Tuesday, August 22, 2017

Kita Lupa ALLAH Itu Maha Mengetahui

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Satu ketika terasa seperti ingin rebah. Hilang semua rasa. Kecewa? Sangat kecewa sampaikan tak mampu nak menangis. Hati ingin menjerit tapi rasa kecewa itu menelan semuanya.

Satu saat rasa diri ni kuat tapi sebenarnya hampir lumpuh dimamah rasa kecewa itu.

Petanda ALLAH rindukan kita. Mahu mendengar rintihan kita. Betapa selama ini kita terlalu angkuh untuk meminta-minta pada DIA. Merayu untuk dia mendengar masalah kita. Dengan harapan diberi secebis kekuatan dan semangat buat menampung beban kecewa.

Kita lupa ALLAH sentiasa ada. ALLAH sentiasa melihat kita. ALLAH sentiasa menunggu untuk mendengar rintihan kita.

Beri ku kekuatan Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan