Wednesday, June 28, 2017

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

kredit : https://www.facebook.com/Brohaden
Salam lebaran dari keluarga kecil kami. 😃

Tahun ni balik beraya di Pulau Sebang, Melaka. Giliran raya belah husband pulak. Alhamdulillah. Even bukan di tempat sendiri tapi meriah raya tetap terasa.

Tiap-tiap tahun memang tetapkan tema warna untuk baju raya. Baru best. Warna bukan setakat untuk keluarga kecil tapi untuk semua keluarga besar. Hehe. So, tahun ni pilihan warna iala biru turqoise.

Ni je la gambar paling proper ada dalam simpanan. Ni pun hasil ehsan camera fon biras. Hehehe. Gambar lain memang ke laut semuanya. Hahaha.

Raya pertama, dari pagi sampai ke petang memang berjalan dan makan je. Kena makan puas-puas sebab raya kedua dah kena balik Klang semula sebabnya en.abg dah mula kerja.

Satu je yang me tak sempat nak jamah or makan lagi. Lemang! Huhuhu. Tu menu wajib raya tapi awat tak jumpa masa raya pertama ari tu ea 😞

Sebenarnya kan, masa nak balik raya kedua tu memang berat hati sikit. Sebabnya hari yang sama mak mentua buat open house. Huhu. Haruslah rasa tak best kan. Jam 9 terpaksa bertolak balik. Risau jalan jammed kang lambat pulak en.abg masuk kerja. Bukan boleh agak keadaan jalan time raya ni.

Raya ketiga? Duk kemas rumah. Malam je sempat serbu rumah kawan baik sambil-sambil lawat baby.

Raya keempat? Kerjaaaa. Huhuhu. Sebenarnya dah cuti untuk 3 hari ni dah lulus tapi bulan 7 kena banyak guna cuti makanya kita simpan untuk itu.

Korang mesti raya sakan kan?

4 comments:

  1. Raya ke 3 akak duk umah je tunggu tetamu dtg..raya ke 4 dah start kojo haaaa

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar Raya yg first tu

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan