Friday, June 16, 2017

Malam Lailatul Qadar

4:01 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam 
Nilainya menyamai 
Dengan seribu bulan 

Itulah dia malam Al-qadar 
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa 

 Di dalam bulan ramadhan 
Ada satu malam 
Nilainya menyamai 
Dengan seribu bulan 

Singkaplah tabir 
Di sepuluh malam terakhir 
Berlumba kita mencari keredhaanNya 
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf 
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan 

 Malam apakah ini ? 
Kiraannya 83 tahun 
Melangkaui kadar lazim biasa umum 
Usia umat nabi pilihan 
Beruntunglah bagi hamba 

Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam 
Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar 
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam 

 Ya Allah 
Yang memberi Kemaafan 
Maafkanlah kami 
Semua hamba-hambaMu


Wednesday, June 14, 2017

PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM IM60 KEMBALI LAGI

3:12 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM IM60 KEMBALI LAGI!! 

TEMPOH PERTANDINGAN 16 APRIL 2017 - 16 OGOS 2017, bersempena bulan Kebangsaan 2017.

Cara-cara Penyertaan;

Muat naik GAMBAR atau VIDEO anda yang menunjukkan rasa cintakan negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada akaun instagram @instamerdeka mengikut kategori masing-masing, #im60umum, #im60siswa atau #im60

Hantarkan insta foto atau insta video anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2017 secara kreatif melalui instagram anda.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-

a) Sila 'LIKE, FOLLOW & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka 

b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka #negarakumalaysia #instamerdeka #tn50

Tuesday, June 13, 2017

Baju Raya : Online Atau Walk In?

11:39 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar dah masuk 18 hari kita berpuasa. Suasana nak menyambut raya tu mesti makin terasa kan. Bagi me sendiri aura nak raya tu tak datang lagi tapi oleh kerana Along hari-hari tanya bila nak beli baju raya, bila nak buat kuih raya makanya me pun kena la mula berfikir untuk buat persediaan raya. 

Tahun ni kakak ipar pilih warna biru turqoise sebagai tema raya. So sejak 2 minggu lepas me dah mula survey butik-butik online. Susahnya nak cari warna tu. Mostly jumpa warna hijau turqoise. Kalau ada pun, tak berkenan dengan design. Bila design dah ok, saiz pulak takde. Bila design dah cantik, saiz pun ada, warna pulak tak kena. Pastu bila semua dah ok, takde pulak yang sedondon untuk anak. Bila segala saiz baju dari mak, bapa dan anak semua ada, harga pula macam tak masuk akal. Haaaaa. Mula la ko nak stress kan. Hahaha. Sabar.. Puasa ni. 

Sampai sekarang la baju takde lagi ni. Misi mencari baju raya di teruskan lagi hari ni. Huhu. 

sumber : google image

Still me sebenarnya lebih prefer untuk beli online. Senang. Tak perlu bersesak-sesak. Risiko? Yup. Me memang faham banyak sebenarnya risiko beli online ni. Tapi once kita dah buat pilihan untuk 'beli online' maknanya kita sedia untuk terima sebarang risiko mendatang. Contohnya warna tak sama macam dalam gambar. Nak beli biru dapat hijau. Nak beli merah dapat oren. Sebab tu kita kena ada jugak hubungan 2 hala dengan seller. Tanyalah macam-macam sebelum confirmkan order. Bukan cerewet tapi mengurangkan risiko barang terpaksa dikembalikan semula pada seller. 

Kalau kena maki? Ni terpulang pada korang nak buat macamana. Hahaha. Sebabnya setakat ni me tak pernah lagi kena maki sebab tanya macam-macam. Alhamdulillah. Allah temukan me dengan seller yang penyabar dan baik. 

Tapi kalau tak jumpa jugak terpaksalah walk in. Dan kalau walk in terpaksalah jugak me amik cuti. Bukan apa, tak mampu nak bawa anak-anak yang masih kecil ni. Kalau meragam memang tak beli satu apa pun nanti. Habis tu macamana nak tengok muat ke tak ke anak? Me siap-siap bawa contoh. Pilihlah mana-mana baju yang sesuai nak di jadikan contoh. 

Ada kebaikan sebenarnya kalau walk in shopping ni. Kita boleh rasa sendiri material kain ok atau tak ok. Sesuai atau tak sesuai. Panas atau tak panas. Berbulu atau tak berbulu. Eh.. 

Pastu boleh pulak cuba. Sesuai ke tak sesuai. Duduk la dalam fitting room tu lama-lama sampai puas belek. Hehe

Yang tak best tu terpaksa bersesak-sesak. Me bab bersesak ni memang lemah sikit. Lagi-lagi time puasa ni. Tahap sabar tu boleh turun hingga 10% 😌 

Sumber : www.sinarharian.com.my
So,, korang pilih yang mana? Online atau Walk in? 😊😊

Saturday, June 10, 2017

Thursday, June 8, 2017

Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

3:44 PM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semangat nak balik raya tahun depan makanya me terus google senarai cuti umum Selangor tahun 2018. Ye! Betul la awak baca tu. TAHUN DEPAN. Hahaha.

Raya tahun ni pun tak lepas lagi dah fikir untuk tahun depan kan. Semangat tu lain sikit sebabnya tahun depan giliran raya kat Sabah. InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur. Anak-anak pun dah tak sabar nak balik kampung. Me? Tak payah tanya la. Memang menunggu peluang je nak balik ni. Hehehe.

Korang semak senarai cuti 👇👇. Tapi ni untuk Selangor je tauu. Kalau korang nak cek negeri lain, klik je link kat caption gambar tu. 
Kalender Cuti Umum Selangor 2018
Sumber : https://publicholidays.com.my/ms/selangor/2018-dates/
Haaaaa.. korang yang nak plan cuti pun dah boleh ni. Sempat lagi nak book tiket Airasia. Promosi  Airasia berakhir hujung minggu ni kan? Haaaaa.. cepat korang. 

Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017

2:59 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bubur lambuk sangat sinonim dengan sambutan Ramadhan. Sebenarnya me sendiri mula kenal dengan bubur ni selepas berpindah ke sini 4 tahun lepas. Sebelum tu me ingatkan bubur lambuk tu sama macam bubur kacang hijau 😆 Jauh sangat bezanya kan.

Semalam UiTM Cawangan Selangor adakan Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017. Tak ingat berapa periuk semuanya tapi dianggarkan dalam 15,000 bekas bubur lambuk yang diedarkan.

PTAR dapat satu periuk bubur lambuk sama dengan 10kg beras. 

Antara gambar-gambar sepanjang rewang berlangsung :



 


Kebetulan hari yang sama PTAR Shah Alam pun rewang jugak. Makanya memang dapat sorang banyak la semalam. Kenyang bubur lambuk je anak-anak semua. Haha. 


Thursday, May 25, 2017

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

5:24 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

InsyaAllah dalam masa 2 hari lagi seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Antara kewajipan kita ketika bulan Ramadhan adalah mengeluarkan zakat. 

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2017
Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Zakat?
  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib zakat fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

sumber : google image
Jadi sama-sama la kita yang mampu untuk menunaikan kewajiban fardhu ain ni ye. Jangan buat-buat lupa pulak. Tau nak happy-happy je. Masih ada yang menanti untuk sama-sama bergembira di hari raya nanti.


Friday, May 19, 2017

Harap Tiada Kali Ketiga Untuk Kes Macam Ni

11:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Banyak cabaran jadi blogger ni. Eh, blogger ke u? Hehe.

Sumber : google image
Antara cabarannya ialah bila kau dah siap draft entry kerja dan kena post lagi dalam masa setengah jam tetiba ko dengan yakinnya tekan itu ini dan terdelete lahh entry draft tu. 

Sakitnya tuh di sini! 

Dan kebetulan masa tu kau pulak tengah berkursus. Lagi haru. Bila masa ko nak siapkan entry?

Memang rasa nak nangis je masa kursus tu. Sedih tau. Kau dah beriya siapkan entry tetiba woooshhhh hilang macam tu je akibat kecuaian sendiri.

Nasib baik PR bagi masa untuk me karang semula entry. Tapi masa yang ada tu memang sangat singkat bagi me. Jam 1pm penceramah tak settle lagi. Me dah mula panas punggung. Rasa kalau boleh nak lari je dari kursus hari tu. 

Finally sempat jugak me siapkan semua ni semula dalam masa kurang sejam. Apa yang me merepek dalam entry ni pun me tak tau. 

Still tak puas hati sebenarnya bila baca semula entry tu tapi tak pe lah. Peringatan buat diri sendiri. Ini kali kedua dan hopefully takde kali ketiga. Jenuh wooo.

Wednesday, May 17, 2017

Homestay Di Sekitar Kg. Lohan, Ranau Sabah

1:58 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi mereka yang ingin ke Sabah, di sini me share lagi beberapa homestay di sekitar Kg. Lohan, Ranau. Tetiba terasa rindunya Ranau.


1. AMY HOMESTAY

      🏠 Roomstay (2 bilik) RM60 per nite
      🏠 2 bilik (1 buah) RM150-RM180
      🏠 3 bilik (1 buah) RM250-RM280

     📱Pn. Wirdayatie ~ 014-5622769
     📱En. Hazrie ~ 013-8660939

2. MAYA HOMESTAY

     🏠 2 bilik RM180-200
     🏠 3 bilik RM250-280
     🏠 Fasiliti - WIFI, BBQ

    📱Pn. Laila ~ 0143522667

      WALAI D'ALLYA

     🏠 1 bilik (1 shj)  RM80
     🏠 2 bilik (2 buah)  RM180-200
     🏠 3 bilik (2 buah) RM250-280
     🏠 4 bilik (1 buah) RM350-380
     🏠 5 bilik (1 buah) RM450
     🏠 Fasiliti - WIFI, BBQ

    📱Pn. Ridiah ~ 0138504123 
    📱Nad ~ 01131481714

3. LOHAN REST HOUSE

      🏠 25 bilik
      🏠 2 asrama
      🏠 Tempat BBQ dan dewan
      🏠 Ada wifi

      📞 Pn. Norhayati Husin ~ 088-879533

4. DAMAI ECO RANCH

     🏡 12 Bilik (Family Room |  Standard Room) - Aircond
      🏠 6 Bilik Asrama - Aircond
      🏕 Kawasan Perkhemahan
      Fasiliti Lain :
       ~ Aktiviti ~
      🏊 Swimming Pool
      🏹 Archery
      🎣 Memancing
      🚣‍♀ Boating
      🎤 Karaoke
      🔫 Paintball
      🚵🏼 Bicycle & Hiking Track
      🎢 Flying Fox

~ Lain-Lain ~
      📍  Wifi
       📡 Astro
       🍴 Restoran
       🕌 Surau
       🏠 Dewan Mini
       ♦ Khidmat Team Building

     👉🏼 Damai Eco Ranch, Kg Lohan 1
      📞 088 877902/3

5. LOHAN POINT LODGE

     🏠 4 bilik - RM80 sebuah
     🏠 2 bilik - RM120 sebuah
     📱 0178181017 atau 0198588608

6. LOHAN HOMESTAY

     👉🏼 Jln Harun Bandal kg.Lohan 1
     🏠    homestay ( 3 bilik ) - rm250
     🏚    5 bilik       ( 1 buah ) - rm 70 - rm150

📞 en.jupirin - 012-6812144 (wssap)
     uncle joe.  - 013-5444357 (wssap)
                       - 014-8719474 (wssap)

7.  J HOMESTAY

   👉🏽 Kampung Lohan Skim 1 Ranau
   🏚  6 buah bilik...RM45 - RM65

  📞 En. Jailey bin Paidi 
       Whatsapp
       019-534 3412

8. YUNA BAMBOO REST & STAY

     👉🏼 Kg. Lohan Ulu
     🏠 Room 9 RM 250/night..
           {Dua bilik berasingan yg dlmnya queen bed, 1 tandas & ruang tamu kecil}
     🏠 Room 8 RM150/night
     🏠 Room 7 RM 150/night
           {Bilik 7 & 8 identical, ada adjoining door, each room ada 1 queen bed size &
            tandas with bathtub}
     🏠Room 6 RM 200/ night..
          {Ruang bilik luas, Ada dua queen bed ,1 tandas}

     📱Pn. Nasah ~ 0128316888
     📱En. Izaed ~ 0108753967
     📱Pn. Erfah ~ 0169968680

11. KAMELIA HOMESTAY

     👉🏼 Jalan Lohan-Poring berdepan dengan SMK Lohan.
     🏠 3 bilik (all queen bed) RM250 per nite
     🏠 Kemudahan :  Dapur, Astro, Water Heater

     📱Abang Mamanz ~ 0149903070
     📱Cik Ain ~ 0143579375

12. ZARA HOMESTAY

      👉🏽 Jalan SMKA Md. Ali

      📱Puan Jabiah - 012 8307621

13. ID SALU LEGEND HOMESTAY

👉🏼 Jalan Kg Lohan Skim 1 - simpang sebelum klinik kesihatan Lohan..

  🏠 3 Bilik (ALL QUEEN BED)
       RM150 > Per Nite

  🏠 Kemudahan : Dapur, Njoi, adet Bbq..

》12 minit ke kolam Air Panas Poring
》20 minit ke Tagal Luanti
》10 minit ke Pekan Ranau

📱En. Mohd Ayub Jamirin - 0138667047
📱Cik Nurul Idayu - 0138751345

Sumber di perolehi dari group Whatsapp SEMEKARIAH.

Me kongsikan untuk rujukan mereka yang ingin berkunjung ke Ranau, Sabah. Sebelum ni me pernah kongsikan Tempat Penginapan Menarik Sekitar Kundasang Sabah.

Tuesday, May 16, 2017

Selesa Shopping Di Shopee

1:52 PM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Beli belah atas talian (online shopping) dah jadi trend sekarang ni. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa bagi mereka-mereka yang tiada masa untuk keluar (macam me la tuuu) . Pilih, bayar dan tunggu parcel sampai depan rumah. Bestkan. 

Ada satu apps yang me akan uninstall di tengah bulan pastu install semula di hujung bulan. Hahahaha, Memang berhantu apps ni wei. Memula me terjebak masa beli breastpump murah last year. Memang murah sangat masa tu. Harga termasuk postage below RM60. Korang rasa? Hahaha. Habis semua kawan-kawan me jebakkan dengan apps tu.

Apps apa? Shopee la. 

sumber : google image
Mengenai Shopee

Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membeli-belah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara

Kenapa pilih Shopee?
Sebagai pengguna kita kena bijak dan rajin bandingkan harga barang sebelum membeli. Tak perlu keluar pun kalau nak bandingkan. Dengan teknologi sekarang semua di hujung jari je kan.
Pilih Shopee sebab :-
  • Murah sangat jika dibandingkan dengan online shop yang lain. 
  • Teruja nak beli sambil kumpul Shopee coin. Next time boleh tebus kalau nak beli barang lain. RM1 sama dengan 100 point. 
  • Kemudahan untuk chat dengan penjual. Boleh direct chat kalau nak confirmkan stok.
Pengalaman bersama Shopee

Banyak beli breastpump sebab belikan untuk kawan-kawan. Boleh kumpul Shopee coin sekali. Hehe.

 Cahaya Raya Bersama Shopee

Promosi Cahaya Raya Bersama Shopee dah mula semalam wei korang. Potongan sehingga 90% tu. Rambang mata me tengok segala macam barang yang ada. Promosi hingga 30 Jun 2017 je korang.

Sepanjang 45 hari promosi tu ada macam-macam giveaway yang korang boleh join. Boleh klik → Cahaya Raya Bersama Shopee untuk maklumat lanjut cara nak join giveaway.

Iolss dah shopping langsir raya. Korang bila lagi nak start shopping raya? Bagi yang belum install apps Shopee tu silalah install sebelum korang menyesal. Malam-malam tak boleh tidur boleh belek barang murah sambil baring-baring.

Jangan risau bagi yang tak familiar dengan online shopping, apps Shopee ni sangat user friendly. Confirm korang takkan lost.

Website: https://shopee.com.my/
Facebook: ShopeeMY
Instagram: @Shopee_MY


Tuesday, May 2, 2017

Please Be Good

3:31 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kekuatan datangnya dari SEMANGAT
Semangat pula datangnya dari KEREDHAAN
Keredhaan melahirkan KETABAHAN dan KEPASRAHAN
Bila wujudnya ketabahan dan kepasrahan,
itu tandanya kita YAKIN kepada ALLAH.

sumber : google image


Tuesday, April 25, 2017

Hati Kita Hanya Kita Yang Tahu

10:07 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Banyaknya yang dipendam. Tak mampu nak luahkan. 

Sakit? Memang sakit. 
Pedih? Terlalu pedih.

Airmata jadi peneman terbaik di kala teringat.

Asyik terfikir,, 
salah sayakah semua ini terjadi?

Mungkin,,
saya yang bersalah.

Mungkin,,
saya yang jahat.

Mungkin,, 
saya tidak layak untuk bahagia.

Dan banyak lagi mungkin yang bermukim di minda.. 

Kepada Dia saya berserah. 
Kepada Dia saya mengadu.
Hanya Dia yang mendengar bisikan hati saya. 

Selalu cuba untuk positif. 

'Tak mungkin Dia menguji andai Dia tau saya tidak mampu...'

Tuesday, April 18, 2017

Kiamat Pasti Datang

4:09 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Google Image

Tonton lah siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai link untuk panduan semua. 

Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.












12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2202311013326842/










22. Ep 22 - Matahari terbit dari Barat! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2227337064157570/




27. Ep 27 - Api yang menghalau Manusia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2232758466948763/




Jangan lupa share !! :)


P.E.N.A.T

12:48 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Banyak sangat benda yang jadi dalam 2 minggu awal April ni. Dugaan sungguh. Macam selalu gak terpaksa sembunyi segala rasa tu. 

Dilema dengan .....

Kerja. 
Family. 
Diri sendiri. 

Even penat tapi kena sabar. Ada masanya memang nangis jugak cuma sekarang ni pemberat rasa tu lebih pada ke arah yang positif.






Wednesday, March 29, 2017

Pump It Milkbooster - SAPU Je!

2:57 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Antara fasa paling stress bagi ibu menyusu anak adalah fasa susu merudum. Huhu. Bila tiba fasa ni me memang akan stress sangat. Lagi-lagi bila ko memang dah niat nak fully breastfeed anak sampai umur dua tahun. Mungkin untuk ibu yang tak bekerja bukan satu masalah sebab boleh direct feed anak tapi bagi me yang bekerja ni rasa nak menangis je bila susu drop. 

Addeena sekali minum 3oz. Tapi me bila pam sekarang ni dapat paling banyak pun 2oz je. Nangis wei tengok. Memang nak positif tapi mengenangkan kat rumah memang stok susu dah habis lagi sedih. Kiranya me pam hari ni untuk hari esok. 

Ada je yang suruh me campur je dengan susu formula tapiiiiiiiii berat hati weii. Sekarang pun dia dah tak banyak sangat minum susu. Lebih banyak makan dan minum air kosong. Tu yang kurang sikit risaunya tapi tetap rasa bersalah ngan Addeena. Huhu 

Pastu ada yang kenalkan me dengan satu milk booster ni. Mudah sangat caranya.

Breastfeeding Survival Kit namanyaa… 

Tak perlu minum. Tak perlu makan. SAPU je. Betul diknon. Tak tipu. SAPU je. Kira ni la milk booster pertama yang gunakan teknik sapuan je. 

Memula me pun macam tak percaya gak yang part sapu-sapu ni kan. Sebab tak tau lagi macamana ia berfungsi. 

Fungsi Pump It Milk Booster
Relax Mama

  • Sapu di bahagian belakang leher atau tulang di belakang telinga
  • Titiskan di tapak tangan dan sedut baunya



Milk Up

  • Sapu kat breast selepas meyusu atau pam. Paling baik sapu 2 kali sehari.


Sore Away

  • Sapu kan 1-2 drop kat area nipple crack. Titiskan kat jari dulu ye sebelum sapu. 😊


Sebelum ni me memang selalu juga dengar produk essential oil ni. To be truth ni pertama kali me guna jenis eo ni. Best. Memang tengah jadi trend pun sekarang ni. 

Me dah cuba ketiga-tiga produk Pump It ni. Paling me suka is Relax Mama. Bila stress je memang me sapu kat belakang leher dan tulang belakang telinga tu. Pastu titis kat tangan sikit, gosok-gosok then hidu. Relax kejap. 

Apa kena mengena stress dengan ibu menyusu? Perghh.. ibu-ibu kena tau emosi sangat berkait rapat dengan production susu. So, bila stress memang akan mempengaruhi breastfeed journey kita. Ingat tu. 

Ni me nak share testimoni ibu-ibu yang pernah gunakan Pump It Milk Booster.

Bila baca testimoni ni semua buat me bertambah teruja nak teruskan penggunaan Pump It Milk Booster ni. 

Harga? Memang sangat berbaloi dengan kesannya. Untuk harga PROMO survival kit ni hanya RM125 which is me rasa memang berbaloi untuk 3 botol essential oil ni. Sebotol pun boleh guna berbulan. Kalau nak beli sebotol sebotol pun boleh.. harga RM59 je. 

Korang boleh tengok lebih testimoni dan maklumat lanjut tentang Pump It ni di :- 

Sunday, March 19, 2017

Kawan?

12:41 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mac yang penuh dengan dugaan. Lebih-lebih lagi soal kawan. Bila timbul satu isu yang melibatkan antara kawan maka akan timbullah satu isu lagi iaitu soal kepercayaan. 

Me cuba percaya tapi akhirnya nampak juga 'lubang hitam' di situ. Masa inilah ikatan tu di uji tapi nampaknya ada yang termasuk ke dalam perangkap. Terserlah hati hitamnya di situ. 

Sumber : Google image
Ingatan untuk me berpada-pada selepas ni. 

Bukti itu biar me simpan untuk diri sendiri. Tak mahu timbulkan isu lain pulak lepas ni. Maafkan sebab terpaksa tipu demi kebaikan bersama. 

Wednesday, March 15, 2017

Rest In Peace Odu

11:56 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ini menanti berita gembira namun dikejutkan dengan berita kehilangan. Serta merta airmata menitis. Menari-nari di ingatan kenangan yang ada ketika bersama beliau. 

Nenek sebelah bapa kini pergi selamanya. Kali terakhir jumpa ketika balik beraya tahun lepas. Itupun hanya singgah beberapa ketika. Bawa Along, Angah dan Addeena jumpa moyangnya. 

She's a non. Rest in peace Odu. We love you and will be missing u. 

Foto Munirah Izzan.

Terkilan sebenarnya sebab tak dapat bersama keluarga di sana. 😢😢

Tuesday, March 14, 2017

Thursday, February 23, 2017

Tuesday, February 21, 2017

Hutang Kita Banyak Pada Anak-Anak

11:36 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hutang Kita Banyak pada anak-anak

Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah.
Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar paham kesalahan yang mereka lakukan.
Kita membuat mereka menangis karena kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.

Tetapi,
seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka...
Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.
Menghibur kita dengan tawa kecilnya,
Menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya,
Seolah semuanya baik-baik saja,
seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.

Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita,
meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.

Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka,
tetapi kenyataannya merekalah yang justru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.

Kita merasa bahwa kita bisa menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka,
tetapi,
Sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan.
Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita,
melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.

Kita berhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap dan bermain dengan mereka?

Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?

Tentang anak-anak,
Sesungguhnya merekalah yang selalu "lebih dewasa" dan "bijaksana" daripada kita.
Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.

Seburuk apapun kita sebagai orang tua, mereka selalu siap kapan saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.

Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita.
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi.
Anak-anak yang terbakar residu ketidakbecusan kita saat mencoba menjadi manusia dewasa.
Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri.

Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencoba membuat kita bahagia.

Maka dekaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang & penyesalan, katakan kepada mereka:
"Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan"

Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan.
Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.
Iya, lebih baik dari sebelumnya.

Selamat memeluk anak-anak kita.

@tagdoctors

Terbaca nukilan ni kat facebook tadi. Sebak. Memang ada masa termarah anak-anak. Terjerit kat anak-anak. Tapi lepas tu mereka tetap datang pada me dengan senyum. Aduhhh.. betapa banyak kurang me sebagai umi kepada puteri-puteri me. Perlu lebih muhasabah diri lagi.

Maafkan umi ye Nur Aisya Syuhadaa..
Maafkan umi ye Nur Aeere Shuhayra..
Maafkan umi ye Nur Addeena Syumaila..

Kalian harta umi dunia akhirat yang paling berharga...


Wednesday, February 15, 2017

Tragedi Dua Jahitan

3:48 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kejadian hari Ahad yang betul-betul buat me terkejut. Masa tu me rasa me umi yang cuai. Tak jaga anak elok-elok. En.abg pun marah sebab katanya me tak perhatikan anak bila main. Lagi bertambah sedih hati me masa tu. Me pun tak minta jadi macam tu. Huhu.

Kisahnya along duk lari ke hulu ke hilir sambil nyanyi lagu Frozen. Me pula tengah nak suapkan Angah dan Addeena makan. Panggil Along sekali tapi dia masih juga nak main. Baru satu suap masuk dalam mulut Addeena tiba-tiba dengar bunyi macam terhempas. Kuat pulak tu. Bila paling belakang, Along nangis sambil tekup mulut. Celah jari tu mengalir darah. Banyak kot! 

Panik kejap. Bawa Along ke dapur, suh dia kumur-kumur. Bila dia kumur lagi kuat dia nangis. Masa tu tak nampak lagi lukanya macamana sebab nampak darah je. Bila darah dah kurang suh dia nganga tengok mulut dia luka. Bukan setakat luka kecik. Besar dan dalam. Lagi bertambah gigil masa tu. 

Bila tengok luka macam ni apa korang rasa? Huwaaaaaa. Gigil tangan pastu panik jap taktau nak buat apa. Cari telefon pun tak jumpa padahal atas meja je pun. Dengan Addeena pun nangis sebab nak makan lagi bertambah panik me jap. Nasib tak join menangis je. 

Call En.Abg suruh dia balik sebab nak bawa Along pegi klinik. Nak bawa kereta sorang-sorang dengan tiga heroin tu memang tak lah. Huhuhu. Meragam dalam kereta takpe. Sat lagi masing-masing duk meragam dalam klinik lagi haru. 

Pegi klinik panel tapi doktor refer ke Hospital Shah Alam sebab dia pun takleh buat apa katanya. Kena jumpa pakar gigi atau plastic surgeon. Katanya lagi memang akan kena jahit jugak. Sebab luka tu dalam. Nasib baik tak tembus sampai ke pipi je. 

Pastu belek-belek lagi mulut dia takut ada luka lain kan. Nampak pulak gigi depan belah kiri dia tu masuk ke atas sikit. Adoiiii. 
Nak nangis rasa tengok macam ni. Memang masa tu peluk anak kuat-kuat. Sakitnya dia. Huhuhu.

Masa sampai kat Hosp. Shah Alam tu ramai sangat orang. Masa tunggu tu Along dah meragam. Sakit kepala katanya. Pastu dia lapar. Yelah,, masa jatuh tu tak sempat makan tengahari. Nak makan tapi nak kunyah sakit. Beli roti suap dia sikit-sikit. Tu pun tak banyak dia makan. 

Jam 3.30pm sampai tu hampir jam 7.00pm gak baru masuk bilik doktor. Dia tanya-tanya then suruh tunggu doktor gigi sampai. 

Tak lama tu doktor gigi sampai bawa pegi bilik pemeriksaan. Kenalah dua jahitan. 
Tak takut pun dia masa tengok jarum bius tu. Dah la besar. Huwaaaa. Kenyataannya me takut pada doktor gigi. Huhu. Tapi tengok Along kuat tetiba me malu.

Dah jahit tu doktor bagi appoinment untuk jumpa pakar gigi pulak esoknya. Nak suh pakar tengok gigi depan tu apa ceritanya.

Dalam kul 8.00pm settle semua. Balik tu Along request nak makan aiskrim. So, singgah mekdi beli sundae cone.

~~Masa me kat hospital tu, Angah dan Addeena 'buat keje' kat opis en.abg. Dekat je UiTM ngan hospital ni. Nak ajak kat emergency tu memang tak lah. Sesak kot.

Monday, February 6, 2017

Bila Anak Mula Rindukan Sekolah

12:41 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Suka betul Along senyum macam tu. Hahaha. 

Masuk bulan kedua Tadika ni dia dah pandai rindukan sekolah. Rindukan cikgu-cikgu dia. Dia mention sekolah ngan cikgu je. Kawan-kawan takde lak dia mention. Me pun takde pulak tanya 😅

Dari hari Sabtu dia asyik tanya 'Lama ke cuti?' .. 'Hari ni cuti lagi ke umi?'.. 'Kenapa lama sangat cuti ni..?' 

Adoi anak.. kalau bagi umi la,, Sabtu dan Ahad tu isngkat sangat masanya tau. Haha. Bila tanya kenapa taknak cuti,, tau dia jawab apa?

'Along sayang Cikgu Mai.. sayang Kakak Along.. Sayang Mak Ton..' 

Haaaaa.. ko rasa? Terasa sikit hati umi tau bila anak cakap macam tu. Hahahaha. 

Takpe la. Biar dia belajar sayangkan sekolah. Takdelah rasa liat nak bangun pagi bila sebut perkataan sekolah tu. Hehe. Harapnya biar sampai bila-bila macam tu ye sayang. 

Wednesday, February 1, 2017

Filem Pendek Tahun Baru Cina 2017 Dari TNB

2:59 PM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia yang meraikannya. Belum terlambat lagikan nak ucap? Heeeee..

Setiap kali musim perayaan me memang teruja nak tunggu filem pendek yang selalunya menjentik hati sampai menangis. Tapi tahun ni, kita 'dihidangkan' dengan webfilm Tahun Baru Cina yang mencuit hati dari TNB.


Kelakar tapi penuh dengan maksud yang tersirat. Korang tengok dan fahamkan. Tetiba kagum dengan style memasak ala-ala kungfu tu. Kalau lahhh me dot..dot..dot.. Hahaha. Itu hiburan. Hehe.

Apa yang me nak tekankan ialah maksud tersirat di sebalik filem pendek tu. Tahun baru cina adalah masa untuk mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Lumrah lah kan kalau ada perbalahan sikit antara ahli keluarga. Tapi jangan dibiarkan nanti berlarutan. Masa-masa macam ni la sepatutnya dileraikan semua kekurangan dan masalah dalam hubungan keluarga tu. Kehadiran semua ahli keluarga ketika makan besar tu lagi penting sebenarnya daripada makanan yang terhidang atas meja tu.

Sikap dan perangai sesetengah ahli keluarga yang mungkin kadang tidak mahu beralah, pentingkan diri antara punca berlakunya pertelagahan di musim perayaan. Lagi-lagi jika berada dalam keluarga yang besar dan ramai. Sepatutnya perbezaan ini diraikan, bukan diketepikan. Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa, diletakkan di atas satu meja yang sama tapi serasi dan harmoni jika di makan bersama. Begitulah juga ahli keluarga kita. 😊😊

Bak kata pepatah 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Umpamanya sama dengan filem pendek #TNBCNY2017 yang kita tengok tadi tu. Serba satu masakan ada yang kurang namun bila digabungkan jadi satu hidangan rasa itu saling melengkapi hingga jadi satu hidangan yang sedap. Maksudnya, kebahagiaan akan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain. Barulah senang nak duduk semeja. Kan? Heeeee.

Table Of Harmony

Apa menu 'Mystery Dish' korang? Meh cuba. Dalam game ni korang akan tau sejauh mana sikap korang bila berkumpul dengan ahli keluarga.


1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2. Klik 'Unveil Mystery Dishes'

3. Klik 'Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table'

4. Pilih jawapan A, B, C atau D

5. Klik 'Unveil Your Dish' dan keluarlah result Mystery Dish korang...

Ni result me.. 'Altough you seem intimidating to people you've just met, it's only a matter of time before they discover your soft, kind heart' katanyaaaa.. Heeee.. Betul la tu kot. 😃😃



"WHEN WE COME TOGETHER, 
EVERYTHING GETS A LITTLE BRIGHTER"

Tuesday, January 24, 2017

Addeena Demam Panas

4:57 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

19 Januari 2017 lepas, suhu badan Addeena tetiba naik mendadak. Panas yang amat. Huhu. Dah la masa tu me kena kerja syif petang. Berbelah bagi juga sekejap. Sebabnya bila me 'ponteng' kerja syif petang ada 2 orang je yang kerja. 

First time tu ponteng kerja syif petang. Rasa bersalah juga dengan officemate yang sama-sama duty malam tu. Balik kul 11 kot. 

Tapi bila fikirkan anak memang me kalah. Keluarga sentiasa pertama. 

Suhu waktu pagi..
Ni suhu dia tengahari..
Masa tu memang dia asyik melekap je ngan me. Lepas kejap je pun nangis. Huhuhu. Memang tak mampu buat apa kerja pun masa tu. 

Bila makin panas tu me buka semua baju dia then lap dengan air sejuk. Sambil menyusu tu sambil me lap. Nampak sangat dia tak selesa sebab asyik merengek je. Dah la dengan batuk dan selesema sekali. 

Masa tu kesian dengan Angah sebab tak terlayan dia sangat. Nasib baiklah masa tu dia behave je. Tak kacau adik dia. Ada jugak me termarah dia tapi dia lagi senyum-senyum dan gelak pandang me. Lagi me rasa bersalah masa tu. Huhuhu. Dah la bila tanya dia nak makan apa, dia request yang simple je. Bubur dengan carrot katanya. Aduiii anak. Faham dia dengan keadaan umi dan Addeena yang tak sihat tu.

Malam tu pun me memang tak tido sangat. Berjaga sebab nak pantau panas badan dia. Penat tapi demi anak kan. Esoknya pula kena bangun awal lagi siapkan Along nak sekolah. 

Penat memang penat tapi bila lagi kita nak berkorban demi anak-anak kan? Hope satu masa nanti bila diorang dah besar diorang akan ingat dan jaga kita macamana kita jaga diorang masa kecik. InsyaAllah. Amin. 



Tuesday, January 17, 2017

Along Dah Serasi Dengan Sekolah

11:20 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk minggu ketiga sesi persekolahan tahun 2017. Wahhh.. sekejap je rasa masa berlalu. 

Besar dah anak umi. Dah sekolah pun. Tetiba sebak masa taklimat ibubapa kat sekolah hari tu. Kenapa ntah. Hahaha. Nasib baik tak meleleh air mata kat situ. Masuk dalam kereta siap peluk Along kuat-kuat pastu meleleh air mata. Heeeee.

Alhamdulillah. Along dah semakin serasi kat tadika cuma kat taska je dia masih nangis kejap. Sebab tak selesa nak tidur katanyaa. Hehe. 

Setakat ni dia masih lagi rajin nak bangun pagi. Tak meragam bila kita kejut dia. Syukur sangat. Senang kerja umi pepagi. Hehe. Cuma tiap-tiap hari dia nak bawa bekal roti pegi sekolah. Roti sapu peanut butter ngan strawberry tu. Jangan nak letak benda lain dalam bekas dia memang takkan habis sampai petang. Penah sekali tu letak roti ngan telur sosej, memang dia tak sentuh pun. Huhu.
Baju sekolah tak dapat lagi makanya pakai baju biasa. Kasut tu pun semalam pakai tak muat dah. 😅😅
Masalah sekarang ni Angah pulak yang meragam pepagi. Siap nangis-nangis taknak pegi rumah pengasuh. Katanya nak main kat sekolah. Adoi. Dia bukan nak belajar sangat pun sebenarnya. Nak main je. Yelah,, kat sekolah tu kan ada taman permainan kecil. Huhu. Kadang lambat gerak pun sebab nak pujuk dia. Bila tak boleh pujuk sangat tu memang angkat je terus ke rumah pengasuh. Nasib baik la jiran selang serumah je.

Along siap pujuk Angah lagi tu. "Takpe angah. Jangan nangis. Angah duduk rumah mama. Petang karang Along balik nanti Along beli air vitagen untuk Angah.." Alooooo.. suwit je kakaknya pujuk tapi angah bila dah kata nak tu memang dia nak sangat. Kalau kata taknak memang taknak.

Serba salah juga bila hantar anak tengah menangis ke rumah pengasuh tapi nak buat macamana kan. Huhu. Tapi pengasuh kata dia nangis kejap je pastu ok.

Balik je dari Taska memang Along akan cari adik-adik dia dulu. Berlari ke rumah pengasuh. Huhu. Rindu kot. Tapi masuk dalam rumah gaduh. Hahaha.




Belajar rajin-rajin ye sayang. InsyaAllah umi akan cuba bagi sekolah dan pelajaran yang terbaik buat anak-anak umi. Umi dan ayah sayang Nur Aisya Syuhadaa, Nur Aeera Shuhayra dan Nur Addeena Syumaila.

Follow me @munirah_izzan