Wednesday, August 23, 2017

Traveloka Tawar Penjimatan Berbaloi Sempena Sukan SEA KL2017

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sedang berlangsung hangat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Me memang teruja bab-bab sukan ni. Biarpun tak lah seaktif mana pun dalam bersukan tapi semangat tu ada. Lagi-lagi tahun ni sekali lagi Malaysia jadi tuan rumah Sukan SEA. 

Nak ke stadium belum ada kemampuan sebab anak-anak semua masih kecil. Belum bersedia berhadapan dengan kerenah mereka if pegi stadium. Nanti bukan tengok sukan pun tapi sibuk duk kejar anak kan. Hahaha. So better tengok live streaming dari rumah je. Kat mana me tengok live streaming? Haaaaaa.. meh nak cerita sikit. 

Pernah dengar pasal Traveloka? Mestilah pernah kan. Kali ni Traveloka secara rasminya menjadi salah satu penaja utama dan merupakan official Online Travel partner untuk temasya Sukan SEA KL2017.
Bagi mereka yang sedang merancang perjalanan untuk menyaksikan Sukan SEA bolehlah lawati laman sesawang Traveloka untuk mendapatkan penjimatan sehingga 40% untuk penerbangan terpilih dan tempahan hotel dari rakan hotel Traveloka bagi promosi Hello, Malaysia!
Jimat lebih? Boleh buat tempahan melalui Aplikasi Traveloka. Berbaloi-baloi 😄 

Haaa.. ni baru nak cerita pasal live streaming Sukan SEA. Boleh pilih nak tengok versi Youtube atau Facebook. Terima kasih Traveloka kerana sediakan portal ni. Memang sangat membantu orang yang takde siaran television macam me. Hehe. 


Lagi berita menarik sempena Sukan SEA ni berlangsung, jangan lupa berkunjung ke booth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang dianjurkan. Kalau korang bertuah boleh menang pelbagai hadiah yang jumlah keseluruhannya bernilai RM200,000.00 tau. Haaa.. Tunggu apa lagi. Pegi terjah booth Traveloka sekarang! 😄

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan