Monday, August 28, 2017

Tragedi Banjir Kilat 27 Ogos 2017 - Ranau, Sabah

9:37 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

"Rumah mama banjir.." 

Masa tu time tengah tidurkan Addeena. Me pun cakap takde la. Pastu en.abg kata adik ipar ada upload kat fb. Me capai hp terus buka fb adik ipar. 

Terkejut tengok. Huhu. Memang teruk yang amat. Air lumpur laju masuk rumah. Family tak sempat nak selamatkan barang. Masa tu semua ready nak masuk tidur dah.

Ikut kata adik air naik sampai paras pinggang.

Sedih tak terkata masa tu. Dari rasa mengantuk terus rasa segar mata. Hati rasa tak tenteram. Rasa nak terbang balik malam tu jugak. 😢

Sepanjang malam doakan agar air surut cepat tapi still family tak tidur malam tu sebab nak bersihkan lumpur. If dah kering lagi susah nak bersihkan.

Airmata me masa tu sama laju dengan air lumpur yang masuk rumah tu.

Nak bersihkan semua tu memang ambil masa. Belum kira barang-barang yang hanyut. Yang rosak. Terpaksa buang. Jumlah kerugian? Banyak...

Harap pihak berwajib kaji semula kenapa berlaku banjir kilat ni. Jangan bagi alasan tiada peruntukan. Itu bukan alasan yang baik. 





Wednesday, August 23, 2017

Traveloka Tawar Penjimatan Berbaloi Sempena Sukan SEA KL2017

8:32 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sedang berlangsung hangat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Me memang teruja bab-bab sukan ni. Biarpun tak lah seaktif mana pun dalam bersukan tapi semangat tu ada. Lagi-lagi tahun ni sekali lagi Malaysia jadi tuan rumah Sukan SEA. 

Nak ke stadium belum ada kemampuan sebab anak-anak semua masih kecil. Belum bersedia berhadapan dengan kerenah mereka if pegi stadium. Nanti bukan tengok sukan pun tapi sibuk duk kejar anak kan. Hahaha. So better tengok live streaming dari rumah je. Kat mana me tengok live streaming? Haaaaaa.. meh nak cerita sikit. 

Pernah dengar pasal Traveloka? Mestilah pernah kan. Kali ni Traveloka secara rasminya menjadi salah satu penaja utama dan merupakan official Online Travel partner untuk temasya Sukan SEA KL2017.
Bagi mereka yang sedang merancang perjalanan untuk menyaksikan Sukan SEA bolehlah lawati laman sesawang Traveloka untuk mendapatkan penjimatan sehingga 40% untuk penerbangan terpilih dan tempahan hotel dari rakan hotel Traveloka bagi promosi Hello, Malaysia!
Jimat lebih? Boleh buat tempahan melalui Aplikasi Traveloka. Berbaloi-baloi 😄 

Haaa.. ni baru nak cerita pasal live streaming Sukan SEA. Boleh pilih nak tengok versi Youtube atau Facebook. Terima kasih Traveloka kerana sediakan portal ni. Memang sangat membantu orang yang takde siaran television macam me. Hehe. 


Lagi berita menarik sempena Sukan SEA ni berlangsung, jangan lupa berkunjung ke booth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang dianjurkan. Kalau korang bertuah boleh menang pelbagai hadiah yang jumlah keseluruhannya bernilai RM200,000.00 tau. Haaa.. Tunggu apa lagi. Pegi terjah booth Traveloka sekarang! 😄

Tuesday, August 22, 2017

Kita Lupa ALLAH Itu Maha Mengetahui

3:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Satu ketika terasa seperti ingin rebah. Hilang semua rasa. Kecewa? Sangat kecewa sampaikan tak mampu nak menangis. Hati ingin menjerit tapi rasa kecewa itu menelan semuanya.

Satu saat rasa diri ni kuat tapi sebenarnya hampir lumpuh dimamah rasa kecewa itu.

Petanda ALLAH rindukan kita. Mahu mendengar rintihan kita. Betapa selama ini kita terlalu angkuh untuk meminta-minta pada DIA. Merayu untuk dia mendengar masalah kita. Dengan harapan diberi secebis kekuatan dan semangat buat menampung beban kecewa.

Kita lupa ALLAH sentiasa ada. ALLAH sentiasa melihat kita. ALLAH sentiasa menunggu untuk mendengar rintihan kita.

Beri ku kekuatan Ya ALLAH.

Nikmati Rebat Tunai Di ShopBack MY

8:00 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nikmati Rebat Tunai Di ShopBack MY | Sekarang zaman semua di hujung jari. Nak beli pampers, online. Nak beli baju, online. Waima nak beli ikan dan sayur pun sekarang boleh online. Senang kan. Jimat masa dan tak perlu nak bersesak, berpanas hujan di luar. 

Pembelian atas talian ni bukanlah mengajar kita untuk menjadi seorang yang malas tapi lebih mengajar kita untuk berbelanja dengan bijak. Betul tak? Yelah. Bila dah semua di hujung jari tu kadang kita ni terlupa limit perbelanjaan kita kan? Hahaha. Macam me lah tu😝 Makanya di sini kita harus bijak kawal perasaan terhadap kehendak kita tu. 

Mengenali Shopback.My memang satu lagi kelebihan bagi me dalam berbelanja atas talian ni. Siapa yang tak suka bila dah shopping tu dapat pulak pulangan tunai kan? Haruslah teruja lebih. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka membeli atas talian. 

Apa itu Shopback.my? 


Menarik kan? Ada banyak portal beli belah atas talian yang jadi rakan niaga Shopback ni. Antaranya Bagbeg MalaysiaFactorie MY, LightInTheBox dan banyak lagi. Zalora? Lazada? Pun ada. Nak beli tiket kapal terbang pun boleh. Nak topup pun boleh. Apa je yang takde dalam ni. Semua dapat pulangan tunai yang berbaloi-baloi. 👍👍

Korang boleh daftar ShopBack MY melalui link di bawah :

Daftar ShopBack MY

Lepas tu korang boleh pilih nak daftar masuk guna email ataupun facebook. Me suggest guna facebook je senang. Hehe.

Lepas dah login tu, korang dah boleh mula shopping sambil kumpul cashback. Cashback akan masuk ke dalam akaun Shopback korang dalam masa 48 jam untuk transaksi yang berjaya. So, kena bersabar ye.
Ini hasil yang me dapat setakat hari ni. Me beli barang murah je sebab tu dapat banyak ni. Kira banyak la juga tu.

Banyak kempen menarik yang dianjurkan oleh Shopback. Bakal berlangsung ialah kempen 9.9 Rewards Day. I'm so excited!!😎

Korang jangan lupa visit ShopBack MY! dan manfaatkan peluang 'spend and earn' ni tau. 😗

Tuesday, August 15, 2017

Monday, August 14, 2017

Makluman Perubahan Tarikh Awal Muharram 1439H

5:34 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Makluman Perubahan Tarikh Awal Muharram 1439H | Tadi dapat emel dari Bahagian Pengurusan Perkhidmatan UiTM pasal benda ni. Sebelum ni tak tau pun. Makanya me pun google la jugak cari maklumat lain.
Dimaklumkan bahawa tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September 2017 (Khamis) telah berubah kepada 22 September 2017 (Jumaat).
Sumber : http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/838-kenyataan-media-ketua-pengarah-jakim-berkenaan-tarikh-awal-muharram-1439h
Rupanya memang dah ada makluman awal sebelum ni lah ye. Cuma me je ni yang tak alert. Huhu.

Terus amik kalender dan betulkan. Kang tak pasal-pasal kena cuti rehat pulak nanti. Huhu.

Friday, August 11, 2017

Keputusan Prasekolah Along dan Angah

4:03 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni bila buka facebook ramai parents yang update keputusan prasekolah tahun 2018. Ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya. Pagi tadi memula macam tak semangat nak semak. Tapi ni makin ramai pulak yang update pasal tu maka me pun tetiba excited jugak nak semak. 😄

Hari tu mohon untuk along dan angah. Angah tu saja cuba nasib. Masa hantar borang tu pun cikgu tu dah siap-siap bagitau yang along mungkin dapat tapi angah dalam 50-50. So, tawakkal je.

Dalam masa sama fikir juga kalau along dapat dan angah tak dapat makanya me akan hantar ke swasta jugak sebabnya macam leceh nak hantar ke dua tempat yang berlainan.

Tapi bila cek, alhamdulillah. Permohonan prasekolah angah pun berjaya. Tak sangka jugak ni. Hehe

Sekarang ni fikir pasal transport pulak. Transit dah ada.


If hantar ke swasta, tadika along sekarang ni, dah ada transit pastu tak perlu fikir pasal transport dah.

Kos transit prasekolah + transport = kos sekolah swasta along sekarang. Lebih kurang je.

Dilema jugak ni. Adoiii.. Tak pe. Ada lagi masa nak fikir sebelum 14 Oktober ni.

Bagi korang yang tak semak lagi atau baru nak semak, boleh ke → E-Prasekolah


Follow me @munirah_izzan