Friday, July 13, 2018

Yakinlah DIA Tidak Pernah Lupa

Assalamualaikum Malaysia

Sumber : Google Image
Penat!

Penat menangis..
Penat merasa sakit..
Penat menahan perit..
Penat untuk cuba menidakkan kenyataan..

Dugaan ini berat sekali..
Terasa longlai hendak melangkah..
Terasa berat bahu menahan beban..
Namun siapa kita mahu menidakkan,
Bahawa dugaan ini tanda Allah rindu..

Rindu mendengar kita berdoa..
Rindu mendengar kita merintih..
Rindu mendengar kita merayu..
Memohon belas dari-NYA..

Mungkin Dia melihat kita semakin alpa..
Mungkin Dia melihat kita semakin lalai..
Mungkin Dia melihat kita semakin jauh dari-Nya

Allahuakbar!

Lapang hati setelah mengadu pada-Mu..
Merungkai segala keresahan di jiwa..
Terasa ringan kaki untuk terus melangkah..

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah..
Kerana tidak pernah lupa pada kami yang kerdil ini..
Kerana mengingatkan bahawa Engkau sentiasa sedia untuk mendengar rintihan hamba-Mu
Mengajar hati untuk redha dengan segala ketentuan yang Engkau takdirkan..

Semoga masih ada sinar untuk kami mengecap bahagia di masa depan..

No comments:

Post a Comment