Tuesday, October 31, 2017

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

9:31 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

http://www.miakassim.com/2017/10/giveaway-miakassim-dot-com-10-tahun_31.html?m=1
Macamana boleh kenal sama Kak Mia ni? 
Kenal dia masa sama-sama dalam KBBA Borneo sebelum ni😊😊
Cara nak sertainya mudah sahaja :-

Untuk penyertaan Blog 

  • Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. 
  • Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. 
  • Dan komen entri penyertaan korang di post ni. 
Itu untuk penyertaan blog. Untuk penyertaan thru Facebook pun ada. Macamana cara dia? Kamu klik jak tuuu na banner yang di atas. 

Thursday, October 26, 2017

Panduan Pakaian Murid PraSekolah KPM Tahun 2018

4:31 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni salah satu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat hari tu.

Tahun depan takde dah seragam warna-warna untuk murid prasekolah. Satu Malaysia diseragamkan macam panduan kat atas. Senang sikit kalau macam ni. Takyah pening fikir nak seterika baju Along dan Angah. Haha. Fikir nak sental baju tu je nanti.😌

Wednesday, October 25, 2017

Mesyuarat dan Orientasi PraSekolah Sesi 2018

5:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Akhirnya pilih pra-sekolah untuk Along dan Angah. Banyak aspek sebenarnya yang me fikirkan sebelum buat keputusan tu. Hantar ambil sekolah. Transit. Bayaran transit dan transport. InsyaAllah keputusan yang me dan en.abg buat ni yang terbaik untuk anak-anak. 

14/10/2017 hari tu dah datang untuk Mesyuarat dan Orientasi PraSekolah sesi 2018. Along dan Angah excited sangat sebab banyak mainan dalam kelas tu. Huhuhu. 
Sepanjang mesyuarat berlangsung tu, anak-anak masuk kelas sebelah untuk sesi orientasi. Macam-macam ragam budak masa tu. 

Dalam sesi tu juga pihak sekolah buat lantikan untuk PEWARIS. PEWARIS tu kira macam PIBG jugak la. Tapi me tak termasuk dalam AJK sebab takde yang calonkan. Nak calonkan diri sendiri segan pulak. Hehehe. 

Banyaklah yang diterangkan masa tu. Keselamatan. Makan minum pelajar. Aktiviti pelajar. Bayaran untuk buku kerja, buku latihan, lencana sekolah dan tag nama. 
Lepas salam-salam cikgu terus serbu mainan yang ada. Huhu. 

Bangun pagi esoknya, Along taknak pegi sekolah dia sekarang ni. Nak pegi sekolah baru katanya. Angah pulak bangun-bangun terus mandi suruh hantar pegi sekolah. Bila cakap tu sekolah tahun depan, Along terus monyok.. Angah pulak nangis. Umi? Pening jap. Hahahaha.


Monday, October 9, 2017

Aisyah.. Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini

6:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila ambil along dari taska, mesti dengar dia nyanyi lagu Aisyah tu. Dia kata tu lagu dia sebab nama dia kan Aisya. Umi iya kan je la. Lepas tu kat rumah pun asyik nak dengar lagu tu sampaikan adik-adik dia pun terjebak nyanyi. 

Siap menari bagai tuu. 

Me pun baru beberapa kali dengar lagu ni sebenarnya. Sebelum ni tak ambil port pun tapi bila anak dah asyik ulang lagu tu makanya me pun tergerak lah juga jari ni nak mencari kan. 


La La la laa..3x 
Mula Mula mula ku happy 
Tiba Tiba dia sakitkan hatiku 
Tak Apalah terima kasihlah jadi kekasihku 

Satu Dua tiga ku cintamu 
Kau Hanya satu menjadi kekasihku 
Berjanjilah Padaku sayangku 
Kau Akan setia 

Aisyah 
Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini 
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu 
Percaya Padaku 
Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu 

Aisyah 
Aku Sayang kamu aku rindu kamu 
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu 
Kau Hanya milikku untuk selamanya 

Aku Sayang ku rindu aku cintamu 

Mula Mula mula ku happy 
Tiba-tiba Dia sakitkan hatiku 
Tak Apalah terima kasihlah jadi kekasihku 

Satu Dua tiga ku cintamu 
Kau Hanya satu menjadi kekasihku 
Berjanjilah Padaku sayangku 
Kau Akan setia 

Aisyah 

Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini 
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu 
Percaya Padaku 
Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu 

Aisyah 
Aku Sayang kamu aku rindu kamu 
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu 
Kau Hanya milikku untuk selamanya 

Aisyah 
Jangan Ragu-ragu dengan cinta ini 
Jangan Kau ragu-ragu ku jadi kekasihmu 
Percaya Padaku Ku Akan jadi yang terbaik untuk cintamu 

Aisyah Aku Sayang kamu aku rindu kamu 
Tidur Malamku sentiasaku mimpikan kamu 
Kau Hanya milikku untuk selamanya 
Aku Sayang ku rindu aku cintamu 

La La la laa..3x 

Aku Sayang ku rindu aku cintamu

Penyanyi : Projector Band

Hurmmm.. tetiba rasa macam tak best pulak bebudak nak nyanyi lagu ni. Hahaha. 

Friday, October 6, 2017

Nak Masuk 2 Tahun Dah Addeena

9:18 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Membesar dengan sihat anak umi ni. Macam-macam ragam dia sekarang. Manja betul. Garang pun iya jugak ni. Huhu. 

Makin banyak perkataan dia boleh sebut. Sebutan pun makin jelas. Kalau Along dan Angah dia sepah pun dia bebel. Along dan Angah dia bising pun dia marah. 

Kadang Addeena ni baik hati. Bila mood dia tengah ok, nak je dia share apa yang dia tengah pegang. Makanan ke, mainan ke. Tapiiiiii kalau mood dia tak ok makanya memang tak boleh kacau langsung. Huhu.

Kadang apa yang dia buat umi mampu pandang je lah. Tak tau nak gelak ke atau nak nangis sebab bila umi mula nak marah je pandailah dia nak pujuk umi. Senyum-senyum pandang umi sambil buat suara manja sebut umi..umi.. Adoi Addeena. Bijak awak kan. Hehe.

Antara Along dengan Angah, dia manja lebih dengan Along. Sebabnya Along rajin melayan dia kot. Hehe.

Apapun, umi harap anak-anak umi saling menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila. Aminn

Wednesday, October 4, 2017

Semoga Oktober Ini Lebih Baik

2:34 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malasyia

Ogos dan September adalah antara bulan-bulan yang penuh dengan dugaan buat me dan keluarga kecil me. 

Orang luar nampak me ni kuat tapi sebenarnya me taklah sekuat yang orang sangkakan. Hati me hati tisu. Nak diluah tak mampu. Nak berkongsi tapi tak nampak siapa yang boleh me percaya. Sebabnya benda yang terjadi ni terlalu peribadi untuk me kongsikan. Hanya ALLAH sebaik-baik pendengar. 

 
Semoga Oktober ni lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin Ya Rabb..


p/s : Terima kasih buat rakan blogger yang menghulur sumbangan untuk kejadian banjir lumpur yang melanda rumah keluarga me di Sabah. Terharu sangat.