Tuesday, May 16, 2017

Selesa Shopping Di Shopee

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Beli belah atas talian (online shopping) dah jadi trend sekarang ni. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa bagi mereka-mereka yang tiada masa untuk keluar (macam me la tuuu) . Pilih, bayar dan tunggu parcel sampai depan rumah. Bestkan. 

Ada satu apps yang me akan uninstall di tengah bulan pastu install semula di hujung bulan. Hahahaha, Memang berhantu apps ni wei. Memula me terjebak masa beli breastpump murah last year. Memang murah sangat masa tu. Harga termasuk postage below RM60. Korang rasa? Hahaha. Habis semua kawan-kawan me jebakkan dengan apps tu.

Apps apa? Shopee la. 

sumber : google image
Mengenai Shopee

Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membeli-belah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara

Kenapa pilih Shopee?
Sebagai pengguna kita kena bijak dan rajin bandingkan harga barang sebelum membeli. Tak perlu keluar pun kalau nak bandingkan. Dengan teknologi sekarang semua di hujung jari je kan.
Pilih Shopee sebab :-
  • Murah sangat jika dibandingkan dengan online shop yang lain. 
  • Teruja nak beli sambil kumpul Shopee coin. Next time boleh tebus kalau nak beli barang lain. RM1 sama dengan 100 point. 
  • Kemudahan untuk chat dengan penjual. Boleh direct chat kalau nak confirmkan stok.
Pengalaman bersama Shopee

Banyak beli breastpump sebab belikan untuk kawan-kawan. Boleh kumpul Shopee coin sekali. Hehe.

 Cahaya Raya Bersama Shopee

Promosi Cahaya Raya Bersama Shopee dah mula semalam wei korang. Potongan sehingga 90% tu. Rambang mata me tengok segala macam barang yang ada. Promosi hingga 30 Jun 2017 je korang.

Sepanjang 45 hari promosi tu ada macam-macam giveaway yang korang boleh join. Boleh klik → Cahaya Raya Bersama Shopee untuk maklumat lanjut cara nak join giveaway.

Iolss dah shopping langsir raya. Korang bila lagi nak start shopping raya? Bagi yang belum install apps Shopee tu silalah install sebelum korang menyesal. Malam-malam tak boleh tidur boleh belek barang murah sambil baring-baring.

Jangan risau bagi yang tak familiar dengan online shopping, apps Shopee ni sangat user friendly. Confirm korang takkan lost.

Website: https://shopee.com.my/
Facebook: ShopeeMY
Instagram: @Shopee_MY


7 comments:

  1. Haah breastpump Lacte yang akak berkenan tu pun paling murah di Shopee berbanding online shop lain. So memang beli kat Shopee jelah!

    ReplyDelete
  2. Mmg berhantu Shopee ni, skali masuk susah nak kluaq hahaha

    ReplyDelete
  3. Mmg xle tdo. Buka laptop je.. terklik. Acaner

    ReplyDelete
  4. itulah yang bestnya sebab ada kumpul shoppe coin...

    ReplyDelete
  5. Selamat bershopping bersama Shopee kak... Hihihi

    ReplyDelete
  6. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan