Thursday, February 23, 2017

Wordless Wednesday 2017 #1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Finally...


Read More ->>

Tuesday, February 21, 2017

Hutang Kita Banyak Pada Anak-Anak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hutang Kita Banyak pada anak-anak

Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah.
Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar paham kesalahan yang mereka lakukan.
Kita membuat mereka menangis karena kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.

Tetapi,
seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka...
Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.
Menghibur kita dengan tawa kecilnya,
Menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya,
Seolah semuanya baik-baik saja,
seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.

Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita,
meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.

Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka,
tetapi kenyataannya merekalah yang justru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.

Kita merasa bahwa kita bisa menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka,
tetapi,
Sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan.
Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita,
melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.

Kita berhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap dan bermain dengan mereka?

Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?

Tentang anak-anak,
Sesungguhnya merekalah yang selalu "lebih dewasa" dan "bijaksana" daripada kita.
Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.

Seburuk apapun kita sebagai orang tua, mereka selalu siap kapan saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.

Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita.
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi.
Anak-anak yang terbakar residu ketidakbecusan kita saat mencoba menjadi manusia dewasa.
Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri.

Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencoba membuat kita bahagia.

Maka dekaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang & penyesalan, katakan kepada mereka:
"Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan"

Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan.
Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.
Iya, lebih baik dari sebelumnya.

Selamat memeluk anak-anak kita.

@tagdoctors

Terbaca nukilan ni kat facebook tadi. Sebak. Memang ada masa termarah anak-anak. Terjerit kat anak-anak. Tapi lepas tu mereka tetap datang pada me dengan senyum. Aduhhh.. betapa banyak kurang me sebagai umi kepada puteri-puteri me. Perlu lebih muhasabah diri lagi.

Maafkan umi ye Nur Aisya Syuhadaa..
Maafkan umi ye Nur Aeere Shuhayra..
Maafkan umi ye Nur Addeena Syumaila..

Kalian harta umi dunia akhirat yang paling berharga...


Read More ->>

Wednesday, February 15, 2017

Tragedi Dua Jahitan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kejadian hari Ahad yang betul-betul buat me terkejut. Masa tu me rasa me umi yang cuai. Tak jaga anak elok-elok. En.abg pun marah sebab katanya me tak perhatikan anak bila main. Lagi bertambah sedih hati me masa tu. Me pun tak minta jadi macam tu. Huhu.

Kisahnya along duk lari ke hulu ke hilir sambil nyanyi lagu Frozen. Me pula tengah nak suapkan Angah dan Addeena makan. Panggil Along sekali tapi dia masih juga nak main. Baru satu suap masuk dalam mulut Addeena tiba-tiba dengar bunyi macam terhempas. Kuat pulak tu. Bila paling belakang, Along nangis sambil tekup mulut. Celah jari tu mengalir darah. Banyak kot! 

Panik kejap. Bawa Along ke dapur, suh dia kumur-kumur. Bila dia kumur lagi kuat dia nangis. Masa tu tak nampak lagi lukanya macamana sebab nampak darah je. Bila darah dah kurang suh dia nganga tengok mulut dia luka. Bukan setakat luka kecik. Besar dan dalam. Lagi bertambah gigil masa tu. 

Bila tengok luka macam ni apa korang rasa? Huwaaaaaa. Gigil tangan pastu panik jap taktau nak buat apa. Cari telefon pun tak jumpa padahal atas meja je pun. Dengan Addeena pun nangis sebab nak makan lagi bertambah panik me jap. Nasib tak join menangis je. 

Call En.Abg suruh dia balik sebab nak bawa Along pegi klinik. Nak bawa kereta sorang-sorang dengan tiga heroin tu memang tak lah. Huhuhu. Meragam dalam kereta takpe. Sat lagi masing-masing duk meragam dalam klinik lagi haru. 

Pegi klinik panel tapi doktor refer ke Hospital Shah Alam sebab dia pun takleh buat apa katanya. Kena jumpa pakar gigi atau plastic surgeon. Katanya lagi memang akan kena jahit jugak. Sebab luka tu dalam. Nasib baik tak tembus sampai ke pipi je. 

Pastu belek-belek lagi mulut dia takut ada luka lain kan. Nampak pulak gigi depan belah kiri dia tu masuk ke atas sikit. Adoiiii. 
Nak nangis rasa tengok macam ni. Memang masa tu peluk anak kuat-kuat. Sakitnya dia. Huhuhu.

Masa sampai kat Hosp. Shah Alam tu ramai sangat orang. Masa tunggu tu Along dah meragam. Sakit kepala katanya. Pastu dia lapar. Yelah,, masa jatuh tu tak sempat makan tengahari. Nak makan tapi nak kunyah sakit. Beli roti suap dia sikit-sikit. Tu pun tak banyak dia makan. 

Jam 3.30pm sampai tu hampir jam 7.00pm gak baru masuk bilik doktor. Dia tanya-tanya then suruh tunggu doktor gigi sampai. 

Tak lama tu doktor gigi sampai bawa pegi bilik pemeriksaan. Kenalah dua jahitan. 
Tak takut pun dia masa tengok jarum bius tu. Dah la besar. Huwaaaa. Kenyataannya me takut pada doktor gigi. Huhu. Tapi tengok Along kuat tetiba me malu.

Dah jahit tu doktor bagi appoinment untuk jumpa pakar gigi pulak esoknya. Nak suh pakar tengok gigi depan tu apa ceritanya.

Dalam kul 8.00pm settle semua. Balik tu Along request nak makan aiskrim. So, singgah mekdi beli sundae cone.

~~Masa me kat hospital tu, Angah dan Addeena 'buat keje' kat opis en.abg. Dekat je UiTM ngan hospital ni. Nak ajak kat emergency tu memang tak lah. Sesak kot.
Read More ->>

Monday, February 6, 2017

Bila Anak Mula Rindukan Sekolah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Suka betul Along senyum macam tu. Hahaha. 

Masuk bulan kedua Tadika ni dia dah pandai rindukan sekolah. Rindukan cikgu-cikgu dia. Dia mention sekolah ngan cikgu je. Kawan-kawan takde lak dia mention. Me pun takde pulak tanya πŸ˜…

Dari hari Sabtu dia asyik tanya 'Lama ke cuti?' .. 'Hari ni cuti lagi ke umi?'.. 'Kenapa lama sangat cuti ni..?' 

Adoi anak.. kalau bagi umi la,, Sabtu dan Ahad tu isngkat sangat masanya tau. Haha. Bila tanya kenapa taknak cuti,, tau dia jawab apa?

'Along sayang Cikgu Mai.. sayang Kakak Along.. Sayang Mak Ton..' 

Haaaaa.. ko rasa? Terasa sikit hati umi tau bila anak cakap macam tu. Hahahaha. 

Takpe la. Biar dia belajar sayangkan sekolah. Takdelah rasa liat nak bangun pagi bila sebut perkataan sekolah tu. Hehe. Harapnya biar sampai bila-bila macam tu ye sayang. 
Read More ->>

Wednesday, February 1, 2017

Filem Pendek Tahun Baru Cina 2017 Dari TNB

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia yang meraikannya. Belum terlambat lagikan nak ucap? Heeeee..

Setiap kali musim perayaan me memang teruja nak tunggu filem pendek yang selalunya menjentik hati sampai menangis. Tapi tahun ni, kita 'dihidangkan' dengan webfilm Tahun Baru Cina yang mencuit hati dari TNB.


Kelakar tapi penuh dengan maksud yang tersirat. Korang tengok dan fahamkan. Tetiba kagum dengan style memasak ala-ala kungfu tu. Kalau lahhh me dot..dot..dot.. Hahaha. Itu hiburan. Hehe.

Apa yang me nak tekankan ialah maksud tersirat di sebalik filem pendek tu. Tahun baru cina adalah masa untuk mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Lumrah lah kan kalau ada perbalahan sikit antara ahli keluarga. Tapi jangan dibiarkan nanti berlarutan. Masa-masa macam ni la sepatutnya dileraikan semua kekurangan dan masalah dalam hubungan keluarga tu. Kehadiran semua ahli keluarga ketika makan besar tu lagi penting sebenarnya daripada makanan yang terhidang atas meja tu.

Sikap dan perangai sesetengah ahli keluarga yang mungkin kadang tidak mahu beralah, pentingkan diri antara punca berlakunya pertelagahan di musim perayaan. Lagi-lagi jika berada dalam keluarga yang besar dan ramai. Sepatutnya perbezaan ini diraikan, bukan diketepikan. Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa, diletakkan di atas satu meja yang sama tapi serasi dan harmoni jika di makan bersama. Begitulah juga ahli keluarga kita. 😊😊

Bak kata pepatah 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Umpamanya sama dengan filem pendek #TNBCNY2017 yang kita tengok tadi tu. Serba satu masakan ada yang kurang namun bila digabungkan jadi satu hidangan rasa itu saling melengkapi hingga jadi satu hidangan yang sedap. Maksudnya, kebahagiaan akan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain. Barulah senang nak duduk semeja. Kan? Heeeee.

Table Of Harmony

Apa menu 'Mystery Dish' korang? Meh cuba. Dalam game ni korang akan tau sejauh mana sikap korang bila berkumpul dengan ahli keluarga.


1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2. Klik 'Unveil Mystery Dishes'

3. Klik 'Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table'

4. Pilih jawapan A, B, C atau D

5. Klik 'Unveil Your Dish' dan keluarlah result Mystery Dish korang...

Ni result me.. 'Altough you seem intimidating to people you've just met, it's only a matter of time before they discover your soft, kind heart' katanyaaaa.. Heeee.. Betul la tu kot. πŸ˜ƒπŸ˜ƒ



"WHEN WE COME TOGETHER, 
EVERYTHING GETS A LITTLE BRIGHTER"
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in