Monday, August 28, 2017

Tragedi Banjir Kilat 27 Ogos 2017 - Ranau, Sabah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

video
"Rumah mama banjir.." 

Masa tu time tengah tidurkan Addeena. Me pun cakap takde la. Pastu en.abg kata adik ipar ada upload kat fb. Me capai hp terus buka fb adik ipar. 

Terkejut tengok. Huhu. Memang teruk yang amat. Air lumpur laju masuk rumah. Family tak sempat nak selamatkan barang. Masa tu semua ready nak masuk tidur dah.

Ikut kata adik air naik sampai paras pinggang.

Sedih tak terkata masa tu. Dari rasa mengantuk terus rasa segar mata. Hati rasa tak tenteram. Rasa nak terbang balik malam tu jugak. 😢

Sepanjang malam doakan agar air surut cepat tapi still family tak tidur malam tu sebab nak bersihkan lumpur. If dah kering lagi susah nak bersihkan.

Airmata me masa tu sama laju dengan air lumpur yang masuk rumah tu.

Nak bersihkan semua tu memang ambil masa. Belum kira barang-barang yang hanyut. Yang rosak. Terpaksa buang. Jumlah kerugian? Banyak...

Harap pihak berwajib kaji semula kenapa berlaku banjir kilat ni. Jangan bagi alasan tiada peruntukan. Itu bukan alasan yang baik. 





No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan