Friday, June 16, 2017

Malam Lailatul Qadar

4:01 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam 
Nilainya menyamai 
Dengan seribu bulan 

Itulah dia malam Al-qadar 
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa 

 Di dalam bulan ramadhan 
Ada satu malam 
Nilainya menyamai 
Dengan seribu bulan 

Singkaplah tabir 
Di sepuluh malam terakhir 
Berlumba kita mencari keredhaanNya 
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf 
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan 

 Malam apakah ini ? 
Kiraannya 83 tahun 
Melangkaui kadar lazim biasa umum 
Usia umat nabi pilihan 
Beruntunglah bagi hamba 

Di dalam bulan Ramadhan 
Ada satu malam 
Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar 
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam 

 Ya Allah 
Yang memberi Kemaafan 
Maafkanlah kami 
Semua hamba-hambaMu


Wednesday, June 14, 2017

PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM IM60 KEMBALI LAGI

3:12 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM IM60 KEMBALI LAGI!! 

TEMPOH PERTANDINGAN 16 APRIL 2017 - 16 OGOS 2017, bersempena bulan Kebangsaan 2017.

Cara-cara Penyertaan;

Muat naik GAMBAR atau VIDEO anda yang menunjukkan rasa cintakan negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada akaun instagram @instamerdeka mengikut kategori masing-masing, #im60umum, #im60siswa atau #im60

Hantarkan insta foto atau insta video anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2017 secara kreatif melalui instagram anda.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-

a) Sila 'LIKE, FOLLOW & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka 

b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka #negarakumalaysia #instamerdeka #tn50

Tuesday, June 13, 2017

Baju Raya : Online Atau Walk In?

11:39 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar dah masuk 18 hari kita berpuasa. Suasana nak menyambut raya tu mesti makin terasa kan. Bagi me sendiri aura nak raya tu tak datang lagi tapi oleh kerana Along hari-hari tanya bila nak beli baju raya, bila nak buat kuih raya makanya me pun kena la mula berfikir untuk buat persediaan raya. 

Tahun ni kakak ipar pilih warna biru turqoise sebagai tema raya. So sejak 2 minggu lepas me dah mula survey butik-butik online. Susahnya nak cari warna tu. Mostly jumpa warna hijau turqoise. Kalau ada pun, tak berkenan dengan design. Bila design dah ok, saiz pulak takde. Bila design dah cantik, saiz pun ada, warna pulak tak kena. Pastu bila semua dah ok, takde pulak yang sedondon untuk anak. Bila segala saiz baju dari mak, bapa dan anak semua ada, harga pula macam tak masuk akal. Haaaaa. Mula la ko nak stress kan. Hahaha. Sabar.. Puasa ni. 

Sampai sekarang la baju takde lagi ni. Misi mencari baju raya di teruskan lagi hari ni. Huhu. 

sumber : google image

Still me sebenarnya lebih prefer untuk beli online. Senang. Tak perlu bersesak-sesak. Risiko? Yup. Me memang faham banyak sebenarnya risiko beli online ni. Tapi once kita dah buat pilihan untuk 'beli online' maknanya kita sedia untuk terima sebarang risiko mendatang. Contohnya warna tak sama macam dalam gambar. Nak beli biru dapat hijau. Nak beli merah dapat oren. Sebab tu kita kena ada jugak hubungan 2 hala dengan seller. Tanyalah macam-macam sebelum confirmkan order. Bukan cerewet tapi mengurangkan risiko barang terpaksa dikembalikan semula pada seller. 

Kalau kena maki? Ni terpulang pada korang nak buat macamana. Hahaha. Sebabnya setakat ni me tak pernah lagi kena maki sebab tanya macam-macam. Alhamdulillah. Allah temukan me dengan seller yang penyabar dan baik. 

Tapi kalau tak jumpa jugak terpaksalah walk in. Dan kalau walk in terpaksalah jugak me amik cuti. Bukan apa, tak mampu nak bawa anak-anak yang masih kecil ni. Kalau meragam memang tak beli satu apa pun nanti. Habis tu macamana nak tengok muat ke tak ke anak? Me siap-siap bawa contoh. Pilihlah mana-mana baju yang sesuai nak di jadikan contoh. 

Ada kebaikan sebenarnya kalau walk in shopping ni. Kita boleh rasa sendiri material kain ok atau tak ok. Sesuai atau tak sesuai. Panas atau tak panas. Berbulu atau tak berbulu. Eh.. 

Pastu boleh pulak cuba. Sesuai ke tak sesuai. Duduk la dalam fitting room tu lama-lama sampai puas belek. Hehe

Yang tak best tu terpaksa bersesak-sesak. Me bab bersesak ni memang lemah sikit. Lagi-lagi time puasa ni. Tahap sabar tu boleh turun hingga 10% 😌 

Sumber : www.sinarharian.com.my
So,, korang pilih yang mana? Online atau Walk in? 😊😊

Saturday, June 10, 2017

Thursday, June 8, 2017

Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

3:44 PM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semangat nak balik raya tahun depan makanya me terus google senarai cuti umum Selangor tahun 2018. Ye! Betul la awak baca tu. TAHUN DEPAN. Hahaha.

Raya tahun ni pun tak lepas lagi dah fikir untuk tahun depan kan. Semangat tu lain sikit sebabnya tahun depan giliran raya kat Sabah. InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur. Anak-anak pun dah tak sabar nak balik kampung. Me? Tak payah tanya la. Memang menunggu peluang je nak balik ni. Hehehe.

Korang semak senarai cuti 👇👇. Tapi ni untuk Selangor je tauu. Kalau korang nak cek negeri lain, klik je link kat caption gambar tu. 
Kalender Cuti Umum Selangor 2018
Sumber : https://publicholidays.com.my/ms/selangor/2018-dates/
Haaaaa.. korang yang nak plan cuti pun dah boleh ni. Sempat lagi nak book tiket Airasia. Promosi  Airasia berakhir hujung minggu ni kan? Haaaaa.. cepat korang. 

Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017

2:59 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bubur lambuk sangat sinonim dengan sambutan Ramadhan. Sebenarnya me sendiri mula kenal dengan bubur ni selepas berpindah ke sini 4 tahun lepas. Sebelum tu me ingatkan bubur lambuk tu sama macam bubur kacang hijau 😆 Jauh sangat bezanya kan.

Semalam UiTM Cawangan Selangor adakan Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017. Tak ingat berapa periuk semuanya tapi dianggarkan dalam 15,000 bekas bubur lambuk yang diedarkan.

PTAR dapat satu periuk bubur lambuk sama dengan 10kg beras. 

Antara gambar-gambar sepanjang rewang berlangsung :



 


Kebetulan hari yang sama PTAR Shah Alam pun rewang jugak. Makanya memang dapat sorang banyak la semalam. Kenyang bubur lambuk je anak-anak semua. Haha. 


Follow me @munirah_izzan