Tuesday, June 13, 2017

Baju Raya : Online Atau Walk In?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar dah masuk 18 hari kita berpuasa. Suasana nak menyambut raya tu mesti makin terasa kan. Bagi me sendiri aura nak raya tu tak datang lagi tapi oleh kerana Along hari-hari tanya bila nak beli baju raya, bila nak buat kuih raya makanya me pun kena la mula berfikir untuk buat persediaan raya. 

Tahun ni kakak ipar pilih warna biru turqoise sebagai tema raya. So sejak 2 minggu lepas me dah mula survey butik-butik online. Susahnya nak cari warna tu. Mostly jumpa warna hijau turqoise. Kalau ada pun, tak berkenan dengan design. Bila design dah ok, saiz pulak takde. Bila design dah cantik, saiz pun ada, warna pulak tak kena. Pastu bila semua dah ok, takde pulak yang sedondon untuk anak. Bila segala saiz baju dari mak, bapa dan anak semua ada, harga pula macam tak masuk akal. Haaaaa. Mula la ko nak stress kan. Hahaha. Sabar.. Puasa ni. 

Sampai sekarang la baju takde lagi ni. Misi mencari baju raya di teruskan lagi hari ni. Huhu. 

sumber : google image

Still me sebenarnya lebih prefer untuk beli online. Senang. Tak perlu bersesak-sesak. Risiko? Yup. Me memang faham banyak sebenarnya risiko beli online ni. Tapi once kita dah buat pilihan untuk 'beli online' maknanya kita sedia untuk terima sebarang risiko mendatang. Contohnya warna tak sama macam dalam gambar. Nak beli biru dapat hijau. Nak beli merah dapat oren. Sebab tu kita kena ada jugak hubungan 2 hala dengan seller. Tanyalah macam-macam sebelum confirmkan order. Bukan cerewet tapi mengurangkan risiko barang terpaksa dikembalikan semula pada seller. 

Kalau kena maki? Ni terpulang pada korang nak buat macamana. Hahaha. Sebabnya setakat ni me tak pernah lagi kena maki sebab tanya macam-macam. Alhamdulillah. Allah temukan me dengan seller yang penyabar dan baik. 

Tapi kalau tak jumpa jugak terpaksalah walk in. Dan kalau walk in terpaksalah jugak me amik cuti. Bukan apa, tak mampu nak bawa anak-anak yang masih kecil ni. Kalau meragam memang tak beli satu apa pun nanti. Habis tu macamana nak tengok muat ke tak ke anak? Me siap-siap bawa contoh. Pilihlah mana-mana baju yang sesuai nak di jadikan contoh. 

Ada kebaikan sebenarnya kalau walk in shopping ni. Kita boleh rasa sendiri material kain ok atau tak ok. Sesuai atau tak sesuai. Panas atau tak panas. Berbulu atau tak berbulu. Eh.. 

Pastu boleh pulak cuba. Sesuai ke tak sesuai. Duduk la dalam fitting room tu lama-lama sampai puas belek. Hehe

Yang tak best tu terpaksa bersesak-sesak. Me bab bersesak ni memang lemah sikit. Lagi-lagi time puasa ni. Tahap sabar tu boleh turun hingga 10% 😌 

Sumber : www.sinarharian.com.my
So,, korang pilih yang mana? Online atau Walk in? 😊😊

6 comments:

  1. walk in shopping, sebab lebih rasa suasana nak raya tu..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann tapi tu la.. kena cari masa yg bukan weekend

      Delete
  2. paling x best kalau bab bersesak-sesak.. tp still suka shooping walk-in..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan walk in lagi puas hati.. hehe

      Delete
  3. bende kalau time di carik memang tak jumpa.. selalu pon macam tu.. heheh...
    saya kalau rajin gi jer beli sendiri.. kalau tak..online pon ok jer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. nanti pas raya tgk belambak warna tu.. hehehe

      Delete

Follow me @munirah_izzan