Wednesday, February 15, 2017

Tragedi Dua Jahitan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kejadian hari Ahad yang betul-betul buat me terkejut. Masa tu me rasa me umi yang cuai. Tak jaga anak elok-elok. En.abg pun marah sebab katanya me tak perhatikan anak bila main. Lagi bertambah sedih hati me masa tu. Me pun tak minta jadi macam tu. Huhu.

Kisahnya along duk lari ke hulu ke hilir sambil nyanyi lagu Frozen. Me pula tengah nak suapkan Angah dan Addeena makan. Panggil Along sekali tapi dia masih juga nak main. Baru satu suap masuk dalam mulut Addeena tiba-tiba dengar bunyi macam terhempas. Kuat pulak tu. Bila paling belakang, Along nangis sambil tekup mulut. Celah jari tu mengalir darah. Banyak kot! 

Panik kejap. Bawa Along ke dapur, suh dia kumur-kumur. Bila dia kumur lagi kuat dia nangis. Masa tu tak nampak lagi lukanya macamana sebab nampak darah je. Bila darah dah kurang suh dia nganga tengok mulut dia luka. Bukan setakat luka kecik. Besar dan dalam. Lagi bertambah gigil masa tu. 

Bila tengok luka macam ni apa korang rasa? Huwaaaaaa. Gigil tangan pastu panik jap taktau nak buat apa. Cari telefon pun tak jumpa padahal atas meja je pun. Dengan Addeena pun nangis sebab nak makan lagi bertambah panik me jap. Nasib tak join menangis je. 

Call En.Abg suruh dia balik sebab nak bawa Along pegi klinik. Nak bawa kereta sorang-sorang dengan tiga heroin tu memang tak lah. Huhuhu. Meragam dalam kereta takpe. Sat lagi masing-masing duk meragam dalam klinik lagi haru. 

Pegi klinik panel tapi doktor refer ke Hospital Shah Alam sebab dia pun takleh buat apa katanya. Kena jumpa pakar gigi atau plastic surgeon. Katanya lagi memang akan kena jahit jugak. Sebab luka tu dalam. Nasib baik tak tembus sampai ke pipi je. 

Pastu belek-belek lagi mulut dia takut ada luka lain kan. Nampak pulak gigi depan belah kiri dia tu masuk ke atas sikit. Adoiiii. 
Nak nangis rasa tengok macam ni. Memang masa tu peluk anak kuat-kuat. Sakitnya dia. Huhuhu.

Masa sampai kat Hosp. Shah Alam tu ramai sangat orang. Masa tunggu tu Along dah meragam. Sakit kepala katanya. Pastu dia lapar. Yelah,, masa jatuh tu tak sempat makan tengahari. Nak makan tapi nak kunyah sakit. Beli roti suap dia sikit-sikit. Tu pun tak banyak dia makan. 

Jam 3.30pm sampai tu hampir jam 7.00pm gak baru masuk bilik doktor. Dia tanya-tanya then suruh tunggu doktor gigi sampai. 

Tak lama tu doktor gigi sampai bawa pegi bilik pemeriksaan. Kenalah dua jahitan. 
Tak takut pun dia masa tengok jarum bius tu. Dah la besar. Huwaaaa. Kenyataannya me takut pada doktor gigi. Huhu. Tapi tengok Along kuat tetiba me malu.

Dah jahit tu doktor bagi appoinment untuk jumpa pakar gigi pulak esoknya. Nak suh pakar tengok gigi depan tu apa ceritanya.

Dalam kul 8.00pm settle semua. Balik tu Along request nak makan aiskrim. So, singgah mekdi beli sundae cone.

~~Masa me kat hospital tu, Angah dan Addeena 'buat keje' kat opis en.abg. Dekat je UiTM ngan hospital ni. Nak ajak kat emergency tu memang tak lah. Sesak kot.

2 comments:

  1. alamak... takutnyerr tengokk..... now dah okay tak?

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan