Tuesday, January 17, 2017

Along Dah Serasi Dengan Sekolah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk minggu ketiga sesi persekolahan tahun 2017. Wahhh.. sekejap je rasa masa berlalu. 

Besar dah anak umi. Dah sekolah pun. Tetiba sebak masa taklimat ibubapa kat sekolah hari tu. Kenapa ntah. Hahaha. Nasib baik tak meleleh air mata kat situ. Masuk dalam kereta siap peluk Along kuat-kuat pastu meleleh air mata. Heeeee.

Alhamdulillah. Along dah semakin serasi kat tadika cuma kat taska je dia masih nangis kejap. Sebab tak selesa nak tidur katanyaa. Hehe. 

Setakat ni dia masih lagi rajin nak bangun pagi. Tak meragam bila kita kejut dia. Syukur sangat. Senang kerja umi pepagi. Hehe. Cuma tiap-tiap hari dia nak bawa bekal roti pegi sekolah. Roti sapu peanut butter ngan strawberry tu. Jangan nak letak benda lain dalam bekas dia memang takkan habis sampai petang. Penah sekali tu letak roti ngan telur sosej, memang dia tak sentuh pun. Huhu.
Baju sekolah tak dapat lagi makanya pakai baju biasa. Kasut tu pun semalam pakai tak muat dah. 😅😅
Masalah sekarang ni Angah pulak yang meragam pepagi. Siap nangis-nangis taknak pegi rumah pengasuh. Katanya nak main kat sekolah. Adoi. Dia bukan nak belajar sangat pun sebenarnya. Nak main je. Yelah,, kat sekolah tu kan ada taman permainan kecil. Huhu. Kadang lambat gerak pun sebab nak pujuk dia. Bila tak boleh pujuk sangat tu memang angkat je terus ke rumah pengasuh. Nasib baik la jiran selang serumah je.

Along siap pujuk Angah lagi tu. "Takpe angah. Jangan nangis. Angah duduk rumah mama. Petang karang Along balik nanti Along beli air vitagen untuk Angah.." Alooooo.. suwit je kakaknya pujuk tapi angah bila dah kata nak tu memang dia nak sangat. Kalau kata taknak memang taknak.

Serba salah juga bila hantar anak tengah menangis ke rumah pengasuh tapi nak buat macamana kan. Huhu. Tapi pengasuh kata dia nangis kejap je pastu ok.

Balik je dari Taska memang Along akan cari adik-adik dia dulu. Berlari ke rumah pengasuh. Huhu. Rindu kot. Tapi masuk dalam rumah gaduh. Hahaha.




Belajar rajin-rajin ye sayang. InsyaAllah umi akan cuba bagi sekolah dan pelajaran yang terbaik buat anak-anak umi. Umi dan ayah sayang Nur Aisya Syuhadaa, Nur Aeera Shuhayra dan Nur Addeena Syumaila.

6 comments:

  1. alhamdulillah kira senang da mcm tu =)

    ReplyDelete
  2. ni yg 1st sekolah erk..heheh sweet jer adik adik dia

    ReplyDelete
  3. Semoga anak selalu berada dalam keadaan yang gembira dan sihat selalu. Inilah yg penting.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in