Monday, February 6, 2017

Bila Anak Mula Rindukan Sekolah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Suka betul Along senyum macam tu. Hahaha. 

Masuk bulan kedua Tadika ni dia dah pandai rindukan sekolah. Rindukan cikgu-cikgu dia. Dia mention sekolah ngan cikgu je. Kawan-kawan takde lak dia mention. Me pun takde pulak tanya 😅

Dari hari Sabtu dia asyik tanya 'Lama ke cuti?' .. 'Hari ni cuti lagi ke umi?'.. 'Kenapa lama sangat cuti ni..?' 

Adoi anak.. kalau bagi umi la,, Sabtu dan Ahad tu isngkat sangat masanya tau. Haha. Bila tanya kenapa taknak cuti,, tau dia jawab apa?

'Along sayang Cikgu Mai.. sayang Kakak Along.. Sayang Mak Ton..' 

Haaaaa.. ko rasa? Terasa sikit hati umi tau bila anak cakap macam tu. Hahahaha. 

Takpe la. Biar dia belajar sayangkan sekolah. Takdelah rasa liat nak bangun pagi bila sebut perkataan sekolah tu. Hehe. Harapnya biar sampai bila-bila macam tu ye sayang. 

4 comments:

  1. hahaaaa.. dia seronok lah tu ke sekolah. enjoy... jangan dia mengamuk tak nak pergi sekolah, haru biru pulak kita nanti

    ReplyDelete
  2. bagusnya dia..mesti dia boring dekat rumah takde kawan..hehee

    ReplyDelete
  3. p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  4. mesti cikgunya baik dan rajin layan karenah anak-anak murid..sampaikan anak pun dah rindu pada cikgu.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan