Thursday, June 8, 2017

Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bubur lambuk sangat sinonim dengan sambutan Ramadhan. Sebenarnya me sendiri mula kenal dengan bubur ni selepas berpindah ke sini 4 tahun lepas. Sebelum tu me ingatkan bubur lambuk tu sama macam bubur kacang hijau 😆 Jauh sangat bezanya kan.

Semalam UiTM Cawangan Selangor adakan Rewang Bubur Lambuk Perdana 2017. Tak ingat berapa periuk semuanya tapi dianggarkan dalam 15,000 bekas bubur lambuk yang diedarkan.

PTAR dapat satu periuk bubur lambuk sama dengan 10kg beras. 

Antara gambar-gambar sepanjang rewang berlangsung :



 


Kebetulan hari yang sama PTAR Shah Alam pun rewang jugak. Makanya memang dapat sorang banyak la semalam. Kenyang bubur lambuk je anak-anak semua. Haha. 


2 comments:

  1. Replies
    1. kan kak.. kat cni baru merasa rewang dengan kwn2 ofis.. best..

      Delete

Follow me @munirah_izzan