Monday, July 10, 2017

Kisah Addeena dan Kereta Sehari Sebelum Raya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wah... kemain korang update cerita raya kan. Happy semua. Alhamdulillah.

Ni nak share cerita sehari sebelum raya hari tu. Masa tu tengah sibuk-sibuk kemas barang bagai sebab nak balik kampung. Balik Melaka tahun ni. Heeeee. Kat mana? Pulau Sebang je.

Masa tu me tengah kemas-kemas dalam rumah. Sebelum bertolak tu kalau boleh nak lah rumah kemas kan. Taklah pening kepala masa balik dari kampung nanti. Tapi tak boleh nak kemas sangat sebab Addeena asyik merengek je. Pastu en.abg bagi dia duduk dalam kereta. Addeena memang suka duk dalam tu sebab sejuk.

Me pun sambung la kemas. Tiba-tiba en.abg masuk dalam rumah kata Addeena terkunci dalam kereta. Masa tu memang terus panas satu badan me. Huhu. Risau kot. Addeena kecik lagi. Dia mana pandai nak tarik lock pintu tu. Terus capai tudung lari kuar tengok Addeena dalam kereta.

Dia dah berpeluh-peluh dalam tu nangis. Aircond pun dia p padamkan. Dah la tingkap kereta semua memang tutup habis. Pintu belah pemandu tu memang la tak rapat sangat cuma bila dah tekan lock tu tetap gak terkunci. Perasaan me masa tu jangan tanya la. Macam-macam ada. Bila Addeena nampak me lagi la kuat dia nangis dalam tu. Maybe sebab panas tu yang buat dia tak selesa dan takut kot. 

Kunci spare memang takde. Beli kereta second hand je kann. Huhu.

Dalam kepala ni memang dah terfikir nak call bomba ke.. jpam ke..

En.abg still sibuk cari benda yang boleh guna untuk buka lock pintu tu. Pastu me suh je husband call jiran-jiran kalau boleh tolong. Maybe en.abg pun tengah risau tu yang dia tak terfikir nak call siapa-siapa masa tu. 

Addeena sampai dah nangis guling-guling dah dalam kereta. Muka merah. Meleleh-leleh hingus. Tak tau nak gambarkan perasaan masa tu. Memang risau yang amat.

Gambar? Memang tak terfikir nak ambil gambar ke apa masa tu. Yang me fikir hanya nak keluarkan Addeena dari dalam kereta je.

Alhamdulillah. Jiran datang tolong. Kejap je dia bukakan lock tu. Buka pintu terus me capai Addeena. Kuat dia peluk me sambil nangis tu. Allah. Hilang separuh semangat me tengok Addeena macam tu. Cakap terima kasih ngan jiran terus bawa Addeena masuk.

Bagi dia tenang jap pastu bagi susu terus tidur. Penat kot nangis. Hampir setengah jam jugak dia terkunci dalam tu.

Selepas tu me memang tak bagi Addeena duduk sorang-sorang dalam kereta dah. Kalau boleh biar ada Along dan Angah dia sekali dalam tu.

Betapa cuainya me. Rasa macam down sangat bila teringat kejadian tu.

 Ni la muka budak Addeena tu. 

Harap tak berulang lagi kes macam ni. Serik umi nak oiii.

5 comments:

  1. Alahai kesiannya addeena nasib baik dpt buka lock tu

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya addeena nasib baik dpt buka lock tu

    ReplyDelete
  3. kasihannya ... alo comel . besar dah anak akak

    ReplyDelete
  4. Kesiannya. Mujur la ada jiran yang baik dan terer.

    ReplyDelete
  5. masyaallah...mujur tade pape...hati-hati lenkali

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan