Thursday, November 16, 2017

Pelangi Untuk Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam Along temankan me ke pejabat. Dia memang suka lah datang sini sebab boleh guna pc even untuk tengok youtube je pun. Huhuhu. Bukan me suka-suka nak bawa. Kalau takde sebab memang me tinggal je kat Taska. 

Dia memang suka sangat melukis dan mewarna. Tu passion dia. Memang nampak sangat. So, me memang tak kedekut nak belikan dia pencil color or crayon. Semalam belikan dia crayon baru sebab crayon dia sebelum ni dah pendek sebab dia asah.. nak bagi tajam katanya 😅

Pastu ralit dia mewarna dan melukis. 

Pagi ni datang pejabat terpandang satu lukisan kat dinding partition.

Semalam dia dah tunjuk lukisan pelangi ni kat me. Dia kata bentuk 💗 kat atas tu sebab dia sayang Umi. Dia kata nak lukis banyak tapi dia tak reti. Huhu

Memang tak perasan bila dia tampal lukisan ni. Sebak Umi tetiba tauuu. Sebab semalam sibuk buat benda lain. Adududu

Dah besar dia. Tahun depan masuk Pra-Sekolah dah. Nanti umi laminate lukisan Along ni ye. Nak simpan sebagai kenangan. 

Terima kasih Along. 

1 comment:

Follow me @munirah_izzan