Friday, October 6, 2017

Nak Masuk 2 Tahun Dah Addeena

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Membesar dengan sihat anak umi ni. Macam-macam ragam dia sekarang. Manja betul. Garang pun iya jugak ni. Huhu. 

Makin banyak perkataan dia boleh sebut. Sebutan pun makin jelas. Kalau Along dan Angah dia sepah pun dia bebel. Along dan Angah dia bising pun dia marah. 

Kadang Addeena ni baik hati. Bila mood dia tengah ok, nak je dia share apa yang dia tengah pegang. Makanan ke, mainan ke. Tapiiiiii kalau mood dia tak ok makanya memang tak boleh kacau langsung. Huhu.

Kadang apa yang dia buat umi mampu pandang je lah. Tak tau nak gelak ke atau nak nangis sebab bila umi mula nak marah je pandailah dia nak pujuk umi. Senyum-senyum pandang umi sambil buat suara manja sebut umi..umi.. Adoi Addeena. Bijak awak kan. Hehe.

Antara Along dengan Angah, dia manja lebih dengan Along. Sebabnya Along rajin melayan dia kot. Hehe.

Apapun, umi harap anak-anak umi saling menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila. Aminn

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan