Wednesday, October 25, 2017

Mesyuarat dan Orientasi PraSekolah Sesi 2018

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Akhirnya pilih pra-sekolah untuk Along dan Angah. Banyak aspek sebenarnya yang me fikirkan sebelum buat keputusan tu. Hantar ambil sekolah. Transit. Bayaran transit dan transport. InsyaAllah keputusan yang me dan en.abg buat ni yang terbaik untuk anak-anak. 

14/10/2017 hari tu dah datang untuk Mesyuarat dan Orientasi PraSekolah sesi 2018. Along dan Angah excited sangat sebab banyak mainan dalam kelas tu. Huhuhu. 
Sepanjang mesyuarat berlangsung tu, anak-anak masuk kelas sebelah untuk sesi orientasi. Macam-macam ragam budak masa tu. 

Dalam sesi tu juga pihak sekolah buat lantikan untuk PEWARIS. PEWARIS tu kira macam PIBG jugak la. Tapi me tak termasuk dalam AJK sebab takde yang calonkan. Nak calonkan diri sendiri segan pulak. Hehehe. 

Banyaklah yang diterangkan masa tu. Keselamatan. Makan minum pelajar. Aktiviti pelajar. Bayaran untuk buku kerja, buku latihan, lencana sekolah dan tag nama. 
Lepas salam-salam cikgu terus serbu mainan yang ada. Huhu. 

Bangun pagi esoknya, Along taknak pegi sekolah dia sekarang ni. Nak pegi sekolah baru katanya. Angah pulak bangun-bangun terus mandi suruh hantar pegi sekolah. Bila cakap tu sekolah tahun depan, Along terus monyok.. Angah pulak nangis. Umi? Pening jap. Hahahaha.


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan