Friday, August 11, 2017

Keputusan Prasekolah Along dan Angah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni bila buka facebook ramai parents yang update keputusan prasekolah tahun 2018. Ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya. Pagi tadi memula macam tak semangat nak semak. Tapi ni makin ramai pulak yang update pasal tu maka me pun tetiba excited jugak nak semak. 😄

Hari tu mohon untuk along dan angah. Angah tu saja cuba nasib. Masa hantar borang tu pun cikgu tu dah siap-siap bagitau yang along mungkin dapat tapi angah dalam 50-50. So, tawakkal je.

Dalam masa sama fikir juga kalau along dapat dan angah tak dapat makanya me akan hantar ke swasta jugak sebabnya macam leceh nak hantar ke dua tempat yang berlainan.

Tapi bila cek, alhamdulillah. Permohonan prasekolah angah pun berjaya. Tak sangka jugak ni. Hehe

Sekarang ni fikir pasal transport pulak. Transit dah ada.


If hantar ke swasta, tadika along sekarang ni, dah ada transit pastu tak perlu fikir pasal transport dah.

Kos transit prasekolah + transport = kos sekolah swasta along sekarang. Lebih kurang je.

Dilema jugak ni. Adoiii.. Tak pe. Ada lagi masa nak fikir sebelum 14 Oktober ni.

Bagi korang yang tak semak lagi atau baru nak semak, boleh ke → E-Prasekolah


6 comments:

  1. Bestnya berjaya, anak akak tak dapat.
    Jangan tolak kalau dah dapat, rugi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu arr kak.. nak cari transport je skang ni..

      Delete
  2. tahniah.. takpa banyak masa lagi untuk cari transit untuk diaorg

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. kalau mama dulu Syafi mama hantar swasta juga. Cikgu tadika swasta mmg very focus pada anak Yang nak masuk darjah satu Dan mereka betul2 ajar sehingga pandai baca Dan mengira. Tau2 je la darjah satu skrg silibus macam mana

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan