Monday, December 4, 2017

Kami Dah Sampai Kampung

12:07 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah.. Finally dapat juga curi masa untuk balik Sabah. Excited yang teramat. Rindu yang lama me pendam finally terungkai. 

Memang tak plan pun sebenarnya nak balik kali ni sebabnya nak simpan cuti untuk raya tahun depan. Tapi tiba-tiba terisi borang tempah tiket pastu terisi borang cuti. Kebetulan tengah cuti sekolah makanya terbalik kampunggg. Hehehe.

Dapat jumpa mak dan bapa selepas lama tak balik. Setahun setengah jugak la tak balik Sabah. Tak jumpa parents. Mungkin ada yang cakap tempoh tu taklah lama mana tapi bagi me itu memang satu tempoh yang lama. Addeena pun dah nak masuk 2 tahun dah. 

Nasib baik lah selalu video call dengan nenek ngan atok dia so takde lah dia takut sangat bila jumpa. 

Memang nampak parents happy sangat tengok anak menantu dan cucu dia balik. Semua ada kat sini. Apa lagi yang kita sebagai anak harapkan selain tengok parents sihat dan gembira. 

Memang balik kali ni nak full blast habiskan masa dengan family semua. Bukan selalu dapat balik berkumpul ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan balik kampung kami. :)

Follow me @munirah_izzan