Monday, January 22, 2018

Touch and Go Stick Penyelamat Ketika Di Plaza Tol

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari tu first time drive sendiri ke Shah Alam. Sebabnya nak bawa Angah ke Pusat Kesihatan UiTM. Memang rasa takut tu ada tapi kena teruskan jugak. Bila lagi nak belajar drive sendiri kan. 

Satu yang buat me risau nak drive jauh is buta jalan. Hahahaha. Susah sangat nak cam jalan bila drive sendiri. Tapi bila orang lain yang drive cepat je cam jalan tu. Even ko dah berpuluh ribu kali lalu jalan yang sama tapi orang drive dan drive sendiri sangat la berbeza. Fuhhhh..

Lagi satu masalah bila nak lalu plaza tol. Masalah besar bagi me. Hahahaha. Sebelum ni ada smart tag boleh lah berlagak main lalu je. Bila smart tag rosak amik kauuu tangan tak sampai nak sentuh kad. Tebalkan muka je keluarkan kepala tetap tak sampai. Hahaha. Pastu boleh pulak kad tu terjatuh. Berganda weiii malu dia. Harapnya kereta belakang tu takde dashcam. Hahahahaha. Terpaksa keluar kereta nak amik kad. 

Cerita kat en.abg memang dapat gelak je laaa. Dia suruh rapatkan kereta ke kanan sikit tapi risau tersagat pintu kereta je kalau rapat sangat. Nak buat macamana kan. Tangan ko memang panjang takat tu je. Terima je la gelakan tu dengan hati terbuka dan redha. 

Pengalaman weiii. Kalau tak jadi tak merasa. Hahaha.

Tetiba teringat hari tu ada yang share card stick macam pemukul lalat tu. Buka Shopee terus cari. Jumpa! Murah pulak tu. RM5.00 lebih je rasanya ari tu. Tapi me simpan lama sangat dalam cart sampai la benda tu habis stok. 

sumber : google image
Cuba cari lagi takde. Pastu jumpa satu ni. Cantik sikit lah dari pemukul lalat tu. Rupa macam stick untuk selfie. 
Harga RM19.90. Terus grab sebab tengok stok tinggal satu je lagi masa tu. Kang terlepas bila lagi pulak nak beli.  

Tak risau lagi pasni. Boleh la jadi penyelamat sampai dapat smart tag baru. Huhuhu. 

Thanks buat yang cipta benda ni. Anda menyenangkan saya untuk melalui plaza tol. 


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan