Wednesday, May 23, 2018

Along Dah Pandai Rindu Tapi Rindunya Pada Yang Sudah Tiada

Assalamualaikum Malaysia

Beberapa hari lepas, masa tengah berbuka terjadi perbualan antara Me, En.Abg dan Along.

👧 : Bila kita nak pegi rumah yang ada Ayyan tu?
👩 : Nanti raya kita balik kampung ye. 
👧 : Tapi tokyang dah takde. Along rindu tokyang.

Sebak! 

👧 : Kenapa tokyang meningggal umi?
👨 : Tokyang sakit tua.
👧 : Owh.. bukan sebab kaki dia patah ke? Kan dia pakai tongkat..
👨 : Bukan. 

Dia sambung makan 2, 3 suap pastu dia tanya lagi..

👧 : Habis tu along nak jumpa siapa nanti? 

Muka dia dah nak nangis. Bibir pun muncung ke depan. Umi? Lagi sebak. Huhu. Tahan je airmata dari mengalir.

👨 : Nanti kita jumpa nekyang ea. Kenapa mulut along macam tu?
👧 : Sebab along sedih. 

Huwaaaa... Nak meraung rasa bila dengar along cakap macam tu. Dia baru 6 tahun tapi dah pandai rindu. 

Masih teringat-ingat masa adik bagitau atok dah takda. Rasa tak percaya tpi dalam masa sama airmata mencurah-curah. Allah!

Rindu ni hanya Allah yang tau. Betullah orang kata, rindu yang paling sarat adalah rindu pada mereka yang dah tiada. 😢😢


1 comment: