive selain dari buat dua kerja. Hurm... 



Read More ->>

Friday, December 9, 2016

Susahnya Memilih Produk Skincare

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Umur dah nak masuk 3series ni makin cerewet pulak nak pilih skincare. Sekarang ni memang takde pakai apa-apa skincare pun. Tu yang muka jadi makin kusam. Sedih tengok kulit muka sendiri. Huhu. 

Selalu tengok review rakan blogger. Ada macam-macam produk skincare diorang review. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan dah. Hahaha. Tapi tak tau kenapa risau nak cuba. 😅😅

Sekarang ni pakai pencuci muka Garnier je. Memang takde pakai apa-apa krim pun. Terukkan me? Huhu. 

Memanglah dari gambar tak nampak ketara sangat masalah tu tapi kalau face to face mesti korang pun terkejut. Hahaha. 

Me pernah cek kulit. Katanya jenis kulit me ni berminyak kat dalam tapi kering di luar. Duduk dalam aircond kan. Sebab tu nampak kusam dan tona tak sekata. 😭😭Kalau pakai bedak muka nampak la kulit tu kering. Tak pakai bedak nampak kusam tapi bila pakai pulak bertompok. Aduiii. Dilema betul. 

Masa cek kulit tu memang dia ada suggestkan satu brand tu tapi harganya di luar kemampuan me. Huhu. 

Korang boleh tak suggestkan mana-mana produk skincare yang korang guna? Thank you in advance. 
Read More ->>

Thursday, December 8, 2016

Bilik IT PTAR Puncak Alam Semalam Dan Hari Ni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam kerja syif malam. Hari ni pun kerja syif malam. Minggu ni hinggalah hujung tahun PTAR UiTM Selangor Kampus Puncak Alam akan di buka sehingga 10.30 malam. Syif biasa buka sampai 9.30 malam je. Sebabnya nak bagi peluang student study lama sikit kat library ni menjelang musim peperiksaan. 

Semalam ada sorang je teman me kat dalam Bilik IT ni.  
Ok. Tak payah cari dalam gambar sebab dia duduk kat sebelah kanan tiang tu. Memang tak nampak. Haha.

Pastu send kat twitter pic ni. Dapat respon dari salah sorang student.


Kita memang limitkan penggunaan 2 jam sehari je untuk setiap pelajar. Sebabnya nak bagi peluang pada pelajar lain yang nak gunakan pc. Sebabnya kat sini kita hanya ada 55 pc sahaja untuk kegunaan semua pelajar. Tapi kiranya student tak ramai dan takde student yang sedang menunggu, kita boleh je tambahkan masa untuk korang. Datang je kat kaunter Bilik IT tu dan bagitau nak tambah masa. No hal lah. Heeeee.

Kalau tengah student ramai memang kita tak topupkan masa. Nak minta maaf siap-siap ni. Jangan marah pulak tau. 😉

Tahun depan insyaAllah kita akan tambah lagi banyak pc untuk korang. 

Malam ni,,,

Alhamdulillah me ada teman. Ramai je yang datang dan gunakan kemudahan Bilik IT hari ni. Thanks korang yang datang. Heeeee. Rasa berbaloi balik kerja jam 11.00 malam kalau macam ni. 

Psssstt.. kat tweet semalam dapat respon staf garang. Siapa agaknya ye? Kalau akak ni memang tak garang. Jangan risau. Hahaha.
Read More ->>

Pulau Langkawi, Pulau Pilihan Untuk Percutian Keluarga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagi beberapa minggu cuti sekolah nak berakhir ni. Me tahu mesti ramai yang masih dalam mood holiday kan? Yelah.. Hujung-hujung tahun ni mesti ramai ibu bapa yang bekerja mencari kesempatan untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang masih ada tu kan. Termasuklah me. Hehe. Nak cadangan tempat bercuti tak? Ke Pulau Langkawi kitaaaa. Jom!!
sumber : google image
Dalam banyak-banyak pulau yang cantik kat Malaysia ni, me memang teringin sangat nak ke Pulau Langkawi. Kenapa? Kerana Pulau Langkawi ni adalah tempat pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia. Bukan setakat pelancong tempatan saja yang suka ke sini, malah pelancong dari luar negara juga turut berkunjung ke sini. 

Sebelum pergi tu wajiblah survey tempat-tempat yang menarik kat Pulau Langkawi ni kan. Antara tempat yang teringin me nak lawat adalah :

Kereta Kabel
Sumber : google image
Rugi lah datang Langkawi kalau tak naik kereta kabel ni. Gondola-gondola di sini lebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan dengan kereta kabel Genting Highland. Terdapat tiga pilihan gondola yang boleh dipilih dan yang paling akan membuatkan korang rasa gayat adalah menaiki gondola yang berlantaikan kaca.

Gayat tak gayat me tetap nak cuba gak. Haha.

Art in Paradise
Sumber : google image
Art in Paradise atau juga lebih sinonim dipanggil muzium seni 3D ataupun 3D Trick Art juga dalam list tempat yang ingin dilawati. Di sini terdapat banyak lukisan yang nampak macam real. Bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pernah datang sini lagi membuak-buak hati tu nak datang. Serius tengok gambar pun tau menarik!

Selain itu, di Langkawi juga terdapat hutan paya bakau dengan pelbagai tarikan alam untuk dilihat iaitu Kilim Geoforest Park. Korang juga boleh menyewa bot dan menikmati keindahan hutan paya bakau melalui sungai. 

Katanya kalau nak bermain aktiviti sukan air, Pantai Tengah adalah tempat yang paling sesuai kerana pasir pantainya gebu dan air laut pun agak tenang untuk aktiviti laut. Antara sukan air yang boleh dicuba di pantai ni adalah seperti bermain jetski, parasailing dan sebagainya. Pada waktu petang pula bolehlah bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. 


Teringin nak mandi air terjun? Jangan risau. Kat sini ada air terjun Telaga Tujuh. Apa yang uniknya air terjun ni dinamakan Telaga Tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan-akan telaga yang terbentuk secara semula jadi.

Yang penting sebelum pulang wajib singgah sebentar ke Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu burung helang gergasi yang menjadi simbolik pada Pulau Langkawi sebagai gambar kenangan. Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati seperti Underwater World Langkawi, Taman Buaya Langkawi, Makam Mahsuri, Galeri Padi dan lain-lain lagi.

Ramai yang pilih pulau lagenda ni sebagai lokasi percutian kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tak perlu risau tentang kemudahan penginapan sebab Pulau Langkawi ada menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa mengikut bajet korang. Daripada hotel bajet sehinggalah ke hotel mewah.
Untuk memudahkan pencarian tempat penginapan korang boleh terus melalui https://www.traveloka.com/en-my/ . Kalau korang nak tahu, me memang suka survey kat website ni dulu sebelum pergi bercuti sebabnya promosi yang ditawarkan semuanya menarik dan sangat berbaloi. Bukan setakat dalam negara saja malah termasuk luar negara. Terkadang sampai rambang mata nak pilih tapi dalam masa yang sama korang juga boleh menilai sesebuah hotel tu berdasarkan review yang diberikan oleh orang lain. 
Apa yang menariknya lagi, kini Traveloka dah ada dihujung jari kita saja. Yahooo! Haa, tunggu apa lagi? Cepatlah download Traveloka App kat smartphone korang. Nanti kalau nak pergi bercuti senanglah korang nak belek-belek sambil tengok promosi apa yang sedang ditawarkan. Nak survey hotel sambil golek-golek atas katil pun boleh. Bukan tiket hotel je, tiket kapal terbang pun boleh survey guna apps Traveloka ni. Memang mudah kan? Sekali jalan saja buat kerja. Lepas dah booking hotel yang kita nak boleh terus booking untuk tiket kapal terbang. Teknologi dah semakin canggih ni, semuanya boleh buat hanya dengan hujung jari saja. Sekali petik semua siap. Hehe. Jangan bimbang untuk membuat tempahan flight dan hotel di Traveloka kerana data dan privasi korang dijamin sentiasa selamat. 


Haa, seronok kan? Jadi jangan ragu-ragu nak rancang percutian melalui aplikasi Traveloka ni. Mesti cuba! Jadilah macam me dan family. Awal lagi dah mula rancang percutian dengan Traveloka. Memang ada banyak pilihan hotel dengan pelbagai harga yang menarik. Apa lagi? Semuanya hanya di hujung jari saja. Selamat bercuti ya!
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in