Tuesday, January 24, 2017

Addeena Demam Panas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

19 Januari 2017 lepas, suhu badan Addeena tetiba naik mendadak. Panas yang amat. Huhu. Dah la masa tu me kena kerja syif petang. Berbelah bagi juga sekejap. Sebabnya bila me 'ponteng' kerja syif petang ada 2 orang je yang kerja. 

First time tu ponteng kerja syif petang. Rasa bersalah juga dengan officemate yang sama-sama duty malam tu. Balik kul 11 kot. 

Tapi bila fikirkan anak memang me kalah. Keluarga sentiasa pertama. 

Suhu waktu pagi..
Ni suhu dia tengahari..
Masa tu memang dia asyik melekap je ngan me. Lepas kejap je pun nangis. Huhuhu. Memang tak mampu buat apa kerja pun masa tu. 

Bila makin panas tu me buka semua baju dia then lap dengan air sejuk. Sambil menyusu tu sambil me lap. Nampak sangat dia tak selesa sebab asyik merengek je. Dah la dengan batuk dan selesema sekali. 

Masa tu kesian dengan Angah sebab tak terlayan dia sangat. Nasib baiklah masa tu dia behave je. Tak kacau adik dia. Ada jugak me termarah dia tapi dia lagi senyum-senyum dan gelak pandang me. Lagi me rasa bersalah masa tu. Huhuhu. Dah la bila tanya dia nak makan apa, dia request yang simple je. Bubur dengan carrot katanya. Aduiii anak. Faham dia dengan keadaan umi dan Addeena yang tak sihat tu.

Malam tu pun me memang tak tido sangat. Berjaga sebab nak pantau panas badan dia. Penat tapi demi anak kan. Esoknya pula kena bangun awal lagi siapkan Along nak sekolah. 

Penat memang penat tapi bila lagi kita nak berkorban demi anak-anak kan? Hope satu masa nanti bila diorang dah besar diorang akan ingat dan jaga kita macamana kita jaga diorang masa kecik. InsyaAllah. Amin. 



4 comments:

  1. demi anak kan,dah jadi ibu ni memang paham sgt perasaan itu tambah2 lagi ibu yang bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. nak tinggal anak tu rasa sayu sangat..

      Delete
  2. Anak demam ibu nya memang runsing, kalau pegi keje memang tak tenang...
    Moga anak-anak dah besar nanti tak lupa jasabaik ibu derang kannn

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in