Tuesday, July 31, 2018

Checking : Gangguan Obsesif - Kompulsif

Assalamualaikum Malaysia

Sumber : whatsapp
Baru tau obses checking tu tergolong dalam OCD. 

Me ni jenis memang suka cek semua suis, dapur gas dan pintu banyak kali sebelum keluar. Tu pun masih ada perasaan tak puas hati. Masih ada rasa 'betul ke dah tutup suis tv tadi?' , 'eh.. tadi sebelum keluar ada pasang dapur gas ke?' , 'suis lepas charge fon tadi dah tutup ke ea?' 

Haaaa.. Selalunya sepanjang perjalanan akan ada persoalan macam-macam yang melintas di kepala ni. Pernah lewat datang kerja sebab patah balik rumah nak cek balik semua suis. Padahal masa tu dah nak sampai pejabat pun tapi sebab hati macam tak tenang maka buat keputusan patah balik. Sanggup kan? Me pun pelik.

Kadang sebelum keluar rumah tu dah pusing satu rumah cek dua tiga kali pun masih rasa tak cukup. Dah kunci rumah, dah kunci pagar, dah masuk kereta pun boleh keluar balik. Gigih buka balik kunci masuk cek lagi sekali. 

Eh.. Tu termasuk dalam OCD-Checking yang kat atas tu ke? Atau me ni memang pelik? 



2 comments:

  1. Thanks for sharing this post.
    LZ ada sedikit OCD symmetry dan orderliness tapi tak keterlaluan.

    ReplyDelete
  2. ohhh..suami ina pun jenis macam ni.Ermm,kadang tu.. dah siap ina kunci rumah dia p buka semula rumah,double triple checking.. emm

    ReplyDelete